Nak melancong tak perlu tunggu ke luar negara, kat dalam Malaysia pun sebenarnya banyak tempat-tempat menarik untuk kita lawati.
Jika berkunjung ke Selatan Semenanjung Malaysia, jangan lupa untuk singgah di Muar yang terkenal dengan julukan Bandar Maharini. Merupakan bandar Di-Raja di barat laut negeri Johor, Muar ada banyak tempat untuk anda terjah bila dah sampai ke sana.
Perkongsian oleh pengguna Facebook Aziera Dianza ke Muar selama 2 hari 1 malam cukup mengujakan. Banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang berada di sana. Paling best dapat minum kopi yang terkenal kat sana dan juga cuba tiram segar dari laut.
Nak tahu apa lagi yang best ada kat Muar, ikuti perkongsian gadis ini!
ITENARY MUAR 2D1N
MUAR BANDAR MAHARANI, BANDAR DIRAJA
==================
Kami gerak dari KL jumaat mlm lepas keje .. Sampai Muar terus dinner di Wak Jos Ikan Bakar.
Mungkin da sampai lewat. Pilihan makanan dah tak banyak.. Tapi not bad jugak la makan kat sini.
Checkin Elite Hotel Muar
Elite Hotel,5-20, Jalan Ibrahim, Taman Sri Tanjung
Hotel ni 3 tingkat takde lift ye.. So untuk orang tua tidak sesuai.. Tapi bilik hotel ni sangat selesa dan luas.. Lokasi strategik nak pergi mana-mana tempat…
Best mancing udang galah kt sini.. Korang tak terer mancing pun kompom dapat jugak seko 2.. Anak-anak kompom teruja sebab aku pun enjoy mancing udang kat sini
Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd – Kopi 434 Muar
Mmg wajib try kopi 434 dia la ..Roti Bakar wholemeal dia sedap. 2x kitorg order sebab sedap. Roti kok tu yang macam semekut lutut tu korang cicah dengan kopi panas Padu ooo..
Travel solo ni bukan mudah, faktor seperti keselamatan dan juga kesesuaian perlu diambil kira bila nak memulakan sesuatu pengembaraan. Memilih Edinburg sebagai destinasi percutian solo selama lima hari empat malam cukup menarik.
Lokasi percutian yang cantik dan tenang, Wan Zaimah menyifatkan Edinburg sebagai destinasi yang selamat dan sesuai untuk wanita solo. Berkongsi kos yang dibelanjakan sepanjang percutiannya di sana, menurut wanita ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal di sana.
Ikuti perkongsiannya:
Solo trip Edinburgh, Scotland | 22 – 26 Sept 2022
Pertama kali solo trip dan pertama kali jejak kaki ke Edinburgh. Mula – mula sampai berdebar takut sesat. Dah la masa sampai tu hujan lebat terpinga- pinga cari hotel. Google maps confusing sekejap tunjuk kanan sekejap kiri last- last tanya orang je. Penduduk tempatan sangat baik dan peramah. Bila tanya memang dorang guide betul-betul sampai jelas nak ke mana.
Hari pertama saya naik bas pusing bandar. Usha dulu tempat-tempat yang berkenan lepas tu baru berjalan kaki. Boleh dikatakan tourist attractions within walking distance ajer. So lepas dah familiar dengan tempat, saya jalan kaki je.
Edinburgh sangat cantik dan peaceful. Yang penting selamat untuk gadis solo. Takde jumpa scammer macam kat Paris.
Di sini saya kongsikan cost untuk rujukan kawan-kawan, jika perlu ;
TRAIN : Manchester – Edinburgh (return) – £180.40
HOTEL : The Britannia Hotel – £128 per night
Add on breakfast £12 per person, dinner £14.95 per person.
Saya hanya makan dinner satu kali je kat hotel kebetulan menu malam tu semua halal. Hari lain tak pasti. Sebelum makan kena tanya manager.
Kalau breakfast ada campuran menu halal + non halal. Saya tak makan.
Kos hotel dan train agak mahal sebab book last minute. Kalau book awal mungkin lebih murah. Date saya pergi tengah peak sebab ada Edinburgh Fringe Festival. So everything is more expensive than usual.
FOOD – banyak kedai halal. Google je mesti jumpa. Setiap kali makan saya ambil 1 food + 1 teh harga sekitar £10-£15.
BUS – City tour dan Britannia tour, £19 untuk 48 jam.
SIMCARD : Tesco Mobile £0.99, topup £20 untuk beli bundle package, dapat 50GB.
Maaf gambar tak lawa sebab saya semulajadi tiada bakat dalam fotografi. Semua gambar diambil guna iPhone 12.
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Mini Replika Binaan Dunia Jadi Tarikan
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Menjengah Harimau ‘Life of Pi’
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Hidangan Lazat Timur Tengah
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Check In Dalam Safari
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Cara Ke Sini
Keretapi (Taiwan Railway)
Ambil perkhidmatan keretapi Taiwan Railway dari stesen Taipei ke stesen Chungli. Setibanya di Chungli Train Station ambil perkhidmatan bas (Hsinchu Transport Bus) terus ke Leofoo Village dengan perjalanan selama 70 minit.
THSR (Taiwan High Speed Rail)
Setibanya di stesen THSR Hsinchu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan masa perjalanan hanya 20 minit untuk sampai di Leofoo Village.
Kereta
Menggunakan lebuhraya nombor3 dan keluar ke Guansi (4km)
Menggunakan lebuhraya nombor1 dan keluar ke Youth (13km)
Bas
Bas ini bergerak terus ke Leofoo Village dari Taipei (Sungshan Airport Station) mengikut jadual masa perjalanan yang telah ditetapkan. Rancang masa anda lebih awal jika ingin menggunakan perkhidmatan ini agar tidak tertinggal bas. Lebih kurang 90 minit masa perjalanan yang diperlukan untuk sampai di destinasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kafe kopi panggang nombor satu di Perancis, Kafe Richard kini dibuka di Sky Avenue, pusat beli-belah yang mengetengahkan gaya hidup baru dengan pelbagai pilihan tempat makan dan membeli-belah.
Kafe Richard menyediakan suasana gaya Parisian di mana pelanggan akan mengalami sendiri kesenian asli Perancis sambil menikmati kopi espreso asli, kopi dan teh serta makanannya.
Rasa Perancis
Kafe Richard sentiasa berhati-hati dalam memilih biji-biji kopi dari seluruh dunia untuk memberikan pelanggan rasa yang unik.Tersenarai di atas sekali ialah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi Arabika 100% eksklusif Kafe Richard yang dibancuh dengan gaya kopi espreso Perancis. Massaya ditanam secara organik, ia turut dihidangkan sebagai kopi espreso yang dibawa dari Mexico,.
Pelanggan yang lebih suka kaedah penyediaan kopi perlahan seperti French press, Chemex, sifon atau titisan sejuk boleh memilih daripada pilihan kopi Ethiopia Moka Yirgacheffe yang ditanam di tempat kelahiran kopi, Kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi atau kopi Sumatera “Orang Utan” sebagai langkah untuk melindungi kepupusan spesies tersebut di Indonesia, serta kopi paling premium dan jarang ditemui iaitu Jamaica Blue Mountain
Selain kopi, Kafe Richard juga menghidangkan pelbagai jenis teh hitam, putih, hijau, roiboos dan herba – dari India, China, Sri Lanka, Afrika Selatan dan juga banjaran Alps.
Mencipta sebuah kafe Parisian
Dari jubin mozek klasik lantai hitam dan putih, kepada bumbung kain dan kerusi rotan rafia, Kafe Richard dengan teliti telah mencipta semula kafe jenama Parisian yang terunggul di Sky Avenue.
Dalam menghargai cara hidup orang Perancis, di mana kafe bukan sekadar bungkus dan bawa balik, tempat duduk Kafe Richard telah diilhamkan daripada salah satu kafenya di Paris.
Dibahagikan kepada empat zon, kafe seluas 263 meter persegi boleh memuatkan lebih daripada 120 pelanggan pada satu-satu masa. Tempat yang pasti menjadi rebutan terletak di dalam kawasan kaca fiber dan dihiasi kelopak bunga kemboja yang mampu menampung sehingga 34 orang.
Turut ditonjolkan poster iklan bersaiz besar berwarna-warni dan lampu loket abad ke-19 disusun sejajar di hadapan siling berwarna metalik disulam warna merah dari bekas teh retro yang diletak pada dinding hitam dan putih monokrom.
Semuanya Perancis
Bagi merasai suasana Perancis, 13 kakitangan di kafe turut diajar frasa asas Perancis seperti “bonjour monsieur” dan “merci Madame ‘untuk mengalu-alukan pelanggan.
Kafe Richard juga menghantar Roaster Masternya untuk melatih kakitangan dalam perkhidmatan cemerlang Perancis. Michael McCauley, pelatih barista dan juruakriditasi serta sebagai hakim pada pertandingan barista antarabangsa, mengajar kakitangan seni membuat dan menyediakan kopi.
Teh Parisian berkualiti tinggi dan masakan Eropah
Selain menu makanan harian, Kafe Richard turut menyediakan Teh Parisian berkualiti tinggi antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang, sesuai buat kaki teh atau kopi yang ingin dinikmati bersama hidangan ringan . Savori seperti penkek dengan Salmon salai dan taburan kucai, itik salai, Daging masin di atas roti bakar Perancis, dan Mousse Foie Grasdi atas pastri berlapis dengan inti kranberi pasti akan membangkitkan selera anda. Minum petang bersama teh berkualiti tinggi turut didatangkan bersama pilihan pemanis mulut termasuk Mini Éclair, kek keju, krim puf dan Crème Brûlée.
Senarai hidangan utama ialah Saumon Roti – hidangan ikan salmon segar dari Norway dibakar perlahan di dalam ketuhar dan direnjis dengan sos mentega lemon. Buat peminat tegar pasta, outlet itu turut menawarkan Spageti Aux escargots di mana spageti dimasak bersama escargots dan sos krim. Bagi pencinta daging, anda boleh memilih sama ada itik panggang Perancis, ayam panggang char atau daging lembu panggang Australia untuk hidangan yang berkhasiat.
Kafe Richards juga dibuka untuk sarapan pagi di mana anda boleh mencuba set Le Parisien yang akan dihidangkan bersama roti croissant yang baru dibakar dengan jem artisan serta segelas jus perahan oren segar dan secawan kopi atau teh. Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba set Le Continental yang datang bersama roti bakar baguette Perancis.
Bagi mereka yang sukakan telur dadar sebagai sarapan pagi, anda perlu memilih set Le Traditionnel yang mengandungi telur dadar tradisional Perancis dihidang dengan keju Gruyère dan cendawan serta roti baguette buatan sendiri, jus oren dan minuman panas. Cawangan itu juga mempunyai pelbagai pilihan pastri Perancis yang baru dibakar seperti kismis dan coklat Denmark serta roti croissant.
“Kafe Richard memberikan pelanggan rasa sebenar suasana kafe Parisian di lokasi yang mudah diakses. Kami bawakan dunia kepada mereka. ” kata Dato Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Resorts World Genting.
Info:
terletak di Aras 1, Sky Avenue.
Waktu operasi ialah 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.