Wow! ‘Sold Out’ Dalam Masa 2 Jam, Peminat Kacang Masin Malaysia Airlines Borong Habis Makanan Ringan Ini

Share

Kebiasaannya jika kita menaiki penerbangan Malaysia Airlines, pasti akan diberikan makanan dan minuman ringan percuma sepanjang perjalanan.

Selain air jus oren, selalunya penumpang akan diberi ‘salted peanuts’ atau kacang masin yang dianggap salah satu makanan ringan terbaik oleh Malaysia Airlines.

Bukan itu sahaja, kacang ini juga menjadi makanan kegemaran dan ditunggu-tunggu penumpang setiap kali menggunakan perkhidmatan penerbangan ini.

Kacang masin viral. Kredit Foto: FB Malaysia Airlines Salted Peanuts

Artike Berkaitan: Penumpang Malaysia Airlines Wajib Pakai Topeng Muka

Baru-baru ini syarikat penerbangan itu telah menawarkan kepada orang ramai untuk membeli kacag istimewa berkenaan.

Ditawarkan pada harga sangat murah iaitu hanya RM15 dan akan mendapat 10 paket ‘salted peanuts’ dalam kotak yang direka khas.

Dan apa yang sangat mengejutkan, apabila kacang masin berkenaan telah habis dijual dalam masa hanya 2 jam sahaja.

Sold out dalam masa 2 jam.

Malaysia Airline juga turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli kacang istimewa ini.

Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Beri Diskaun 35%. Jangan Lepaskan Peluang Tawaran Istimewa Sempena 2020

Malah turut memberitahu pihak mereka akan ‘restock’ semula dan boleh mendapatkan kacang ini pada masa lain kelak.

Oleh kerana sambutan memberangsangkan, mungkinkah ‘salted peanuts’ ini akan dipasarkan secara meluas di pasaraya tempatan nanti.

Bagi penggemarnya tidak perlu terbang untuk merasai keenakan kacang istimewa ini, sebaliknya cari saja di kedai jika Malaysia Airlines mahu luaskan pasarannya.

Sementara itu di ruangan komen, warganet turut menyambut baik Malaysia Airlines yang berusaha mencari jalan dalam menambah pendapatan. Ada juga yang tidak sabar menanti untuk ‘restock’ kacang masin ini.

Didatangkan dengan gift box yang cantik.
Azrin Jalani Good job Malaysia AirlinesThinking out of the box. Way to go to generate income, no matter how big or small it is. #adopttoadapt
Gabriel Liau please restock, I’m eager to get my favourite peanut snack from beloved Malaysian hospitality
Esther Wong Oops! I miss the peanut so much. How I can get it? Can restock, pls?
Noraniza Zainal Restock faster please.. hope I don’t miss it next time
Nurul -yon Adoi br tgk semlm..dh hbs..pls restock..2 minggu lg nk fly..hrp dpt pick up dlm flight

Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Untuk Pelancongan Domestik Potongan Sehingga RM200

Oleh
Siti Zurina Mat Saman