Yomiuriland Tokyo Dibuka Semula. Pengunjung Dilarang Terlampau ‘Seronok’ & Menjerit

Share

Taman tema Yomiuriland, yang terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Tokyo dibuka semula selepas operasinya dihentikan awal tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.






Yomiuriland ditutup sementara pada akhir Februari dan dibuka buat sementara waktu pada Mac, namun ia menghentikan operasinya semula dari akhir bulan Mac. Bagaimanapun, pengunjung disarankan agar tidak menjerit ketika menaiki roller coaster selain menjaga penjarakan sosial. Taman tema ini turut mengguna pakai SOP yang dilakukan taman tema lain yang ada di Jepun. Kesimpulannya ketika normal baru ini pengunjung tidak boleh terlalu 'seronok' jika ingin berkungjung ke taman tema di sekitar Jepun.


Taman tema itu hanya membuka semula segmen permainan di luar selepas langkah pencegahan awal dilaksanakan termasuk pemeriksaan suhu badan, penyediaan pembasmi kuman tangan dan menyahkuman tempat duduk. Bagi permainan di kawasan tertutup dan kemudahan taman tema air pula, ia dijangka beropasi pada pertengahan Julai 2020.


Perniagaan di seluruh Tokyo dibuka semula secara berperingkat selepas Gabenornya, Yuriko Koike melonggarkan sekatan sebulan sebelumnya di sebalik penarikan balik perintah berkurung.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna