Jika anda ada pelbagai urusan yang ingin dilakukan hari ini, bersiap sedia dengan cuaca ditempat anda terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
- Amaran Cuaca Buruk (jingga) dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.
- Manakala, amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
- Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula, daerah yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
- Selain itu, turut diletakkan dalam Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning ialah Kemaman, Terengganu dan Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin di Pahang.
Keadaan hujan lebat di negeri pantai timur dijangka semakin berterusan. Kedua-dua amaran peringkat jingga dan kuning tersebut berkuat kuasa dari 17 November sehingga 18 November 2020.
Oleh itu, semua penduduk di kawasan yang nyatakan diharap lebih erhati-hati dengan keselamatan diri ketika cuaca buruk.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Caj Dikenakan Untuk Naik Menara Kuala Lumpur & Menara Alor Setar Julai Ini Sempena Kempen ‘We Are Free!’
Selepas beberapa destinasi pelancongan popular mengumumkan promosi hebat pembukaan semula operasi mereka, tidak terkecuali Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar turut membuat kejutan kepada pengunjung domestik merancak kembali idustri pelancongan yang suram sejak PKP.
Pengunjung tempatan dan segelintir warga asing yang berada di negara diberi kesempatan melawat Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sempena kempen ‘We Are Free! – ‘masuk Percuma’ bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2020.
Di Menara Kuala Lumpur menerusi kempen itu, pengunjung tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk ke pelantar pemandangan tertutup (observatory deck), serta potongan 50 peratus ke pelantar pemandangan terbuka (sky deck). Sebelum kempen ini, pada hari biasa pengunjung perlu membayar RM30 untuk pergi ke yang pelantar pemandangan tertutup, dan RM71 untuk pelantar pemandangan terbuka. Manakala harga tiket bagi Menara Alor Setar yang dikenakan sebelum ini RM12 untuk dewasa dan RM8 kanak-kanak.
Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan, pihak pengurusan menetapkan hanya 20 minit bagi satu slot, dengan setiap slot dihadkan antara 15 hingga 20 orang, bergantung kepada peraturan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, katanya, semua pengunjung diwajibkan memakai pelitup separuh muka, manakala pihak Menara Kuala Lumpur akan memeriksa suhu badan, menyediakan cecair nyah kuman, merekodkan kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera serta menyediakan garisan untuk memastikan penjarakan sosial ketika beratur.
Berikut adalah waktu lawatan baharu:
- Menara Kuala Lumpur 10.00 pagi – 7.00 malam (Dibuka setiap hari)
- Menara Alor Setar – 10.00 pagi – 10.00 malam (Dibuka setiap hari)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 layari www.menarakl.com.my manakala Menara Alor Setar ditalian 04-720 2901 layari www.menaraalorsetar.com.my
Sumber: FB Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakej Bercuti Di Semporna, Sabah Belum Pernah Semurah Harga Sekarang Tau! Berbaloi Beli
Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah di Sabah ini.
Kebanyakan pengusaha resort di sini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Semporna sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pascapandemik COVID-19. Keyakinan itu bersandarkan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan selaras dengan arahan kerajaan.
- Borneo Divers & Sea Sport (Sabah) Sdn Bhd – Menawarkan promosi pakej dengan diskaun sehingga 50 peratus daripada harga biasa untuk penyelam dan bukan penyelam dengan minimum tempahan untuk enam orang. Pakej percutian tiga hari dua malam di Borneo Divers Mabul Resort ini meliputi tempat tinggal, makan dan minum, pengangkutan serta aktiviti menyelam di Mabul atau Kapalai.
- Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd – Menawarkan pakej istimewa dengan menyasarkan pelancong tempatan datang bercuti ke daerah itu. Sebelum ini mereka tidak pernah menyediakan pakej khas untuk pelancong dalam Sabah, tetapi kali ini kami menyediakan pakej dua hari, satu malam ke Sipadan-Kapalai Dive Resort dan tawaran ini dibuka sehingga 30 September 2020.
Selain aktiviti skuba, pelancong juga boleh melakukan snorkeling atau island hoping ke Taman Marin Tun Sakaran yang meliputi Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Mabul, Kapalai dan Sipadan merupakan pulau saling berdekatan dan menyajikan pemandangan indah hidupan marin buat pencinta alam bawah laut. Tawaran pakej pelancongan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong domestik mengambil peluang bercuti ke Semporna sekali gus menyahut saranan kerajaan agar rakyat Malaysia melancong di dalam negara melalui kempen ‘Travel Domestic’. Jangan lepaskan peluang ya!
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Maut Kemalangan Belon Panas di Turki, Pesan Lelaki Ini Ada Betulnya. Yang Pergi Sendiri Kena Lebih Hati-hati!
Dua hari yang lalu berita tempatan dan antarabangsa melaporkan dua pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia.
Hal itu disebabkan cuaca yang tidak menentu yang mana menyebabkan belon panas yang dinaiki pelancong tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas.
Menaiki belon panas bila bercuti ke Turkiye antara perkara yang menjadi kelaziman untuk dibuat oleh pelancong. Namun dengan keadaan cuaca masa kini yang tidak menentu, lelaki yang dikenali sebagai Naufal Tahsin Pasha memberi sedikit pandangan dan nasihat buat traveler dari Malaysia.
Berkongsi pandangan tersebut melalui grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Naufal menyatakan setiap pelancong yang ingin menaiki belon panas lebih peka dengan cuaca yang ada di sana dan mendapatkan maklumat daripada guide atau agen yang menguruskan belon panas itu sehari sebelum tarikh menaiki belon panas.
Jelasnya, keselamatan adalah lebih penting berbanding hal lain terutamanya bagi yang melancong sendiri tanpa menggunakan khidmat ejen dan sebagainya perlulah lebih berhati-hati.
Ikuti perkongsian lelaki ini:
Saya nak kongsi sikit pada semua yang nak naik Hot Balloon di Cappadocia
Kalau pergi dengan tour,biasanya jika naik esok, hari ini biasanya dah tahu samada esok boleh naik atau tidak sebab kita memang ada informer yang valid tentang cuaca. Memang benda ni yang kita takut jadi.. Saya, jika pembantu guide (Orang sana) beritahu esok cuaca mungkin tak berapa okay, saya akan terus tukar pada jeep safari untuk semua yang ikut trip saya..Walau ada yang sedih. tapi tetap saya fahamkan by words..Macam trip yang lepas-lepas pun ada begitu. Kena faham dan redha.
Jika pergi sendiri dan bukan ikut tour, sila hati-hati. Memang kita tak nak terlepas naik hot baloon jika kesana, Tapi faktor keselamatan lebih penting. Orang sana memang dia okay ajer sebab nak payment. 235 USD per person tuu. Ada juga yang berharap tapi akhirnya tak dapat pulangan pembayaran lepas tak dapat fly. Ini juga kita risaukan.
Kalau consultant / tour guide anda beritahu “esok cuaca tak menentu, Kita lihat esoknya bagaimana.”
So better dont, and jangan mengharap lebih. Sebab confirm 80% consultant/guide anda takkan proceed. Nyawa lebih penting. Tukar aja pada jeep safari. Worth it juga dan jangan risau walau extreme tapi berbaloi.
Hati-hati jangan ambil risiko. Cappadocia cuaca lain macam, tiba-tiba pun suhu boleh drop, angin kuat, dan ada juga hujan batu. Jika apa-apa jadi disana, medical tak murah, nak bawa balik Malaysia pun costing lagi nanti.
Memang secara amnya jika cuaca tak okay, semua balloon tak akan fly, tapi lebih saya tekankan pada semua aspek termasuk aspek pembayaran yang tidak dipulangkan semula oleh orang sana dan scammers yang menjanjikan bulan bintang disaat akhir. Hati-hati!
Jika sehari sebelum dapat info cuaca okay, just proceed. Tapi atas keselamatn sendiri.
Sebab ini memang menjadi bucketlist sesiapa yang ke Turkiye kan. Kena cuba jika keadaan ok.
Spread awareness
Kredit: Naufal Tahsin Pasha
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI