Kebiasannya jika mahu ke negeri pantai Timur seperti Kelantan, jika tidak mahu memandu berjam-jam, kita akan memilih menaiki kapal terbang atas bas.
Tetapi tidak pernah terfikir pula untuk menaiki pengangkutan awam lain seperti keretapi. Mungkin sebab tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan tiket perjalanan jika menggunakan keretapi.
Jadi bagi mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan panjang ini boleh baca perkonsian wanita ini, Fatinnnur Zahrina yang melakukan trip solo untuk perjalanan dari utara ke Pantai Timur dengan memilih menaiki keretapi.
Dia memberitahu cara bagaimana untuk membeli tiket dan beberapa tip sepanjang semalaman menaiki keretapi berkenaan.
Bagi mereka yang berminat untuk memulakan perjalanan ke Pantai Timur atau utara selama 12 jam boleh ikut panduan dan tip diberikan.
Pesannya juga jangan tidur selepas Subuh jika tidak mahu terlepas menikmati pemandangan indah di beberapa lokasi.
Date: 14/12/21-15/12/21
Total hours of journey: 19h51m
Route:
Anak Bukit – Butterworth – KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu
Anak bukit> Butterworth: 1h23m
Disclaimer:
– Ini bukanlah trip jelajah tourist attractions. Sekadar perjalanan menaiki kereta api untuk ke pantai timur; bermula dari Kedah dan berakhir di Kelantan.
– Boleh saja ambil ETS dari Anak Bukit terus ke Gemas, lebih jimat masa dan wang tapi ada cara susah buat apa nak ikut cara senang kan? Haha. Yang kenal daku, tahulah.
– Sebenarnya nak merasa naik different types of train. Kalau nak buat trip singgah-menyinggah dan berhenti rehat terpulanglah. You decide your own itinerary.
Jenis Tren & Harga Tiket:
– Anak Bukit – Butterworth: Komuter (RM7.60)
– Butterworth – KL Sentral: ETS Platinum Business Class (RM154)
– KL Sentral – Gemas: ETS Gold (RM33)
– Gemas – Wakaf Bharu: Ekspres Rakyat Timuran ERT (RM46)
Cara beli tiket ERT:
– Download KTMB mobile apps (KITS)
– Pilih destinasi (boleh rujuk route ERT pada gambar)
– Coach T1-T5: tempat duduk kerusi
– Business: RM88
– Standard: RM34
Coach T6-T8: katil
– Upper berth: RM40 (Gemas – Wakaf Bharu)
– Lower berth: RM46 (Gemas – Wakaf Bharu)
Tips:
– Elakkan beli katil no 2&4, 14&16, 26&28 dan 38&40 sebab tingkap berlapis nanti ganggu pemandangan (tips ni dapat daripada otai trainpacking juga)
– Cafe sebelah coach T6. Harga makanan standard atas kereta api ya.
– Tandas nak kata tiptop tu taklah, tapi bolehlah untuk buang air.
– Tiada ruang solat, jadi kena solat atas katil.
– Jangan lupa bawa powerbank kerana tiada power socket mahupun charging port di tempat tidur.
– Kereta api akan berhenti lama sikit di Stesen Gua Musang. Boleh la turun beli makanan dan bergambar di depan kepala kereta api berlatar belakangkan bukit batu kapur.
– Jangan tidur selepas Subuh, nikmatilah kehijauan alam sepanjang perjalanan. Kalau tertidur jangan risau staf berjalan dari gerabak ke gerabak untuk beritahu jika dah nak sampai stesen.
Iconic view sepanjang perjalanan:
– Stesen Gua Musang
– Jambatan Guillemard, Tanah Merah
– Dengan pengalaman naik second class sleeper train di India sebelum ini, jadi keselesaan bukanlah concern utama daku. You get what you pay la. Jadi okay pada daku belum tentu okay pada orang lain. Tapi jumpa ramai juga parents bawa anak-anak merasa pengalaman naik kereta api. Once in a lifetime. Why not kan?
Artikel Berkaitan:
Dari Shah Alam Ke Wakaf Baru, Trend Percutian Ke Kelantan Naik Kereta Api. Best Tau!
Berdepan Pasca Pandemik, Ini 10 Tip Kebersihan & Keselamatan Kita Harus Lakukan Dalam Flight
Trip 4H3M Ke Utara, Layan Perak & Kedah Guna Perkhidmatan Awam. Jimat, Berbaloi & Menyeronokkan!