Kalau ada peluang ke negara Jepun, anda boleh cuba mempelajari cara kehidupan masyarakat ini dan pasti anda jatuh cinta kepada makanan dan gaya hidup mereka yang begitu teratur. Perkara yang baik boleh diambil sebagai tauladan, yang buruk jadikan sempadan ya!
Ramai rakyat Jepun memang kita sedia maklum suka mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Disebabkan itu, rata-rata daripada mereka mempunyai kesihatan yang baik dan jangka hayat hidup yang agak lama berbanding masyarakat lain.
Tidak hairanlah apabila seorang wanita Jepun yang berumur 116 tahun secara rasminya diiktiraf sebagai manusia paling tua dunia, menurut portal Guinnessworldrecords.com minggu lalu.
Kane Tanaka yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di bandar Fukuoka di sini disahkan berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac 2019. Dia lahir pada 2 Januari 1903. Tanaka merupakan anak ketujuh pasangan Kumakichi dan Kuma Ota.
Wanita itu berkahwin dengan Hideo pada 6 Januari 1922 ketika berumur 19 tahun. Mereka dikurniakan empat anak dan mengambil seorang anak angkat.
Antara aktiviti yang digemari Tanaka ialah bermain Othello bersama penjaga di pusat berkenaan.
Tanaka secara rutin akan bangun pada pukul 6 pagi dan mempelajari subjek termasuk Matematik pada waktu tengah hari. Portal Guinnessworldrecords.com menyatakan Tanaka pernah menjalani beberapa pembedahan sepanjang hidupnya termasuk katarak dan kanser kolorektum.
Bagaimanapun, Tanaka masih kurang enam tahun untuk memintas rekod manusia tertua dunia yang masih dipegang Jeanne Louise Calment dari Perancis sejak 22 tahun lalu. Jeanne lahir pada 21 Februari 1875 sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di Arles, selatan Perancis pada 4 Ogos 1997, dengan usia terakhir 122 tahun 164 hari
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI