Kembali dibuka selepas dua bulan tidak dibenarkan beroperasi kerana ‘lokedown’, warga London serbu restoran makanan segera McDonald’s.
Petugas perkhidmatan penghantaran makanan berbaris panjang di luar restoran McDonald’s di London selepas 15 cawangannya di bandar raya itu dibuka semula untuk kali pertama sejak Mac 2020. Kesemua cawangan mula dibuka jam 11 pagi untuk servis bawa pulang sahaja. Aplikasi UberEats dilaporkan mengalami masalah kerana permintaan tinggi, dengan ramai pelanggan mengeluh gagal mengakses aplikasi berkenaan.
McDonald’s menerusi Twitter memaklumkan masalah itu disebabkan jumlah pesanan yang sangat tinggi, sekaligus menimbulkan masalah penghantaran.
Tomorrow we will offer delivery via Uber Eats from 15 restaurants in the South East of England, next week we will start to reopen our Drive Thrus as we get ready to reopen restaurants across the UK and Ireland. pic.twitter.com/us3wM2fJYc
— McDonald's UK (@McDonaldsUK) May 12, 2020
Tomorrow we will offer delivery via Uber Eats from 15 restaurants in the South East of England, next week we will start to reopen our Drive Thrus as we get ready to reopen restaurants across the UK and Ireland. pic.twitter.com/us3wM2fJYc
— McDonald’s UK (@McDonaldsUK) May 12, 2020
Gambar-gambar yang tersebar di laman sosial turut menunjukkan petugas servis penghantaran memenuhi kawasan sekitar bangunan McDonald’s di Watford Luton dan Harrow.
Walaupun penanda penjarakan sosial dua meter disediakan, ia sukar dipatuhi memandangkan keadaan yang sesak. Rangkaian restoran makanan segera gergasi itu juga memohon pelanggan memahami situasi semasa di mana mereka tidak dapat melakukan penghantaran dalam tempoh masa yang pantas seperti sebelum ini.
Ketua Eksekutif McDonald UK dan Ireland, Paul Pomroy berkata semua pihak kini dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan dan norma baharu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara kerja mereka.
“Sambutan luar biasa apabila kami mengumumkan untuk membuka semula restoran dan kami tahu ramai yang mahu restoran dibuka seperti biasa. Tetapi ketika ini keselamatan dan kesihatan pekerja, pembekal dan rakan penghantaran adalah keutamaan dan kami hanya akan membuka cawangan di mana situasi persekitarannya diyakini selamat untuk semua,” katanya.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI