Wanita Kongsi Itinerari & Bajet Explore Pulau Bali 6H5M. Tengok Kecak Dance & Layan Sunrise Berlatarkan Gunung Batur, Epik!

Share

Pulau Bali terkenal dengan keindahan pemandangan dan juga kaya dengan budaya mereka yang tersendiri. Nak explore kat sini memang best, dapat tengok Kecak Dance, minum kopi Luwak dan layan sunrise berlatar belakangkan Gunung Batur memang suatu pengalaman yang cukup indah.

Hana Lily berkongsi itinerari Ladies tripnya ke Pulau Dewata ini bersama rakan-rakan selama 6 hari 5 malam. Siap dengan bajet dan info lengkap tenang beberapa tempat, korang yang ada plan nak teroka pulau Bali ni boleh jadikan perkongsian wanita ini sebagai rujukan.

Nak tahu apa lagi yang best sepanjang trip mereka, jom ikut perkongsiannya!

Bali Cat Poo Chino, Coffee Plantation, Ubud. Lihat bagaimana proses menghasilkan kopi luwak. Visit sini, lepas hike mount batur, sekali pakej dalam klook. Hiking Mount Batur + Visit Coffee Plantation.
Kopi Luwak
The Haven Hotel, Seminyak.

Tengok Kecak Dance & Layan Sunrise Di Bali

Ladies Trip Bali 6 hari 5 malam (27/7 – 31/7/2022)

Itinerary buat sendiri, kami cuma sewa Supir sahaja.

Day 1 :

  • Arrived at Airport Ngurah Rai Bali (long queu at imigresen).
  • Lunch at Ayam Betutu Khas Gilimanuk.
  • Check in at The Haven Hotel Seminyak & Rest at the hotel. Prepared for Mount Batur Sunrise Hiking.
  • Dinner Grabfood Halalfood Lalapan & Ayam Bakar.

Day 2 :

  • Mount Batur Sunrise Hiking (Kintamani).
  • Coffee plantation : Bali Cat Poo Chino (Ubud).
  • Lunch Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
  • Sunset at Double Six Beach  Seminyak.
  • Dinner Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
Sunrise view at Mount Batur.
The Cliff at Uluwatu Temple.

Day 3 :

  • Morning bath at Double Six beach  Seminyak & Morning Sunbathing at The Haven Hotel Beach Club.
  • Lunch at Ayam Tulang Lunak MALIOBORO, Kuta.
  • Uluwatu Temple : Kecak Dance (Sunset).
  • Dinner at Jimbaran Beach (Nasi Goreng Seafood).

Day 4 :

  • Watched Show Barong Dance at Kuta.
  • Ubud : Tegenungan waterfall.
  • Lunch at Bale Udang Mang Engkin, Ubud.
  • Ubud : Tegalalang Village.
  • Ubud Palace, Ubud Marketplace.
  • Dinner Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
Double Six Beach, Seminyak. Kami jalan je dari The Haven Hotel. 700m jalan kaki dari hotel kami stay.
Kecak Dance
Barong Dance Show at Kuta. Entrance fee IDR 150 000
Tegenungan Waterfall, Ubud.

Day 5 :

  • Bedugul Temple.
  • Lunch at Rumah Makan Taliwang AS-SIDDIQ.
  • Tanah Lot Temple (Sunset).
  • Dinner at Nasi Tempong Indra.
  • Krisna Ole2 Bali (Souvernir).

Day 6 :

  • Kuta Beach.
  • Lunch at Wang Solo, Kuta.
  • T Galleria Mall by DFS Bali.
  • Departure to Kuala Lumpur.
Bedugul Temple
Sunset view at Tanah Lot Temple.

6 hari 5 malam kat Bali banyak tempat tak sempat pergi. Kami stay 1 hotel sahaja, di Seminyak, The Haven Seminyak Hotel l Suites l Villas without breakfast. The best experience dapat menikmati sunrise di puncak Mount Batur with my hiking buddy Syuq Hashim

. Hiking pakej kami ambik pakej Klook Mount Batur Treking Sunrise. Supir kami ambil Bali Shandi Tours. Next time ada masa nak pergi lagi tempat yang tak sempat pergi tu.

Bajet

Di sini disertakan secara ringkas perbelanjaan saya selama 6 Hari 5 malam di Bali.

  • Air Asia SNAP Package : RM 1156.23 (Flight+Hotel)
  • Mount Batur Treking Sunrise (KLOOK) : RM 170.45
  • Perbelanjaan peribadi : RM 1120.54 (Supir, Entrance fees at attraction place, SIM card, makan, souvernir, parking car at klia2)

Jumlah : RM 2447.22

Kuta Beach
Ubud Palace

Sumber: Hana Lily

 

 

 

Oleh
SAHR