Sesiapa sahaja pasti sukakan kejutan hari jadi lebih-lebih lagi jika ianya datang daripada seorang insan tersayang yang bergelar seorang anak.
Jeet Grewal melalui satu postingnya di Facebook, berkongsi saat-saat manis apabila beliau berjaya membuat kejutan kepada ayahnya di dalam pesawat AirAsia sewaktu dalam perjalanan ke Krabi bersama sembilan ahli keluarganya yang lain.
Video berdurasi 67 saat itu memaparkan ulang tahun Narangan Singh yang ke-65 disambut dengan nyanyian happy birthday daripada semua penumpang dan krew kabin pesawat Air Asia.
Selain daripada nyanyian, sambutan hari jadi Narangan juga diserikan lagi dengan kek hari jadi. Makan kek di ketinggian lebih 10,000 kaki di udara? Pasti ianya akan jadi kenangan manis seumur hidup Narangan.
Dalam komen posting yang mendapat 867 like di group Facebook – Backpackers Buddies Malaysia itu, Jeet turut berkongsi tip mudah mengenai sambutan tersebut. Beliau hanya berhubung dengan customer service Air Asia dan selepas lima hari, taddaa! Kejutan siap untuk dilaksanakan.
Rata-rata pembaca di posting Facebook tersebut tumpang gembira dengan apa yang dilakukan Jeet kepada ayahnya. Malah ada yang frust sebab tak dapat kek kerana duduk di seat yang paling belakang, hahaha.
So, lepas ni sesiapa ada idea untuk buat kejutan sambutan hari jadi kepada yang tersayang, idea sambutan atas kapal terbang ini antara yang menarik untuk dilakukan.
p/s: Happy Birthday Mr. Narangan Singh! Libur wish you love, hope and everlasting joy and happiness.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembara Switzerland Yang Mengujakan. Nak Lelapkan Mata Pun Rasa Rugi!
Kesempatan ke Switzerland September 2017 atas urusan pengambaran 13 buah episod program pelancongan yang bertajuk ‘Helo Switzerland’ secara langsung membawa saya ke banyak tempat yang indah yang sebelumnya kurang terkenal di kalangan orang-orang kita. Perjalanan dari satu daerah ke daerah amat mengasyikkan. Semua tempat yang dilawati itu indah, masyaAllah. Nak melelapkan mata barang seminit dua di dalam keretapi yang membawa kami ke sana sini pun terasa rugi.
Geneva, Zurich, Lucerne, Interlaken dan Bern adalah antara bandar-bandar besar yang selalunya menjadi tumpuan pelancong. Tetapi apa yang saya mahu paparkan kali ini ialah sebuah daerah yang bernama Gstaad. Nama yang jarang-jarang didengar bukan. Jom ikuti kembara saya.
GOLDEN PASS
Sebelum itu mari saya ceritakan tentang kereta api popular ini. Ia bukan sebarang kereta api. Ini adalah Golden Pass Train. Memang betul, tidak sah ke Switzerland kalau tidak merasai pengalaman menaiki Golden Pass Train.
Menaiki gerabak klasik kereta api Golden Pass membuat kita rasa seperti golongan bangsawan zaman dahulu. Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri hiasan kereta api semasa zaman Victoria. Gerabak klasik ini adalah satu daripada jenis kereta api berpanorama yang disediakan oleh sistem kereta api Golden Pass.
Kami menaiki kereta api klasik ini dari Montreux untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Gstaad atau sebutannya Stad sahaja. Dalam perjalanan tadi, kami melihat keindahan ladang anggur dan ketenangan Tasik Geneva.
Perjalanan yang mengambil masa sejam dua puluh satu minit itu akhirnya tiba d Saanen. Amboi,seminit pun nak berkira. Sudah semestinya kerana Switzerland amat menitik beratkan soal ketepatan waktu. Setibanya di sana sudah sedia menunggu dua buah van untuk membawa kami ke hotel HUUS Gstaad.
