
Mempunyai banyak tempat menarik dengan pemandangan yang indah menjadikan Bali antara tempat favorite orang Malaysia ke sana.
Seorang pengguna Facebook berkongsi trip ke Bali baru-baru ini setelah kerajaan Indonesia tidak lagi mewajibkan lagi ujian PCR ke atas setiap pelancong yang masuk ke negara mereka.
Paling seronok setiap malam wanita ini dan pasangannya bertukar tempat tinggal atau hotel untuk satu pengalaman yang lebih menarik memandangkan Bali yang mempunyai banyak hotel dengan pemandangan yang cukup indah selain harganya yang lebih murah.
Menurut wanita ini, trip selama 5 hari itu dirasakan tidak cukup kerana ingin meneroka lebih banyak lagi tempat di Bali. Tambahnya juga meskipun sudah beberapa kali berkunjung ke Pulau Dewata itu, dia dan pasangan tidak puas berada di sana.
Ikuti perkongsiannya seperti yang dihantar di Facebook Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM):
Trip Rileks & Hotel Hoping
Hi semua. Nak share pasal recent trip ke Bali (29/5-2/6). Time ni Indonesia baru je buang requirement untuk pre departure PCR test. Jadi cuma kena ambil covid insurance je and print digital cert vaccination.
Trip sangat leisure sebab banyak spend time atas jalan & hotel hopping, makan pun duduk lama-lama, shopping, and lepak hotel. Dekat sana kan banyak hotel best and murah compared to harga dekat sini
Just to highlight yang kitorang memang tak visit banyak tourist spot kali ni sebab pergi Bali this time lebih kepada nak enjoy the scenery and vibe dekat sana plus nak relax je. Trip ni kitorang pergi Uluwatu -Bedugul -Ubud -Canggu naik dengan supir. Details ada dekat bawah.
(Dalam itinerary mula-mula ada plan nak ke Tirtagangga dan Lempuyang, tapi cancel sebab nak spend more time dekat area Ubud. Ubud best! )
Trip 5D4N hari-hari tukar hotel :-
Day 1 – Dreamsea Surf Camp, Uluwatu
Day 2- Pondanu Cabins By The Lake, Bedugul
Day 3 – Alam Wayang Resort, Ubud
Day 4 – Shore Amora Canggu
Tourist spot visited:-
- Ulan Danu Bratan Lake
- OKA Agriculture Coffee Plantation
- Alas Harum Rice Terrace
Tempat makan:-
- Malioboro Tulang Lunak (wajib try)
- Kedai Nasi Padang (ada banyak and halal semuanya)
- Pennylane Cafe Canggu
- Breakfast kami ambil package dengan hotel
- Kedai Ayam Teliwang (opposite Bratan Lake)
Tempat shopping:-
- Kedai barang rotan betul2 opposite Alas Harum Bali
- Ubud Traditional Market
- Kedai-kedai keliling Ubud Market (jalan kaki)
- Bedugul Market area Candikuning
- Krisna Ole-ole utk souvenirs
Kitorang tak ambil package. Just hire service driver je from Bali Shandi Tours Bali Muslim Tours . Special thanks to Kak Dewi & Syaiful banyak tlg coordinate trip kami, dua-dua sangat sporting and helpful Jumpa contact number diorang pun memang dari group ni sebab ramai recommend
Kalau ada yang nak ke Bali tu, pergi la at least seminggu sebab 5 hari tu tak puas. Bali ni dah pergi berapa kali pun takkan puas punya
Kredit: Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Nak bercuti kena pilih kasut yang selesa, baru Onz! Ni Best pakai time bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Bulan Plan, Trip Ke Switzerland Jadi Realisasi. Lelaki Ini Kongsi Itinerary Trip 10H9M Jejak Pemandangan Indah Sambil Sambut Anniversary!

Dapat bercuti ke Switzerland sambil menikmati pemandangan indah bersama yang tersayang pastinya sesuatu yang indah untuk dikenang. Apatah lagi ia bersempena sambutan istimewa iaitu ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Perancangan lapan bulan untuk ke salah satu negara Eropah ini akhirnya menjadi kenyataan bagi pasangan Mohd Ridzuan Suid dan Nur Husna Anuar. Ia bermula setelah pulang dari bercuti ke New Zealand pada empat tahun yang lalu.
Mengumpul segala maklumat, cadangan, pesanan dan nasihat daripada grup Facebook yang tidak asing lagi bagi traveler iaitu Backpackers Buddies Malaysia (BBM), menurut lelaki ini hampir keseluruhan yang dirancang berjaya direalisasikan.
Berkongsi itinerary percutian mereka selama 10 hari sembilan malam di Swiss, pasangan ini berharap moga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada traveler lain yang ingin ke Switzerland seperti mereka.

Ikuti perkongsiannya:
Trip Anniversary Ke Switzerland
Throwback Swiss Trip 08-18 Sept 2022..
Alhamdulillah trip yang dirancang selama hampir 8 bulan bersama-sama isteri tersayang Nur Husna Anuar telah selamat pergi dan balik. Perjalanan kami berdua kali ini adalah secara tidak langsung menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9.
Trip ke Swiss memang telah berada dalam radar kami setelah pulang dari trip NZ pada tahun 2018. Sejak itu, kami selalu follow video-video berkenaan trip ke Swiss yang terdapat dalam Youtube seperti RareTV, etc. Terima kasih atas segala cadangan, pesanan dan nasihat. Maka terjadilah itinerary seperti di bawah. Alhamdulillah, hampir keseluruhan rancangan yang disusun berjaya direalisasikan.
Day 1 (8 Sept) – Travelling
Flight :
– Penang -> KL – AirAsia
– KL -> Abu Dhabi (5 jam transit) -> Zurich – Etihad Airways
*Pembelian tiket Etihad yang tidak dirancang pada awalnya setelah ternampak jualan tiket murah di Skyscanner. Tetapi pembelian tiket terus di website Etihad.
Day 2 (9 Sept) – Zurich -> Lucerne
– Touchdown Zurich Airport lebih kurang 8pagi
– Beli simcard Sunrise (CHF20) unlimited data for 8 days di Zurich Airport. Line coverage
terbaik
– Naik interstate SBB train ke Lucerne using Swiss Travel Pass (STP) . Selalunya interstate SBB train adalah 2 tingkat dan sangat selesa walaupun ramai orang.
– Tiba di Lucerne sebelum sampai waktu check-in. So, kami simpan luggage di hotel dan keluar berjalan2 di area Lucerne seperti Lion Monument, Chapel Bridge, etc.
– Beli Istanbul Box (CHF14.50 each) di kedai Kebab di Lucerne train station.
– Balik ke hotel dan check-in Ibis Budget Hotel untuk 1 malam (CHF119.60)
*Terdapat multi-faith prayer room (chapel) di level 2, terminal 2 (check-in 2) Zurich Airport
* STP yang dibeli melalui klook ~RM3,600.00 / 2 orang for 8 days. STP covered all trains, buses, cable car & cruises for free except certain mountain pass i.e. Mount Titlis, Schilton, Jungfraujoch, Matterhorn, etc.
* Kedudukan Ibis Budget Hotel sangat dekat dengan bus stop dan kekerapan bas yang banyak (less than 5 min waiting time). So, sangat convenient.
Day 3 (10 Sept) – Mount Titlis -> Lauterbrunnen
– Check out early morning dan simpan luggage di hotel.
– Naik bas ke train station dan naik train dari Lucerne ke Engelberg. Kemudian, kami berjalan kaki
(10min) ke cable car station untuk ke Mount Titlis
– Cable car untuk ke Mount Titlis dikenakan bayaran sebanyak CHF96 untuk 2 orang. 50% discount
diberikan kepada pemegang STP.
– Perlu melalui 2 stations sebelum sampai ke last stop di puncak Titlis dan perlu menukar ke cable
car berputar (Rotair) sebelum sampai top of Mount Titlis.
– Makan bekal lunch di top of Mount Titlis
– Turun dari Mount Titlis singgah di Trubsee station. Terdapat tasik untuk dilawati.
– Naik train balik ke Lucerne untuk ambil luggage di hotel.
– Naik train dari Lucerne ke Lauterbrunnen dan perlu tukar train di Interlaken.
– Sampai Lauterbrunnen dan check-in Valley Hostel untuk 4 malam (CHF351.4).
* Rezeki kami dapat bermain salji dengan suhu -1 Deg.C yang merupakan 1st day salji turun after summer (hasil info daripada pengendali rotair). Harap2 info tu betul la..haha
* Terdapat galeri choc Lindt di top of Mount Titlis
* Kedudukan Valley Hostel yang dekat dengan train station sangat convenient untuk pergerakan kami selama berada di Lauterbrunnen
Day 4 (11 Sept) – Lauterbrunnen -> Grindelwald
– Naik train dari Lauterbrunnen ke Grindelwald.
