Wanita Kongsi Pengalaman Best Camping 3H2M Time Puasa, Sempat Mandi Sungai & Sambut Birthday Suami. Tenang!

Share

Bila sekali dah camping, memang seronok dan rasa nak camping lagi dan lagi begitu juga dengan Norsheila Salleh dan keluarga yang baru-baru ini sempat merasai sendiri pengalaman camping di bulan Ramadan di Hulu Langat.

Kebetulan pula harijadi suami, Sheila inginkan sedikit kelainan bagi sambutan kali ini. Melalui catatan pengalamannya itu, camping kali ini merupakan yang ke-10  buat mereka sekeluarga.

Dah ada kelengkapan, siap camping buddies memang lagi seronok lah. Pengalaman memasak untuk berbuka dan bersahur di camp site juga menjadi kenangan indah buat Sheila. Mempunyai tiga orang anak-anak yang masih kecil, mereka juga seronok dapat berbuka dan bersahur ketika camping. Lagi syok sempat mandi sungai dan menikmati keindahan alam.

Jom ikuti perkongsian Norsheila Salleh di akaun Facebooknya!

3D2N (08-10 April 2022)

Special camping kali ni sebab bulan puasa. Sepatutnya next week baru masuk sini. Minta awalkan sebab cik abg minggu ni je dapat cuti.

Nikmat sangat dapat 1st experienced camping bulan puasa dengan keluarga. Anak-anak pun semangat. Puasa dan mandi sungai

Name of place : Moonkissed By The River, Hulu Langat, Selangor

Cost of site : rm50/night (camping)

Rm30 (day trip)

Check in : 2pm

Check out : 12pm

Tent type : Unta M

Campsite contact : Camping – Encik Zamri 0196022824, Glamping – Puan Aiman 0137734957

Baju sedondon anak-anak : akak jahit sendiri tau page kita Ài xīlā

Fasiliti :

-Tapak camping boleh booking nombor lot sebelum datang. Ada kecil & besar, sila mention khemah apa nak guna masa booking. Tapak banyak.

-Sungai ada port dalam & cetek. Berbatu kecil & besar. Kena sentiasa pantau anak mandi sungai.

-Toilet ada 4 (lelaki 2, perempuan 2)

-Shower 8 (tandas camping)

-Sinki banyak

-Plugpoint banyak

-Cafe besar

-Glamping area

-Coverage cuma celcom je cun kat sini kami maxis user memang takde line

Camping trip 10

#akakTAILORkakicamping

Nak tengok lagi banyak gambar Shiela dan family dia camping boleh ke akaun Facebook Norsheila Salleh

 

Oleh
SAHR