Cathay Pacific Group akan memperkenalkan Wi-Fi berkelajuan tinggi dalam pesawat Boeing 777 dan Airbus A330 mereka mulai pertengahan 2018. Ini berikutan kejayaan pengenalan khidmat Wi-Fi dalam pesawat Airbus A350-900 sebelum ini.
“Pengguna Cathay Pacific mahu sentiasa menggunakan internet meskipun pesawat sedang terbang tinggi. Ini penting bagi kami di Cathay Pacific dan internet akan menanti anda pada 35,000 kaki tinggi kelak,” jelas Ketua Pegawai Pelanggan dan Komersial Cathay Pacific, Paul Loo.
“Menjelang 2020, kami jangkakan kesemua pesawat kami akan mempunyai keupayaan sambungan tanpa had. Ini akan membuka banyak peluang bagi kami untuk menyediakan lebih banyak pengalaman yang inovatif untuk para pelanggan kami.”
Perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi ini akan membolehkan pelanggan menyemak e-mel, mengakses rangkaian sosial mereka dan berbelanja secara dalam talian menggunakan apa jenis peranti.