– Jalan kaki (10 min) dari Grindelwald train station ke Grindelwald cable car Station. Bayaran package
untuk cable car + 2 activities adalah CHF134 untuk 2 orang.
– Perlu melalui 2 stations sebelum sampai ke last stop di puncak gunung (Grindelwald First).
– Setelah sampai di last station, berjalan di cliff walk dan menikmati pemandangan di puncak gunung
(First Cliff Walk).
– Turun semula dengan cable car ke satu station bawah (Schreckfeld) dan mula melakukan 1st activity
iaitu Mountain Cart menuruni gunung ke another cable car station (Bort).
– Kemudian, buat 2nd activity iaitu Trottibike menuruni gunung sehingga ke cable car station paling
bawah (Grindelwald cable car station).
– Naik train balik ke Lauterbrunnen & rehat
– Petang – naik train ke Wengen & jalan2 disekitar perkampungan Wengen
* Pengalaman yang menarik menuruni gunung dengan menaiki Mountain Cart & Trottibike sambil menikmati permandangan gunung ganang & padang rumput di Grindelwald. Sangat berbaloi dengan tiket yang dibeli.
Day 5 (12 Sept) – Lauterbrunnen -> Murren
– Naik bas dari depan hostel ke Stechelberg cable car station dan naik cable car ke Murren.
– Jalan2 di sekitar perkampungan Murren.
– Berjalan kaki menuju ke Gimmelwald cable car station menyusuri perkampungan Gimmelwald.
– Singgah membeli homemade cheese yang dijual oleh penduduk kampung.
– Naik cable car turun ke Stechelberg cable car station dan naik bas ke Trummelbach Falls
– Masuk Trummelbach Falls (10 air terjun di dalam gunung). Bayaran CHF24 untuk 2 orang.
– Naik bas ke Staubbach Falls dan jalan kaki balik ke hostel
– Petang naik train ke Interlaken untuk cari souvenir. Makan kebab (CHF20.50 each) di Snack Express
Takeaway.
* Pengalaman membeli homemade cheese secara self-service. Just masukkan duit dalam tabung dan ambil sendiri cheese dari fridge.
* Bergambar di air terjun yang terkenal di Lauterbrunnen iaitu Staubbach Falls.
* Kena survey betul2 harga souvenir di Interlaken sebab harga souvenir di Zermatt lebih murah termasuklah choc Lindt
Day 6 (13 Sept) – Lauterbrunnen -> Kandersteg -> Oeschinensee Lake -> Blausee Lake – Naik train ke Spiez dan tukar train ke Kandersteg
– Jalan kaki (20 min) ke Oeschinensee car cable station dan bayar CHF30 untuk 2 orang – Jalan kaki (20 min) ke Oeschinensee Lake dan picnic di tasik.
– Menaiki Toboggan ride (CHF6 per ride)
– Turun semula ke Kandersteg train station dan naik bas ke Blausee Lake
– Bayar CHF8 untuk 2 orang untuk masuk ke Blausee Lake
* Bayaran masuk ke Blausee Lake dikenakan diskaun 50% from normal price sebab air tasik yang kurang kebiruan disebabkan extreme heat yang melanda Europe.
Day 7 (14 Sept) – Lauterbrunnen -> Interlaken -> Zermatt
– Check out Valley Hostel
– Keluar seawal 8 pagi untuk naik train ke Interlaken dan catch the earliest cruise at 9am.
– Naik cruise free with STP untuk menyusuri Lake Brienz dan turun di Iseltwald jetty.
– Jalan2 disekitar Iseltwald
– Naik bas balik ke Interlaken train station.
– 3 jam perjalanan dalam train dari Interlaken ke Zermatt. Tukar 2 train di station Spiez dan Visp
sebelum sampai ke Zermatt.
– Check-in Bahnhof Hotel (CHF111 per night) yang sangat dekat dengan Zermatt train station.
– Jalan2 dan shopping di pekan Zermatt.
* Souvenir di Zermatt lebih murah compare with other places yang kami visit.
* Bahnhof hotel yang sangat recommended kerana lokasi yang sangat convenient dan boleh nampak view Matterhorn dari balcony bilik.
Day 8 (15 Sept) – Zermatt -> Lucerne
– Check out Bahnhof hotel dan naik train ke Lucerne.