Semasa menerima itinerari perjalanan sebelum berlepas ke Switzerland, saya sudah membuat tinjauan mengenai hotel ini. Hotel yang terletak di lereng bukit ini boleh tahan Alhamdulillah cantiknya. Memang teruja benar rasanya.
Lembah Gstaad terdiri daripada lima buah perkampungan iaitu Saanen, Gstaad, Schonried, Gsteig yang disebut Steig dan Lauenen. Keseluruhan penduduk di sini juga tidak ramai, sekitar 7,500 orang sahaja, sama banyak dengan jumlah ternakan lembu yang ada di lembah ini. Boleh bayangkan tak? Kedengaran macam kelakar tetapi itulah kenyataannya.
Meskipun ia agak kecil namun lembah Gstaad mempunyai reputasi yang besar dalam industri pelancongan Swtizerland. Ia dikenali sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan golongan ternama dari seluruh dunia. Saya dapat tahu Madonna juga memiliki kediaman peribadi di Gstaad ini. Tak sempat pula nak ziarah dia. Lain kali ye kak Donna.
Pada musim sejuk, Gstaad menjadi tumpuan mereka yang gemar bermain luncur salji. Semasa musim panas pula, kawasan ini dikunjungi oleh para pendaki gunung serta mereka yang suka berbasikal. Seronok dan rileks betul kehidupan mereka kan.
MOUNT WISPILE & ALPHORN
Selepas mendaftar masuk hotel, kami dibawa ke Mount Wispile. Di kaki gunung itu rupa-rupanya sedang berlangsung sebuah pertandingan ratu cantik. Haaa…jangan tak tahu. Bukan orang sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, rupa-rupanya kambing pun ada pertandingan Kambing Tercantik. Pertandingan ini diadakan setahun sekali di Gstaad.
Penduduk Gstaad masih mengamalkan kehidupan tradisional dengan mengendalikan ladang serta ternakan sendiri walaupun tempat ini sudah menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.
Sebagai menghargai hasil ternakan mereka, beberapa acara rakyat diadakan seperti pertandingan Kambing Tercantik. Para penternak akan membawa kambing mereka ke sini untuk dihakimi oleh para juri berpengalaman dalam bidang penternakan.
Dari kaki gunung ini, kami perlu menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Mount Wispile. Dan dari atas gunung ini, kami dapat melihat bandar Gstaad yang berada di dalam Kanton Bern. Dan di sini juga kami bertemu dengan pemain Alphorn.
Alphorn merupakan alat muzik tradisional Switzerland yang diperbuat daripada kayu lembut seperti spruce atau pine. Pada zaman dahulu, pembuat alphorn akan mencari kayu yang bengkok di perdunya bagi memudahkan mereka membentuk alphorn.
Namun, pada zaman moden ini, para pembuat alphorn cuma mencantumkan dua kayu yang telah dibentuk. Untuk melengkapkan bentuk alphorn, sebungkah kayu keras diukir mengikut bentuk mulut cawan, sebagai muncungnya. Bentuk dan saiz alphorn berbeza di antara satu dengan lain,
Saya ada juga cuba meniup alphorn ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pasangan adik-beradik, Kurt dan Martin yang mempunyai pengalaman 40 tahun bermain alphorn. Lucunya tiupan saya tidak keluarkan bunyi apa pun hatta bunyi angin. Bukan sebarang orang pandai meniup alphorn ini rupa-rupanya.
BOLLYWOOD TRAIL
Saya peminat filem Bollywood terutamanya lakonan Shah Rukh Khan. Kalau ke Gstaad jangan lupa menyelusuri Bollywood Trail. Pemandangan alam semulajadi Gstaad serta suasana persekitarannya yang tenang, menarik minat para penggiat filem dunia untuk membuat penggambaran di sini.
Terdapat 150 buah filem menjalani penggambaran di Gstaad dan Saanen. Antaranya, filem blockbuster Bollywood tahun 1995 iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Latar belakang menarik Gstaad yang dipaparkan dalam filem itu secara tidak langsung menarik minat ramai penggemar filem Bollywood untuk datang ke Gstaad. Justeru, pihak berwajib di sini menamakan kawasan-kawasan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood sebagai Bollywood Trail. Antaranya ialah di tengah bandar Gstaad, stesen kereta api Saanen dan jambatan Saanen.
