Sudah hampir dua minggu penduduk di Malaysia dibenarkan untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ dan menginap dipelbagai pilihan hotel dan resort.
Untuk yang ada anak kecil, pastinya lokasi penginapan yang mempunyai kemudahan kolam renang menjadi pilihan hati untuk ‘bercuti’. Malangnya, aktiviti ini tidak diizinkan beroperasi dan itu membantutkan setengah-setengah keluarga untuk mula bercuti di dalam negara.
Ads
Selepas ini, tiada alasan lagi untuk tidak membawa keluarga bercuti dan menginap di hotel serta resort kegemaran. Mulai 25 Jun 2020, aktiviti berenang menggunakan kemudahan kolam dibenarkan untuk beroperasi untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal serta kolam renang di tempat terkawal dan awam, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ads
Kebenaran ini termasuk aktiviti terjun dan menyelam, dengan mengikut sesi serta jumlah yang dihadkan pada satu-satu masa, berdasarkan kapasiti kolam renang. Kebenaran itu diberikan kepada atlet kebangsaan, negeri, dan perenang kelab, serta akademi renang dalam program latihan tertentu, dan untuk peserta atau perenang, dalam program latihan berperingkat seperti program ‘belajar berenang’.
Ads
Bagi kolam renang di tempat terkawal seperti kolam renang persendirian di kediaman, kolam renang awam di hotel, dan kelab rekreasi, kebenaran tertakluk kepada SOP kolam renang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), sedang perhalusi lagi SOP tersebut dan akan maklumkan kepada orang ramai. Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah menyediakan petugas kolam renang atau ‘life guard’, untuk memastikan jumlah pengguna kolam renang terkawal. Jumlah pengguna masih perlu dihadkan mengikut kapasiti kolam renang.
Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.
Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.
Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
Malindo Air
Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Pernah cuba percutian alam ke taman negara di Malaysia? Jika belum, anda dicadangkan untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang sesuatu yang tidak mengecewakan.
Ini tip dan panduan ringkas buat anda yang bercadang ke Taman Negara Kuala Tahan:
Jika anda menaiki kenderaan sendiri, buat pemanduan terus ke Jeti Kuala Tahan, dan letakkan kereta di kawasan parkir disediakan. Anda dicadangkan untuk parkin di kawasan lebih tinggi dan bukan berhampiran sungai.
Kemudian naik bot untuk menyeberangi sungai dengan bayaran RM1 membabitkan perjalanan selama dua minit.
Setibanya di sana anda akan diberi penerangan dan diminta memilih jenis penginapan yang diinginkan. Untuk lebih menghayati alam, dicadangkan untuk memilih penginapan membina khemah di kawasan yang disukai.
Jika memilih membina khemah diingatkan tidak meletakkan barang di luar khemah kerana terdapat banyak haiwan liar berkeliaran di kawasan itu terutama pada sebelah malam. Tapak perkhemahan turut dilengkapi kemudahan asas seperti bilik air, dapur untuk memasak dan kawasannya diterangi dengan lampu malap.
Namun, jika membawa anak kecil atau mementingkan keselesaan, anda boleh memilih untuk menginap di Mutiara Resort. Terdapat puluhan resort atau chalet yang menarik hati untuk dihuni.
Ambil masa mengunjungi Lata Simpon untuk mandi-manda. Jangan risau meredah denai di sini kerana hutan dijaga dengan baik dan setiap denai disediakan pelantar pejalan kaki.
Jangan lupa juga singgah di titian kanopi terpanjang di dunia iaitu sepanjang 550 meter pada ketinggian 45 meter dari tanah. Hanya seorang dibenarkan menaiki titian kanopi ini pada satu-satu masa untuk menghayati flora dan fauna yang berusia ratusan tahun.
Waktu malam, ambil peluang untuk ke 'Bumbun' iaitu sebuah rumah kayu ala menara tinjau untuk menjenguk perilaku haiwan liar seperti rusa, tapir, landak menjilat garam galian di jenut. Di Taman Negara ini terdapat beberapa bumbun antaranya Bumbun Tahan, Bumbun Tabing, Bumbun Cagar Anjing, Bumbun Blau, Bumbun Yong dan Bumbun Kumbang.
Luangkan masa ke Lata Berkoh dengan menaiki bot panjang. Pengunjung akan dibawa singgah ke santuari kelah di Lubuk Tenor untuk memberi ikan makan selain melihat pokok tualang terbesar yang direkodkan di Taman Negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Orang ramai perlu memohon kebenaran polis sebelum membeli tiket penerbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Itu kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebarang aktiviti merentas negeri sama ada melalui laluan udara atau darat adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran polis. Rentas negeri di dalam Semenanjung adalah tidak dibenarkan kecuali ada kebenaran polis. Begitu juga rentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (dan sebaliknya) juga tidak dibenarkan, melainkan ada kebenaran polis.
“Saya ingin menasihatkan kepada mereka yang berniat rentas negeri melalui laluan udara, minta kebenaran daripada polis terlebih dahulu sebelum beli tiket penerbangan Mereka yang sudah membeli tiket tetapi tidak mempunyai kebenaran polis akan disekat daripada menaiki pesawat. Di sekatan jalan raya berdekatan lapangan terbang, mereka akan diarah untuk berpatah balik oleh polis. Akhirnya, mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana membeli tiket tetapi tidak mendapat kebenaran untuk terbang merentas negeri,” katanya.
Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang sudah mendapat kebenaran polis, penumpang akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang negeri masing-masing. Individu yang didapati positif COVID-19 akan dihantar ke hospital untuk rawatan. Jika didapati negatif, mereka dibenarkan pulang ke rumah tetapi wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing. Bagi yang ke Sarawak, mereka akan disaring sekali lagi pada hari ke-10 kuarantin wajib.