Wanita Ini Sambut Hari Jadi Ayahnya Di Ketinggian Lebih 10,000 Kaki Dan Kongsikan Tip Kepada Anda!

Share

Sesiapa sahaja pasti sukakan kejutan hari jadi lebih-lebih lagi jika ianya datang daripada seorang insan tersayang yang bergelar seorang anak.

Jeet Grewal melalui satu postingnya di Facebook, berkongsi saat-saat manis apabila beliau berjaya membuat kejutan kepada ayahnya di dalam pesawat AirAsia sewaktu dalam perjalanan ke Krabi bersama sembilan ahli keluarganya yang lain.

Video berdurasi 67 saat itu memaparkan ulang tahun Narangan Singh yang ke-65 disambut dengan nyanyian happy birthday daripada semua penumpang dan krew kabin pesawat Air Asia.

Selain daripada nyanyian, sambutan hari jadi Narangan juga diserikan lagi dengan kek hari jadi. Makan kek di ketinggian lebih 10,000 kaki di udara? Pasti ianya akan jadi kenangan manis seumur hidup Narangan.

Dalam komen posting yang mendapat 867 like

di group Facebook – Backpackers Buddies Malaysia itu, Jeet turut berkongsi tip mudah mengenai sambutan tersebut. Beliau hanya berhubung dengan customer service Air Asia dan selepas lima hari, taddaa! Kejutan siap untuk dilaksanakan.

Rata-rata pembaca di posting Facebook tersebut tumpang gembira dengan apa yang dilakukan Jeet kepada ayahnya. Malah ada yang frust sebab tak dapat kek kerana duduk di seat yang paling belakang, hahaha.

So, lepas ni sesiapa ada idea untuk buat kejutan sambutan hari jadi kepada yang tersayang, idea sambutan atas kapal terbang ini antara yang menarik untuk dilakukan.

p/s: Happy Birthday Mr. Narangan Singh! Libur wish you love, hope and everlasting joy and happiness.

Oleh
Epul