
Angkasawan wanita Amerika Syarikat, Christina Koch yang berusia 41 tahun menjadi wanita pertama berada paling lama di ruang angkasa selepas 11 bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Sebelum ini, rekod angkasawan wanita paling lama berada di ruang angkasa adalah selama 289 hari yang oleh dipegang angkasawan veteran, Peggy Whitson. Christina Koch selamat mendarat di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano, dari Agensi Angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov, dari Rusia.
Christina Koch, yang juga merupakan kakitangan NASA itu berada di ruang angkasa selama 328 hari. Manakala Luca Parmitano dan Alexander Skvortsov pula menamatkan misi selama 201 hari berada di ISS. Misi ini sekali gus memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat kesan kepada wanita yang berada lama di angkasa lepas.
Christina Koch dilihat tersenyum lebar dan menunjukkan tanda ‘thumbs up’ selepas dibawa keluar dari model terbaharu Soyuz. Mereka dibawa ke ibu pejabat NASA di Houston melalui Karaganda dan Cologne, Jerman untuk pemeriksaan perubatan.
Foto: NASA
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

Akibat dikatakan berpakaian terlalu seksi, seorang wanita dihalau oleh kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana melanggar etika berpakaian. Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh hampir 20 minit. Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.
Emily O’Connor berusia 21 tahun menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi. Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.
Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”
Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain. Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.
Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya. Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.
Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun secara umum, kru kabin Thomas Cook perlu memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur.
Berita mengenai etika berpakaian ini menjadi tular, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada yang bersimpati dengan peristiwa buruk yang berlaku kepada wanita tersebut tidak kurang juga yang menyelarnya.
Beberapa program televisyen juga berdebat mengenai isu tersebut, Emily turut dijemput menjadi tetamu rancangan dan dia hadir dengan pakaian yang sama. Ada panel yang memberi pendapat bahawa pakaian yang dipakai Emily sememangnya menjolok mata. “Ini bukannya top, ini sememangya bra (pakaian dalam).”
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Ada Lagi Tak Hotel Larang Staf Bertudung?

Pemakaian hijab atau tudung tidak sepatutnya menjadi sebab seseorang individu tidak boleh melaksanakan tugas dan kerja dengan baik disesebuah organisasi terutamanya di sektor perhotelan.
Umum mengetahui berkerja di sektor perhotelan memerlukan kita sentisa berada dalam keadaan kemas, mahir berkomunikasi dan selalu berinteraksi dengan ramai orang. Namun tudung tidak sepatutnya dijadikan isu lebih-lebih lagi di Malaysia yang merupakan negara Islam.
Pada tahun yang sudah, Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari 2018, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengambil langkah dengan menasihatkan hotel-hotel terbabit agar mengambil tindakan pembetulan supaya tidak melaksanakan larangan bertudung. Kementerian memandang serius terhadap isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan.
Sebagai langkah menangani diskriminasi di tempat kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut berkata akan meneruskan pemantauan ke atas beberapa lagi premis pekerjaan di sektor perhotelan. Harap-harap untuk tahun 2020 ini, tiada lagi masalah diskriminasi seperti ini berlaku.
Sumber: Berita Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nostalgia Filem Gila-Gila Remaja Akan Buat Anda ‘Throwback’ Kenangan Indah Zaman 80-an Di RGG 2019!

Isi Kandungan
ToggleTeringat ada satu masa, saya pernah menonton filem Gila-Gila Remaja di kaca television bersama-sama dengan keluarga. Sungguh asyik ketika menonton filem itu, kerana setiap babak yang ditayangkan pasti membuatkan mereka yang pernah melalui zaman 80, 90-an dahulu teringat-ingat kenangan indah waktu dulu.
Filem arahan Hussein Abu Hassan ini evergreen sepanjang zaman dan dialog paling popular yang tak akan luput daripada ingatan adalah, “Roy, Roy. Hati Kau Keras… Selalu Berkorban Untuk Orang Lain”. Memang berhantu dialog ni. Masakan tidak, filem ini ditayangkan pada tahun 1985 dan sehingga kini, kata-kata tu masih melekat di kepala.
Ditambah dengan pelakon kacak iaitu Faizal Hussein, cukup membuatkan anak-anak gadis waktu itu tersenyum meleret sampai ke cuping telinga bila melihat watak Azroy yang dimainkan beliau tersenyum simpul ketika babak-babak di dalam filem Gila-Gila Remaja. Tak cukup dengan itu, heroin Suziana yang dimainkan oleh Rehana Yassin membuatkan pemuda-pemuda tersiull di tepi parit kampung sambil memetik gitar kapak. Ah, indah sungguh kenangan waktu itu.
Selayang pandang filem ini dimana Azroy telah jatuh cinta dengan seorang pelajar baharu iaitu Suziana. Di satu hari, Azroy dan rakan-rakan telah terlibat dengan pergaduhan bersama dengan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gagak Hitam. Dek kerana peristiwa hitam yang berlaku itu membawa kepada kes polis, Azroy terpaksa memutuskan hubungannya dengan Suziana atas permintaan ayah Suziana dan membawa diri demi cintanya.
Fenomena remaja masa dulu
Fenomena yang dihasilkan filem itu tidak terhenti pada pelakonnya sahaja, malah gaya, percakapan dan pakaian yang digunakan turut menjadi trend ikutan remaja tahun 80-an. Dengan motorsikal scrambler dan jaket kulitnya, kasut Nike kuning, t-shirt putih bendera Jepun, tali pinggang kulit dan gaya menyandang jaket di bahu menjadi ikut-ikutan di merata-rata tempat.
Di zaman itu jugalah alunan musik rock menghiasi pentas seni tanah air dan berkumandang di corong-corong radio tanpa henti. Kaset-kaset rock laku keras macam goreng pisang panas wa cakap sama lu! Andai diberikan sikit kesempatan, sudah tentu saya ingin kembali ke zaman itu. Cukup sekadar sehari sudah memadai untuk memekarkan kembali kenangan-kenangan lama yang sentiasa terpahat dalam ingatan.
Himpunan Gila-Gila Zaman Remaja tak lama lagi!
Kesempatan itu akan tiba tidak lama lagi di himpunan motorsikal retro terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini iaitu Retromania Grand Gathering 2019 (RGG2019). Kesempatan untuk throwback kembali nostalgia filem Gila-Gila Remaja akan terjadi kerana tema yang diangkat kali ini adalah Gila-Gila Zaman Remaja. Ribuan motorsikal-motorsikal scrambler akan membanjiri Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 13 & 14 April ini nanti.
Buat gadis-gadis yang pernah tergila-gilakan Faizal Hussein dan sekarang dah jadi mak-mak orang, anda juga boleh datang ke lokasi kejadian kerana Azroy juga akan turut bersama-sama menggamitkan lagi memori zaman Gila-Gila Remaja bersama anda.
Buat kaki-kaki motorsikal retro diluar sana, jangan lupa servis motorsikal anda. Jangan nanti, “bunyi macam ribut tapi lari macam siput!”. Hahaha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI