Bila bercuti perkara paling penting adalah bajet yang nak dikeluarkan. Kalau salah perkiraan boleh jadi over bajet, jadi tip dan trick yang dikongsikan oleh pengembara yang pernah bercuti memang sangat berguna.

Kesempatan bercuti ke Semporna, Sabah selama 4 hari 3 malam bersama keluarga meninggalkan kenangan manis buat Adawiyah Abdullah.

Membawa adik istimewa dan ibu bersama selain kakak dan anak-anak buah, Adawiyah berkongsi itinerari lengkap berserta tip dan trick yang dipost ke group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Bijak dalam menguruskan percutian keluarga, kos yang dibelanjakan untuk perjalanan mereka tak sampai RM1 ribu seorang. Jom baca apa yang dikongsikan oleh Adawiyah!

Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik! Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!

Alhamdulillah, selesai misi trip holiday tahun ni ke Semporna, Sabah selama 4H3M.

Memandangkan ramai yang tanya berapa kos, itineri, tips dan trick ke sana, saya tulis kat sini aje lah ya.

Disclaimer :

Trip ni pergi 6 orang, tapi memandangkan saya bawa ibu dan adik ‘istimewa’, saya cuma bentangkan kos kami bertiga saja.

Kakak saya dan anak-anaknya lain bajet.

===================================

Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik! Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!

𝗞𝗼𝘀 𝗙𝗹𝗶𝗴𝗵𝘁 : 𝗔𝗶𝗿 𝗔𝘀𝗶𝗮

KL – TWU RM122 / TWU – KL RM122

Total return = RM244

Tambah insurans Tune = RM28

(tak tambah pun takpa)

Total kami bertiga = RM816

(tanpa insurans = RM732)

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐅𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭 :

  1. Harga one way kalau dapat RM150 ke bawah dah kira murah.
  2. Booking awal. Saya booking bulan Jan haritu grab promo AirAsia. Pergi bulan Mei. So ada masa 5 bulan lagi untuk kumpul duit untuk kos lain.
  3. Cari tarikh weekdays atau pergi hari Ahad tiket lagi murah.

===================================

𝗞𝗼𝘀 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 : 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗻 𝟮

Family room with sea view.

Queen bed + single bed. Muat untuk 3 orang.

Total 3 malam kami bertiga = RM552

(Nak murah lagi, ambil yang takda seaview. Tak silap dalam RM300 je check haritu.

Saya ambil sebab saja nak bagi mak santai tengok air laut pepagi. Dan juga untuk keselesaan mereka.)

Total 3 malam seorang = RM184

* Saya tak ambil pakej tidur di pulau.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 :

  1. Booking awal juga.
  2. Pilih hotel yang boleh free cancellation dan bayar masa dah sampai.
  3. Nak murah lagi, ambil yang takda seaview.
  4. Kalau single atau berdua je dan nak bajet, cari dorm atau capsule yang harga RM30 – RM50 / malam. Dulu pergi sendiri tak bawa family pun saya tidur dorm begini je asing lelaki perempuan, cuma akan bercampur dengan org lain la.
  5. Kalau rajin masak sendiri, cari homestay.

Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik! Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!

===================================

𝗞𝗼𝘀 𝗗𝗮𝘆 𝗧𝗿𝗶𝗽 𝗸𝗲 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 : 𝗛𝗮𝗹𝗼 𝗛𝗮𝗹𝗼 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗻𝗮

Ads
  1. Pakej A RM60 all-in

Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan

  1. Pakej C RM60 all-in

Mabul, Kapalai

(cuma nak masuk Mabul tu kena tambah RM30 seorang)

Kos seorang = RM150

Kos kami bertiga = RM450

*harga kanak-kanak RM50

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 :

  1. Ambil day trip. Tidur di tanah besar Semporna.
  2. Ambil la Halo Semporna ni, saya rasa yang termurah dah lepas survey.
  3. Tour guide pun best. Merangkap photographer dan videographer. Nanti saya buat next posting pasal Halo Semporna ni.
  4. Dah include lunch. Berbaloi. Kita cuma fikir makan malam je.

===================================

𝗞𝗼𝘀 𝗔𝗶𝗿𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗲𝗿 : 𝗠𝗮𝘅𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘄𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮

Tawau – Semporna RM132 Maxim

MPV Alza 6 seater

(lebih selesa dan tak bercampur dengan orang lain, plus beg banyak)

Kos seorang = RM22 seorang

(bahagi 6 orang sebab ada kakak dan anak)

Kos kami bertiga = RM66

————————————————————————-

Semporna – Tawau RM300

Bezza sewa 1 hari.

Kalau ikutkan plan asal, nak naik Maxim juga. Tapi sebab Air Asia reschedule flight balik tu pukul 9 malam, jadi kami terpaksa sewa kereta 1 hari atas sebab tertentu.

Kenapa harga RM300?

Sewa Bezza 1 hari = RM150

(boleh murah lagi RM120, tp saya malas fikir sebab dah last minute)

Ads

Saya minta ambil kereta tu di Semporna dan pulangkan kereta tu di Tawau airport, jadi mereka caj RM150 untuk dorang pergi ambil semula kereta tu.

Lagipun syarikat ni je yang saya tanya boleh pickup kereta di Semporna dan drop di Tawau.

Part ni lari bajet. Tapi takpa, saya tak kisah bayar untuk keselesaan ibu dan adik saya.

Kos seorang = RM50 (bahagi 6)

Kos kami bertiga = RM150

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐀𝐢𝐫𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐞𝐫 :

  1. Kalau pergi seorang, berdua atau bertiga, naik van sapu je. RM30 seorang biasanya, kalau dapat lagi murah lagi bagus. One way.
  2. Kalau pergi berempat, naik Maxim lebih murah. 4 seater bawah RM100. 6 seater standby RM150. One way.

===================================

𝗞𝗼𝘀 𝗦𝗲𝗮𝗳𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗶𝗻-𝗹𝗮𝗶𝗻

Bila dah berjalan jauh, saya memang dah tetapkan maksimum RM100/seorang/malam. Tambah pula sini kawasan seafood.

Jadi kos dinner kami bertiga ialah

RM300 untuk 1 malam

RM900 untuk 3 malam

Ini saya punya bajet tau.

Kalau nak jimat lagi korang kurangkan lah jumlah tu.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 :

  1. Beli seafood di bawah Sipadan Inn 2 atau Mabul. Survey dulu mana lagi murah.
  2. Upah masak seafood fresh di Seaview Seafood. Orang Melayu masak. Restoran bawah Sipadan Inn 2.
  3. Upah masak dia minimum RM20 untuk satu lauk. Minimum tau. Bergantung pada jumlah seafood korang. So agak keras sikit.

(Bab ni saya akan buat posting lain, itu pun kalau banyak permintaan dan ramai yang sudi baca.)

  1. Kalau sesiapa nak bajet dan pandai masak sendiri carilah homestay yang ada dapur complete.
  2. Ada banyak lagi kedai lain tapi kitorang pergi Seaview Seafood tu je, maleh cari kedai lain. Fikir keselesaan ibu dan adik istimewa.

Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik! Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!

Next posting saya akan buat tentang seafood dan packaging untuk bawa naik flight. (kalau banyak permintaan dan request)

Kos Shopping dan duit emergency tak termasuk sebab sendiri-sendiri lah kan suka shopping ke tak.

𝐓𝐎𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐈𝐀𝐋𝐀𝐇

𝐑𝐌𝟐,𝟗𝟑𝟒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝟑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌.

Ads

Kalau ikut tips dan trick tu dan kurangkan bajet part makan, hotel dan kereta sewa tu boleh murah lagi.

===================================

𝗜𝘁𝗶𝗻𝗲𝗿𝗶

𝐀𝐡𝐚𝐝 𝟐𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐

7:00 pagi KUL – TWU Depart

10:00 pagi Touch down TWU

12:00 tghari Sampai Semporna dan lunch

2:00 ptg Check In Sipadan Inn 2 dan rehat

5:00 ptg Jalan-jalan sekitar Dragon Inn

𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 𝟐𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐

9:00 pagi Hiking Bohey Dulang

12:00 tghari Lunch di Mantabuan

1:00 ptg Snorkelling di Sibuan

3:00 ptg Gerak balik Sipadan Inn 2

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 𝟐𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐

9:00 pagi Masuk Mabul Water Bungalow

12:00 tghari Lunch

1:00 ptg Snorkelling di Mabul dan Kapalai

3:00 ptg Gerak balik Sipadan Inn 2

7:00 mlm Dinner di Terowong Street

Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik! Wanita Kongsi Tip & Trick Bercuti Ke Semporna, Bajet Seorang Tak Sampai RM1K. Enjoy Seafood & View Cantik!

𝐑𝐚𝐛𝐮 𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐

9:00 pagi Breakfast

12:00 tghari Checkout Sipadan Inn 2

2:00 ptg Shopping Pasar Tanjung Tawau

4:00 ptg Shopping Pasar Ikan Tawau dan packing seafood.

6:00 ptg Gerak ke Tawau airport

7:00 mlm Check in flight

9:00 malam TWU – KUL Depart

12:00 tgh malam Touch Down KL

Nak cari sandal selesa pakai time bercuti, tengok kat sini https://invol.co/clb18th

Kredit: Adawiyah Abdullah 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI