Travel

Wow, Ronda Pulau & Snorkeling di KEPULAUAN MERSING Semurah RM160!

Share

Wow, ronda pulau dan snorkeling di kepulauan Mersing semurah RM160 sahaja! Sangat jimat dan macam mana kalau pergi ramai?

Okay, ini pengalaman saudari Adda sepanjang dia pergi Johor, jom kita baca perkongsiannya dulu.

Ronda Pulau & Snorkeling di KEPULAUAN MERSING

Trip ini cuma tiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan public holiday (mix trip). Tapi kalau nak pergi weekdays pun boleh kalau ada minimum 9 pax.

Apa yang dapat dengan harga RM160 ini?

Bermula dengan Pulau pertama kami singgah di Pulau Raja. Di sini kalau air surut kita boleh nampak sandbanks (busung pasir) memang cantik lah. Kalau guna drone atau 360 memang boleh nampak view lagi cantik. Lepas itu, akan menyusuri pokok bakau
(mangrove tour) dengan menaiki bot.

Pulau kedua singgah di Pulau Seri Buat untuk aktiviti hiking. Tapi kalau tak nak hiking, korang boleh mandi sahaja kat laut bawah itu.

Tetapi rasa memang rugi lah kalau tak naik puncak seri.Jangan risau, trek santai sahaja sesuai untuk pemula. 15 minit sahaja sampai lah peak.

Walaupun rendah, tapi view kat atas tu memang awesome! Nampak lautan luas terbentarng dari atas bukit ni. Dan di belakang pulau ini boleh buat aktiviti cliff jumping.

Korang kena cuba!

Kemudian kami singgah ke Pulau Hujung untuk berhenti makan (lunch packed), di sini tak ada perkampungan atau resort pun.

Hanya berhenti rehat dan santai. Nak sambung mandi ke 0otd pun boleh. Kemudian sambung pula snorkeling dibeberapa point termasuk Pulau Tengah.

Aktiviti yang paling tak sabar nak buat, masuk ke gua harimau. Sebab gua ini cantik sangat! Macam di Krabi walau hakikatnya di Mersing. Boleh buat terjun tiruk kalau berani.

Dan hentian terakhir akan singgah turun ke Pulau Besar. Sebelum itu kita akan lalu ke Pulau Rawa. Ini adalah private island, kita tak boleh sesuka hati untuk naik pulau ini.

Jadi cuma boleh sightseeing dari atas bot sahaja. Bergambar berlatar belakang kan pulau rawa memang cantik! Kat pulau besar macam-macam aktiviti yang boleh buat, aku sewa basikal dengan harga RM10. Pusing lah pulau itu. Agak sudah penat dan haus, boleh minum air kelapa harga sebiji RM5 sahaja di situ. Sejuk tekak. Kat sini juga ada kemudahan seperti surau dan tandas.

Trip ini bermula dari 830am – 5pm (bergantung pasang surut air). Peralatan Snorkeling juga disediakan.

Makan dan minum termasuk sekali dalam pakej. Kita cuma datang bawa diri sahaja di kepulauan Mersing, Johor.

Jadi, anda sudah boleh ajak orang sebelah untuk habiskan masa cuti korang nanti. Memang berbaloi!

Oleh
Nadia