– Simpan separuh luggage di Lucerne train station. Locker size XL (CHF10 for 1st 6 hour) – Naik bas dan check-in Ibis Budget Hotel for 2nd time (CHF166 including breakfast).
– Naik train ke Zurich HB train station dan jalan kaki ke Swiss Chuchi Restaurant
– Dinner cheese fondue & raclette (swiss traditional food) CHF88
* Ada pelbagai locker size yang terdapat di Lucerne Train Station (size S – XXL). Bayaran boleh menggunakan card or coins.
* Boleh request cheese fondue to be served without alcohol. Dihidang bersama roti, steamed potatoes & steamed vege.
Day 9 (16 Sept) – Lucerne -> Zurich
– Breakfast at hotel and check out Ibis Budget hotel
– Simpan semua luggage di Lucerne train station dan naik train ke Ibach
– Pergi Victorinox Factory di Ibach
– Naik train balik ke Lucerne train station dan ambil luggage.
– Naik train dari Lucerne ke Zurich Airport dan ambil hotel shuttle bus dari airport ke Hilton hotel – Check-in Hilton Airport Hotel (CHF140.30 including breakfast)
* Recommended untuk beli product Victorinox di Victorinox factory sebab terdapat discounted price for non-return items. Kami agak menyesal sebab dah beli souvenir di tempat lain..huhu
* Pilih untuk stay di hotel berdekatan airport sebab flight balik ke Malaysia seawal 10pagi.
* Kebanyakan hotel ada menyediakan free hotel shuttle from airport to hotel. Cuma untuk shuttle from hotel to airport dikenakan CHF5.80 untuk Hilton Hotel.
Day 10/11 (17-18 Sept) – Perjalanan pulang
– Check-out Hilton Airport Hotel
Flight :
– Zurich -> Abu Dhabi (5 jam transit) -> KL – Etihad Airways – KL -> Penang – AirAsia
Kesemua perjalanan kami di Swiss hanya menggunakan google maps. Google maps sangat membantu especially train no, platform no, and real time train schedule. Bagi kami penggunaan SBB apps kurang membantu berbanding google maps.
Di Swiss, penggunaan English tidak sangat meluas sehinggakan product labelling pun susah untuk ditemui. So, agak susah untuk kita mengetahui ingredient of certain product.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat for those yang ada plan travel ke Swiss.
Sumber: Mohd Ridzuan Suid & Nur Husna Anuar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip 3H2M Penginapan Alam ‘Ala Kluster Kayangan’ Di Janda Baik Super Best!

Aktiviti dan percutian alam seperti dilokasi pedalaman semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia. Lokasi sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi ‘nature’ tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Jangan risau jika anda inginkan segalanya serba lengkap dan selesa walaupun ketika bercuti dikelilingi ‘hutan’, kerana ada penginapan menarik di Janda Baik, Pahang sesuai untuk permintaan anda itu. Jika anda teringin untuk mencuba percutiaan sebegini dan lokasinya tidak jauh dari ibu kota, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudara Paan Mohd
Lokasi: Sugeh Hill Resort, Janda Baik (31/7/2020 – 2/8/2020)
4,99 bintang untuk Sugeh Resort, Janda Baik, Pahang! Kenapa 4.99 bintang?. 0.01 bintang yang kurang tu letaknya di mini zoo Sugeh Resort ni. Sebabnya tak banyak sangat haiwan yang ada di situ. Setakat yang Abe nampak, ada la burung merak, rusa, angsa, ayam. Yang lain, wallahualam.
Tapi Abe percaya mini zoo ni belum siap sepenuhnya. Pasti ada idea Dato Aliff Syukri nak buat lagi. Mesti punya lah. Kan!. Ok, itu sedikit kekurangan. Jom kita cerita super kelebihan Sugeh Resort ni pula. Yess!!. Untuk 3 hari 2 malam Abe di sana so far Abe dan family Abe enjoy sangat-sangat.
Yang pertama, Sugeh Resort letaknya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Hanya makan masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Jalan nak masuk agak sempit dan berbukit. So, hati-hati ye gais kalau nak pergi. Jangan bawak kereta macam nak main drift pula ya. Oleh kerana agak dekat, Abe bertolak lewat sikit dari rumah. Waktu check in adalah 2.30 pm. So Abe sampai sana dalam 4.30. Elok sampai, Abe solat asar dan terus tuju ke sungai. Sungainya sangat terjaga. Ada kawasan yang ada batu dan juga ada kawasan yang kurang batu. Sangat best. Kawasan sungai yang dilindungi penuh oleh pokok-pokok yang besar membuatkan kawasan mandi sungai tu tak panas dan teduh. Tak de lah takut sunburn ye. Hahaha. Tengok gambar kat bawah.
Kedua, kolam renang open for 24 hours gais. Korang kalau ada anak-anak yang gila air ni, elok sangatlah. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Kolam dewasa pun dalam kedalaman 1.2 meter sahaja. Tak dalam sangat. Boleh tengok gambar Abe share ok.
Ketiga, paling best, di Sugeh Resort ni juga ada aktiviti flying fox. Antara yang panjang juga lah. 100 meter. Syok sebab laluan flying fox ni dijamukan dengan pemandangan yang indah gila gais. Tak percaya, korang tengok gambar yang Abe snap kat bawah ni ye. Bayaran untuk flying fox ni Rm30 untuk dewasa, Rm20 untuk kanak-kanak. 2 kali naik tau!.
Keempat, untuk aktiviti sampingan bersama keluarga, boleh juga main giant bubble. Seronok anak-anak Abe sebab berlatar belakangkan pemandangan cantik, ditambah pula kawasan lapang dan luas, berangin pula di kawasan tu. Best, memang best.
Kelima. Tak cukup dengan tu, gais, di sini ada bilik karaoke gais. Percuma!!. Yes, percuma!. Korang boleh beritahu dekat reception yang korang nak karaoke, then dia sediakan bilik untuk korang. 2 jam korang boleh melalak dekat dalam bilik tu. Bilik karaoke tu terletak di tepi kolam renang je gais. Syahdu beb!. Layan karaoke tepi kolam. Haha.
Keenam. Untuk aktiviti berkuda, ada bayaran sebanyak Rm15 seorang untuk 2 pusingan. Ada la dalam 2 ekor kuda yang Abe nampak. Yang Abe tak nampak, tak tahu lah.
Ketujuh, ada juga disediakan basikal untuk sewaan. Korang boleh kayuh basikal di dalam kawasan tu. Boleh kata luas juga lah dalam tu. Bayaran hanya Rm10 untuk 3 jam. Jika basikal ada 2 tempat duduk tu bayarannya Rm20 untuk 3 jam.
Lain-lain aktiviti, adalah naik sampan dan ATV. Yang ni Abe tak main lah. Sebab tak rasa nak cuba aktiviti ni kan. Hehe. Ada juga Abe bersembang dengan pengunjung di sini. Sebelah malam, diorang pergi naik Genting Highland. Ambik angin sejuk malam di sana. Best tu. Abe pulak tak terfikir nak naik Genting. So, next time kalau datang lagi, InsyaAllah kita naik Genting.
- Bab makan. Jangan risau. Dalam Sugeh resort ni pun ada kafe disediakan. Korang boleh call ataupun terus datang ke kafe untuk beli makanan. Harga pun berpatutan. Standard resort gais. Cuma menu terhad. Jika korang taknak makan di kafe resort pun tak apa. Korang boleh keluar dan carilah gerai-gerai atau restoran yang ada di tepi-tepi jalan tu. Berlambak gais. Ada yang restoran famous pun ada. Mostly di Janda Baik ni sup tulang lah yang famous. Yeke?.
- Bab bilik. Seronok sangat di Sugeh Resort ni sampai lupa cerita pasal bilik ya. Berketepatan dengan namanya ‘Sugeh’ yang bermaksud ‘kaya’ dalam bahasa banjar kalau tak silap Abe, ia memberikan feel mewah pada Abe dan Family. Dengan susun atur dan jenis perabotnya. Memang sangat-sangat eksklusif. Bilik lain Abe tak tahu. Tapi so far, dalam pemerhatian Abe, Sugeh Resort dibina bukan secara ala kadar. Bukan setakat ada sahaja. Malah, ia beri lebih pengalaman yang menarik pada Abe. Dari segi harga, bilik di Sugeh Resort ditawarkan harga serendah Rm100 satu malam hingga Rm2800 satu malam. Lihat pada jenis bilik atau rumah serta lokasi dalam Sugeh Resort tu. Kenapa last sekali baru Abe cerita pasal harga?. Look gais. Keseronokan di sini melebihi harga yang ditawarkan. Serius gais!. Sebab tu Abe lupa nak tulis pasal harga awal-awal review Abe ni.
So, kesimpulannya, jika ragu-ragu tentang tempat ini, Abe nasihatkan korang buang ragu-ragu tu dan datang ke Sugeh Resort ni untuk menikmati percutian korang bersama yang tersayang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Walaupun Last Minute Merancang Ke Lombok, Tapi Percutian Kami Sangat Berbaloi!’

Sumber: Pembaca Libur
Semuanya secara kebetulan. Last minute planning. Penat bekerja membuatkan kami merancang untuk bercuti melepaskan lelah dan tekanan.
Puas memikirkan ke mana harus pergi. Tidak lama, tidak jauh tetapi best dan dapat meninggalkan momen terindah. Lalu tiba-tiba nama Lombok keluar dari mulut kami.
Ya. Kami sepakat untuk pergi destinasi yang awalnya amat terkenal di bibir rakyat Malaysia kisah anak-anak gadis yang lari ikut teman lelaki ke Lombok. Kami ketawa. Ah, biarlah apa pun pandangan dan anggapan segelintir masyarakat, tetapi sudah banyak kami lihat dan dengar kisah percutian di Lombok yang amat indah.
Kami tidak sabar ingin sendiri menikmati indahnya daerahnya yang memiliki pantai-pantai yang indah. Gunung-ganang dan sawah padi yang menghijau. Lalu semuanya kami rancang begitu pantas.
Booking tiket kapalterbang, booking hotel penginapan dan kami terbang, sehari selepas merancang semuanya ini. Bertolak hari Jumaat dan kami pulang hari Selasa minggu hadapannya.
5 hari 4 malam kami amat berharap yang menanti di Lombok nanti segala yang indah. Menaiki flight awal pagi dan mendarat selepas empat jam di udara. Waktu sampai sudah tengahari.
Transport dari hotel sudah sedia menanti. Kami dibawa ke Senggigi. Perjalanan yang terasa jauh kerana melayan perut yang menjerit-jerit kelaparan. Hampir setengah jam perjalanan, kami berhenti di sebuah rumah makan.
Ikan Bakar hidangan paling popular di sini dan itu juga menjadi santapan pertama kami di bumi Lombok. Sambil menanti ikan segar yang kami pilih siap dibakar, saya berjalan ke bahagian dalam restoran. Lalu melangkah hingga ke belakang.. Ada pantai rupanya.
Dan seketika mata terpukau kala melihat hamparan pantai putih bersih dan lautan membiru segar di pancar sinar mentari. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu. Seketika kami terlupa perut yang menjerit minta di isi. Kami mula leka berjaya ke tepi pantai. Memijak pasir yang halus dan merakam gambar-gambar yang indah.
Langit dan laut bagai bercantum dalam warna biru. Sehingga pekerja restoran memanggil kami untuk menikmati hidangan yang sudah tersedia. Katanya takut ikannya sejuk nanti tidak sedap.
Ya kami ketawa kerana ternyata karektor Lombok membuatkan kami terlupa tujuan utama berhenti adalah untuk makan. Selesai makan, kami terus ke hotel. Sekali lagi ketika membuka beranda hotel, kami terdiam. Oh tuhan.. hamparan pantai dan laut membiru terus membuat segala rasa penat perjalanan.
Mata yang tadinya mahu tidur, terus segar bugar. Tidak sabar untuk memijak pasir yang putih. Selepas berehat, hari itu kami habiskan masa di kawasan hotel sahaja. Asyik melayan ombak dan menanti sunset.
Lombok Pulau Seribu Masjid
Ramai yang tidak menyedari Pulau Lombok merupakan destinasi percutian yang semakin popular sekarang ini. Semasa kunjungan saya baru-baru ini saya berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Lombok.
Untuk makluman, tahun lepas Lombok mendapat anugerah Destinasi Percutian Halal terbaik di dunia dan juga Destinasi Berbulan Madu (Honeymoon) No.1.
Pulau Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat Indonesia atau berhampiran dengan Pulau Bali. Berbeza dengan Pulau Bali yang sarat dengan imej Hindu, Pulau Lombok pula majoriti penduduknya beragama Islam.
Jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Pulau Lombok juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Ini kerana terdapat banyak masjid di pulau ini.
Kita boleh melihat begitu banyak masjid-masjid di sepanjang perjalanan dengan bas semasa program lawatan kita di Lombok. Dan yang bestnya lalulintas di sini juga tidak sibuk dan tiada masalah kesesakan lalu lintas.
Untuk ke Pulau Lombok, kita boleh menaiki Pesawat Airasia yang berlepas dari KLIA2 ke Lombok. Tempoh perjalanan pula ialah 3 jam 10 minit, menunjukkan lokasinya yang agak jauh sedikit berbanding dengan Medan atau Padang di Indonesia.
Lapangan terbangnya pula besar dan bertaraf International. Waktu di Lombok juga sama dengan waktu di Malaysia dan bukan lewat 1 jam seperti di kawasan lain Indonesia.
Kampong Tradisional Masyarakat Sasak Ende
Destinasi awal yang dikunjungi ialah di Perkampungan Tradisional Masyarakat Sasak Ende iaitu masyarakat pribumi Lombok. Kampong tradisional ini sengaja dikekalkan sebagai salah satu tarikan pelancongan oleh pihak berwajib.
Apa istimewanya kampung ini? Sebenarnya binaan rumah masyarakat kampung ini, lantainya diperbuat dari najis lembu dicampur dengan tanah liat.
Pertama kali mendengarnya dari tour guide, bunyinya macam pelik. Saya seperti tertanya-tanya, boleh ke? Macam mana dari segi kebersihan ? Nak solat macam mana? Dikatakan ketika simen belum ada lagi, mereka menggunakan najis lembu menggantikan simen.
Ketika pertama kali meninjau keadaan dalam rumah kelihatannya lantai rumah nampak bersih dan tidak berbau. Atap rumah diperbuat dari sejenis daun seperti lalang dan boleh tahan untuk tempoh 2 tahun sebelum diganti baru.
Tenunan Lombok
Kami dibawa di kawasan industri kampung iaitu tenunan kain Lombok. Nama kampung saya tak ingat. Lombok memang terkenal dengan tenunan kain dan songket.
Di dalam kampung berkenaan saya lihat seperti ada banyak rumah yang menjalankan aktiviti tenunan kain, cuma kami hanya melawat satu rumah sahaja. Tahukah kita untuk menghasilkan kain tenunan songket Lombok mengambil masa antara 2 bulan hingga 4 bulan bergantung kepada jenis tenunan.
Dan apabila siap ianya dijual antara Rp100 ribu keatas (RM30+). Saya rasa tak sampai hati pula untuk meminta diskaun apabila membeli kain tenunan songket buatan Lombok ini, bila mengenangkan kesusahan dan lamanya proses menghasilkannya.
Pantai Lombok
Sememangnya saya akui permandangan kawasan pantai di Pulau Lombok amat cantik dan indah sekali. Kedudukan laluan jalan raya di sepanjang pantai kebanyakkannya di kawasan atas bukit menyebabkan ianya dilihat cukup indah dan mengasyikkan. SubhanaAllah ! Begitu indah sekali alam ciptaan Tuhan..
Kawasan Sengigi
Kami menginap di hotel Puri Sengigi di kawasan tepian pantai Sengigi. Kawasan ini sememangnya nampak happening kerana banyak deretan resort atau hotel penginapan untuk pengunjung. Bukan setakat resort dan hotel di kawasan Sengigi ini juga banyak restoran, cafe, kedai yang sedia menanti kunjungan pelanggan asing. Nampak jelas pihak berwajib fokus membangunkan industri pelancongannya.
Gili Trawangan
Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Apabila sampai di Gili Trawungan terasa macam berada di Hawaii. Ramainya pengunjung asing (Mat Saleh) kat sini.
Kami harus menaiki bot untuk ke Gili Trawungan. Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
Aktiviti pertama yang kami lakukan di sini ialah menaiki bot kaca mengelilingi pulau-pulau kecil di kawasan ini untuk melihat Terumbu Karang dan hidupan laut dari atas bot.
Kami lihat ramai juga pengunjung yang menjalankan aktiviti snorkeling. Saya tidak membawa baju mandi, jadi rasa ralat juga kerana tak dapat nak snorkeling. Saya dapat bayangkan seronoknya mereka melihat keindahan hidupan di dalam laut.
Dalam hati saya kata, tak pa insyaAllah ada umur saya akan datang ke sini sekali lagi Mac nanti. Sungguhpun kawasan sekeliling pantai seperti gaya kebaratan (ala Hawaii) Kereta Kuda keliling pulau pula dengan bayaran Rp200 ribu.
Satu kereta kuda boleh naik 3-4 orang pengunjung. Terasa macam suasana dalam filem Indonesia zaman Belanda pula. Ini kerana lorong laluan kuda di kawasan tepi pantai ini amat kecil, cukup sekadar membolehkan 2 buah kereta kuda berselisih.
Saya lihat terlalu banyak Kereta Kuda atau dipanggil Cidomo oleh orang sini. Di sepanjang laluan kami mengelilingi pulau, saya dapati terlalu banyak resort dan hotel baru dibina. Ada yang siap dengan kolam renang lagi.
Pasti mahal hotel atau resort di sini berbanding di pulau Lombok.
Menu Makanan Lombok
Menu sajian makanan Lombok memenuhi selera orang kita. Makanan Lombok kebanyakkan jenis kering dan tiada kuah. Ada nasi, sayur, lauk pauk sama macam Nasi Campur di tempat kita.
Ada kala mirip dengan Makanan masyarakat Sunda yang tiada kuah. Makanan yang popular di sini antaranya Ayam Taliwang.
Untuk yang ingin bercuti ke Lombok boleh ikut beberapa tips ini:
1. Penerbangan
Sediakan semua barang-barang yang perlu. Contohnya untuk aktiviti snorkling, berenang dan sebagainya. Jadi tidak perlu membeli di sana kerana ada barangan yang mahal. Sebaiknya rancanglah tarikh yang sesuai dan ambilah penerbangan yang menawarkan tambang paling murah.
2. Rancang Sendiri Aktiviti
Aktitivti DIY akan membawa anda ke tempat-tempat yang benar-benar menarik dan sesuai dengan apa yang kita mahukan. Contohnya untuk ke semua pantai dan tempat-tempat pergunungan sahaja. Jadi tidak perlu ke kawasan yang bukan interest kita.
3. Penginapan
Beberapa tempat di Lombok menjadi tempat favourite antaranya di kawasan Senggigi. Selain secara akses akan lebih dekat jika ingin menyeberang ke Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno, Senggigi menawarkan keramaian tempat makan dandan banyak spa dan salon. Waktu malamnya juga meriah dan terasa indah suasana pelancongan.
4. Transport dan Panduan Pelancongan
Lombok memang berbeda dari Bali. Lebih selesa juga dapat menyewa kereta. Walaupun sedikit mahal dari Bali tetapi kita boleh keliling Lombok dan pergi ke banyak pantai dan tempat yang Indah. Supir yang membawa juga akan memberi banyak informasi tempat-tempat menarik di Lombok.
5. Cermin Mata Hitam dan Topi
Tarikan Lombok adalah pantai-pantainya yang sangat indah dan eksotik. Mulai dari pantai Kuta,Tanjung Aan, Pantai Mawun, Pink Beach, Tanjung Ringgit, dan masih banyak lagi.
Efek panas pesisir pantai akan membuat kita terasa keperitan yang ketara. Pakailah cermin mata hitam, topi dan simpanan air mineral. Jangan lupa juga krim pelembab setelah terkena sinar matahari. Gel lidah buaya juga sesuai untuk “merendam” kulit kita setelah seharian tersengat matahari. Tips ini boleh digunakan untuk semua termasuk anak kecil dan pastikan tidak memiliki alergi terhadap lidah buaya.
6. Wang Tunai
Jika setibanya di Lombok, kamu persiapkan diri menyimpan wang tunai di dompet lebih banyak, ATM tidak terlalu banyak di beberapa spot wisata Lombok. Kira juga keperluan seperti sewa speed boat / sewa public boat untuk ke Gili, beli jajan dan air mineral, bayar tiket masuk tempat pelancongan makan dan sebagainya.
7. Berpakaian Yang Sopan
Majoriti penduduk Lombok adalah suku Sasak yang beragama islam dan masih menjaga norma sosial dalam bermasyarakat. Walaupun Lombok menjadi salah satu destinasi pelancongan tetapi jika masuk ke kampung-kampung tidak manis berpakaian kurang sopan.
8. Hiburan Malam
Pilihlah Senggigi. Pusat bandar Lombok iaitu Mataram tidak terlalu ramai dengan kehadiran pelancong sekitar jam 8 malam. Jika ingin menikmati keindahan suasana malam, ada beberapa kafe di Senggigi seperti Alberto, Banana Tree Cafe, warung Paradiso atau di Taman Restoran yang boleh dinikmati oleh pelancong yang datang ke sana.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI