Semalam (22 Julai 2019) kita baru menyaksikan logo baharu untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ramai yang memuji rekaan logo baharu berkenaan, hasil ciptaan oleh Alfred Phua Hong Fook kerana dilihat lebih menyerlah daripada rekaan logo kempen yang sama sebelum ini.
Dalam rekaan baru itu. kita dapat lihat Burung Enggang, Bunga Raya dan daun Paku Pakis digunakan sebagai elemen utama yang melambangkan keunikan flora dan fauna, kepelbagaian budaya dan makanan yang ada di Malaysia.
Namun, berlaku kekeliruan tidak lama selepas logo baharu itu dilancarkan apabila wargamaya mula membanding-bandingkan dengan satu logo Burung Enggang yang ada di laman sesawang Shutterstock.
Sekali pandang, kita akan lihat rekaan Burung Enggang yang ada di laman sesawang Shutterstock itu sama dengan rekaan Burung Enggang pada logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020.
Ads
Maka dengan itu, berduyun-duyunlah wargamaya di laman-laman sosial mengkritik logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 itu sebagai logo cetak rompak dan tiada keaslian dalam pembikinan logo tersebut.
Dengan sumber yang ada, saya cuba membuat perbandingan terhadap logo yang asli dengan logo-logo yang tular di media sosial mengatakan logo asli adalah hasil cetak rompak.
Yang pertama, kita perlu kenalpasti terlebih dahulu logo manakah yang asli, dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir dengan logo yang tular di media-media sosial.
Ads
Yang kedua, jika anda perhatikan kepada kedua-dua rekaan di atas, anda akan dapat lihat bahawa rekaan logo yang asli dengan logo yang ditularkan di media sosial adalah berbeza sama sekali.
Logo Burung Enggang pada rekaan yang asli tidak mempunyai lekuk-lekuk pada bahagian dada dan paruh serta mata burung berkenaan juga berbeza.
Untuk lihat dengan lebih jelas, di sini ada satu gambar logo yang letak sebelah-menyebelah, anda boleh lihat dengan jelas dan bandingkan sendiri antara logo asli dan logo tular tersebut.
Ads
Mungkin, dari sudut pandang seorang perekabentuk, anda merasakan rekaan tersebut adalah biasa-biasa, tapi bagi kami yang tidak dianugerahkan pancaindera untuk berkarya melakar, melukis apatah lagi merekabentuk logo-logo yang hebat, logo baharu ni lebih baik daripada sebelumnya. Sorrytosay, tapi itulah hakikatnya. Rekaan dulu tu compare dengan sekarang, sangat berbeza.
Tapi persoalan yang lebih besar, macam mana ada dua rekaan logo yang berbeza? Satu yang asli dan satu lagi yang tular dan seolah-olah menampakkan rekaan asli adalah cetak rompak? Adakah ada ‘tangan-tangan’ yang cuba mencetuskan propaganda? Allahualam. Tetapi sebagai pengamal media dan berpaksikan etika kewartawanan, saya perlu menyatakan kebenaran dan membetulkan masyarakat daripada keliru.
Tidak salah untuk kita mengkritik demi kemajuan tapi jangan kelirukan masyarakat demi tujuan tertentu. Dah nak masuk 2020 dah kan?
KEMASKINI TERKINI (23/7/2019 19:40): Pihak Tourism Malaysia telah menghubungi Libur untuk pengesahan dan memaklumkan berlakunya ‘miss-leading’ diantara logo asli dengan logo palsu yang tular di sosial media. Diminta wargamaya tidak terkeliru antara logo asli dengan logo yang palsu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara sudahpun beralih ke fasa Andemik pada 1 April yang lalu, justeru sudah banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat, tambah pula umat Islam seluruh dunia yang baru sahaja menyambut bulan Ramadan.
Antara yang ditunggu-tunggu termasuklah solat terawih dan juga majlis berbuka puasa beramai-ramai. Inginkan suasana yang cukup meriah berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, Madinah? Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf memberi peluang kepada semua untuk merasai suasana tersebut hanya dengan mendaftarkan diri dan datang ke Karangkraf yang terletak di Shah Alam untuk berbuka puasa beramai-ramai.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 29 April ini. Bagi yang pernah berbuka puasa di Kota Suci Mekah dan Madinah, pasti dapat mengubat rindu dengan suasana Iftar yang cukup meriah namun masih menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Tak perlu bawa makanan dari rumah atau beli dari luar, seperti yang pernah diadakan sebelum ini, juadah Iftar disediakan secara percuma selari dengan tujuan utama program ini diwujudkan iaitu untuk memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Selain berbuka puasa, program kali ini turut disajikan dengan pengisian tazkirah yang akan berlangsung sebelum majlis buka puasa. Selepas berbuka turut diadakan solat Maghrib dan solat terawih secara berjemaah sepanjang program berlangsung.
Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian 019- 213 3315.
Anda tahu negara mana yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia? Jawapannya adalah Jepun. Ya, Jepun adalah negara rantau asia yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia.
Selain daripada Jepun yang menduduki tempat pertama, senarai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa itu turut mencatatkan Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat kedua dan ketiga.
Indeks Pasport Henley menunjukkan bahawa ketiga-tiga negara itu boleh melawat 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.
Ketiga-tiga negara dari rantau asia itu menduduki tempat pertama, langsung membuktikan berlakunya peningkatan terhadap pengaruh kuasa dari negara-negara asia di peringkat dunia.
Selain daripada Jepun, Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat pertama, Jerman menduduki tempat kedua di mana penduduknya boleh melawat ke 188 buah negara tanpa permohonan visa.
Menyusuli di tempat ketiga adalah Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden di mana rakyat negara itu boleh melawat ke 187 buah negara.
Selain daripada negara-negara yang disebut di atas, di sini adalah senarai lengkap negara yang mempunyai pasport paling berpengaruh di dunia dari tempat pertama hingga kesepuluh.
Bukan saja terkenal dengan bunga Sakura yang sedang berbunga lebat ini kala ini, Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Dengan sisi bangunan pencakar langit hinggalah ke keindahan alam semulajadinya, Jepun antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat negara ini.
Jika Mac dipenuhi dengan bunga Sakura, memasuki bulan April pula Jepun terkenal dengan Snow Wall setinggi 20 meter yang diukir sepenuhnya dengan tangan.
Perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit berkongsi kisah menarik mengenai Snow Wall setinggi 20 meter ini.
Tateyama-Kurobe Snow Wall, atau dikenali sebagai “Yuki-no-Otani” sebenarnya adalah dinding salji yang boleh mencecah ketinggian 20m.
Tinggi kan?
Tapi benda ni tak hairan pun sebab Yuki-no-Otani ni pun terletak kat atas dekat Gunung Tateyama (2450m dari paras laut) di mana kawasan ni terima antara paling banyak salji di dunia.
Yuki-no-Otani ni panjang dia lebih kurang 500m. Menariknya, dinding salji ni sebenarnya man-made (buatan manusia). Diorang ambil salji dari kawasan sekitar dan kumpulkan kat situ kemudian ukir jadikan dinding tu.
Memang gigih la nak ukir salji tinggi 20m sebenarnya dan benda ni diorang buat setiap tahun. Sebab bila habis musim, dinding ni memang akan cair. Saljikan.
Jadi kalau berminat nak datang sini, waktu paling baik nak tengok snow wall tinggi 20m ni adalah pada tengah bulan April – tengah Jun. Sumber : Zunita Ramli .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!