GLACIER 3000
Kalau tadi Mount Wispile, sekarang kita beralih ke Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 dari aras laut. Di sinilah satu-satunya kawasan di Bernese Oberland yang dijadikan kawasan untuk meluncur salji sepanjang tahun. Dengan 24 puncak gunung yang terdapat di sini, menjadikan tempat ini sentiasa dilitupi oleh salji.
Dengan menaiki kereta kabel selama 15 minit, kami dibawa ke ke puncak Glacier 3000. Pada ketinggian ini, saya melihat hamparan salji yang meliputi permukaan kawasan pergunungan Alpine ini. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati suasana bersalji meskipun datang di luar musim sejuk.
Di sini, saya melihat keindahan pemandangan puncak 24 buah gunung termasuk Mont Blanc, Jungfrau, Eiger dan Matterhorn.
Glacier 3000 juga terdapat Alpine Coaster iaitu toboggan run tertinggi di dunia yang menuruni kawasan tinggi dengan kelajuan 40 kilometer sejam sambil berpusing dalam pusingan 520 darjah, 10 curam yang berlekok dan 6 kawasan bergelombang. Saya tak naik pun. Serammm…
Kembara ini memang mengujakan. Di sini juga terdapat Peak Walk, iaitu jambatan gantung yang diperbuat daripada kabel besi waja, yang pertama di dunia. Dari sini, pemandangan seluruh banjaran Alps boleh dilihat, walaupun anda gayat pada ketinggian.
Peak Walk by Tissot merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang pertama di dunia yang menghubungkan dua buah puncak gunung. Jambatan sepanjang 107 meter dan lebar 80 sentimeter ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan puncak Matterhorn, Mont Blanc, Eiger, Mönch and Jungfrau.
Ia di buka sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca dan ia percuma untuk sesiapa yang melawat Glacier 3000.
GASSLIHOF FARM
Kalau nak merasa bagaimana kehidupan di lading, datanglah ke Gasslihof Farm. Ladang ini dimiliki oleh Mr. Walter dan isterinya, Daniela Sumi.
Penternakan lembu, pengeluaran daging dan produk tenusu merupakan tiga hasil pengeluaran terpenting di Gstaad. Malahan, para penternak lembu di sini begitu bangga sekiranya orang luar atau pengunjung tahu mereka ini mengembala lembu. Malahan, perkerjaan mereka telah menjadi salah satu tarikan utama sebagai aktiviti pelancongan. Di Gstaad sahaja terdapat 7,000 ekor lembu, 200 ladang ternakan, yang mana 80 buah ladang masih menggunakan proses pempasturan Alp.
Antaranya ialah Ladang Gasslihof yang turut menyediakan kemudahan tempat penginapan ala Bed and Breakfast. Pengunjung yang bermalam di sini, boleh terus menikmati gaya hidup peladang pada awal pagi esoknya dengan sama-sama memberi makan kepada lembu dan cuba memerah susu lembu.
Dan siapa tahu, jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan peladang ini ketika membantu proses lembu melahirkan anak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai suasana yang aman dan menenangkan sila berkunjung ke Gstaad. Kehidupan ala kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar ini akan membuatkan anda rasa rileks dan bagi saya, kalau diizinkan Allah swt melawat Switzerland lagi, sudah tentu saya ingin berkunjung ke sini lagi kerana Switzerland di mataku, Gstaad di hatiku.
Foto & Catatan : Nelly Omar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pergi China Naik Kereta Api Dari Arau, Bajet Tak Sampai RM600
Kagum dengan semangat melihat tempat orang, seorang lelaki, Muhammad Syauqi berkongsi pengalaman pergi China menaiki kereta api dari Arau, Padang Besar.
Jelasnya, kesemua perbelanjaan tidak mencecah sehingga RM600 dan sangat menjimatkan. Sekiranya anda ingin mencuba cara pergi China menggunakan kereta api, baca artikel ini sehingga habis.
Pergi China Naik Kereta Api Dari Arau Padang Besar
Malaysia to China by train. Route : Arau-Kunming
Arau-Padang Besar (15 minit komuter): RM 3.20
Padang Besar-Hatyai (1 jam train): RM 8
Hatyai-Bangkok (16 jam 3rd class train): RM 45
Bangkok-Nong Khai (10 jam sleeper train): RM 124
Nong Khai-Thanaleng (15 minit train): RM 3
Thanaleng-Vientiane (minivan): RM 50
Vientiane-Luang Prabang (2 jam train): RM 76
Luang Prabang-Boten (2 jam 30 min train): RM 38
Boten-Immigration (minivan): RM 11
Immigration-Mohan (bas): RM 3
Mohan-Kunming (6 jam train): RM 175
Total: RM 536
Tiket semua beli di kaunter train station kecuali Bangkok-Nong Khai online website State Railways Thailand (SRT).
Tiket ada yang dibayar dengan Baht (Thailand), Lao Kip (Laos) dan Renminbi (China). Cuma saya convert siap-siap dalam duit ringgit untuk memudahkan orang yang membaca.
Saya bukanlah orang pertama naik train ke China. Belambak dah orang buat. Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu ada yang terinspirasi untuk turut sama mengembara cara sebegini.
Kalau nak mudah dan jimat masa, terbang sahaja ke negara China. Tapi, nak adventure dan banyak cerita, boleh guna jalan darat dari Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Tip, Kos & Itinerari Ke Switzerland Untuk 9H8M. Turun Naik Train Enjoy View Cantik!
Switzerland terkenal dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan cantik. Cuaca yang nyaman dan juga sejuk serta negara yang bersih membuatkan ramai traveler berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan salah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat.
Keinginan untuk menjejakkan kaki ke negara ini direalisasikan dengan mencari tiket penerbangan seawal dari bulan Mac lagi. Berbekalkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Raja Syazwani akhirnya sampai ke Switzerland pada September yang lalu.
Berkongsi itinerari, kos dan juga tip sepanjang trip ke Switzerland baru-baru ini, banyak maklumat dan info menarik yang korang boleh manfaatkan terutamanya kepada yang ingin berkunjung ke sini.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Salam and Hi semua, sharing our itinerary, costing and tips for trip to Switzerland recently. Pergi dari 18/9 – 28/9, Alhamdulilah cuaca baik je kecuali ada sehari dua tu hujan renyai and cloudy sikit.
*maaf sebab guna bahasa rojak
Accomodations:
Valley Hostel, Lauterbrunnen
Hostel yang sangat dekat dengan stesen Lauterbrunnen, around 150m sahaja. depan hostel pun ada kedai kebab halal. Ada shared kitchen with all equipments.
Residence Jungfrau, Interlaken West
Paling recommended. Apartment yang kitorg book tu ada dua bilik untuk 5 orang lengkap dengan dapur untuk memasak, cuma furniture kat sini memang nampak dah rundown. Kalau nak jadikan hub, sila lah pilih area interlaken west, kedai halal banyak, kedai souvenir banyak, dekat dengan train station, dekat dengan Coop etc.
Hotel Simi, Zermatt
Not bad, tapi hotel ni view tak secantik hotel lain. Better pilih hotel lain since hotel-hotel kat sini lebih kurang sama range harga.
Ibis Budget Zurich Airport
Easy convenience untuk travel ke aiport bila nak balik sebab selang 2 tram station je ke airport (free)
Itinerary:
Day 1: Arrived in Zurich, take train from airport to Lauterbrunen. Check in at hotel and rest, pray, makan dulu. Then in evening naik gondola & train ke Murren village (free with STP)
Day 2: Naik ke Jungfraujoch, paid CHF136.60 with STP (STP hanya akan cover sampai Wengen station sahaja) Kalau nak main sledding kat atas ni kena bayar CHF15 utk 30 minit tapi sebab tak ramai orang time, abg tu relax je biar kitorg main sampai sejam aha.
Otw balik, singgah sekejap kat Wengen village, highest village before Top of Europe.
Day 3: Check out, jalan-jalan around Lauterbrunnen valley sekejap then head to Interlaken untuk drop bags kat accomodation. Afterwards we went to Grindelwald. Returned back to Interlaken, then take bus 103 to Iseltwald Dorfplarz (CLOY jetty)
Day 4: Take train from to Montreux station, then naik bus 201 ke Chillon Castle, one of the oldest historical Castle kat Swiss, located by Geneva Lake (free with STP). We then went back to Montreux Station and purchased a first class upgrade to ride on Golden Pass Belle Epoque train, CHF25 with STP. Train headed to Zweisimmen and then kitorang terus return back ke Interlaken.
Day 5: Visited Lake Blausee (entrance fee CHF 5) by taking train to Kandersteg station then take bus 230 to the lake. Petang tu kitorang spend masa around Interlaken west je untuk beli souvenirs. Recommended beli souvenirs kat sini sebab paling murah compared dengan Zurich and Zermatt.
Day 6: We headed to Zermatt, tapi sayang sebab cuaca cloudy so Matterhorn tak visible. We decided to skip pergi Gornergrat and jalan-jalan area sini je.
Day 7: Naik Glacier Express train from Zermatt to Chur (free with STP tapi kena reserve seat 3 bulan awal sebab packedd. Tak ingat berapa CHF tapi dlm RM230 per pax untuk reserve sahaja )
From Chur patutnya nak singgah Landquartz outlet sebab dalam route yang sama ke Zurich, but we decided not to sebab macam leceh pula nak shopping dengan bawa beg-beg berat bagai aha.
Day 8: Pergi ke Rhein Falls, around 45 minit je dari Zurich, then singgah Stein Am Rhein juga, an old medieval town. Petang tu kitorg jalan-jalan area Zurich city untuk last minute shopping.
Day 9: Departure back to KL
Tips:
Beli flight tix awal-awal untuk dapatkan harga murah, kitorang managed to purchase return flight tix SIA RM1963 per pax in March.
Makanan kat swiss memang mahal so sangat advisable untuk bawa sendiri dari malaysia macam rendang, sambal kering, kicap kecil, beras paket kecil, ikan bilis goreng, mee segera etc. Kitorang bawa juga travel cooker kecil tu.
Security kat swiss airport tak strict, time kitorang sampai tu tak perlu scan bag pun.
Sila lah bawa iron portable untuk gosok tudung sebab semua accomodations kitorang book ni takde iron
Sebenarnya view train biasa pun dah cukup cantik sebab route sama je dengan panoramic train tapi sebab kitorang dah purchase STP kan, saja la nak merasa semua jenis train yg ada hehe.
Water fountain banyak sangat kat sana so prepare botol kosong je.
Kitorang guna tandas kat train station je time travel, semua free kecuali kat area Zurich je berbayar.
Tak perlu bawa cash banyak sangat, mungkin CHF 100 je for emergency sbb kat sini penggunaan kad debit memang meluas. Beli tiket dalam train bergerak pun boleh pakai kad. (saya guna Wise)
Kalau nak makan cheese fondue boleh request for them untuk tak letak alcohol!
Sangat-sangat senang nak travel pakai train kat sini sebab ada lift or elevated walkway! tak penat naik tangga macam kat korea
For more details boleh refer gambar-gambar ye as reference. Tq sebab baca and tq juga pada members2 BBM yang pernah post pasal swiss di sini, semua saya jadikan sebagai rujukan time buat research
Kredit: Raja Syazwani
- 1 night stay at Sunway lagoon explorer campsite with breakfast for 2 pax
- 2 adult Sunway Lagoon theme park admission ticket
- 2 Night of Fright 8 (nof8) admission ticket
- 2 express pass
- 2 nof8 souvenir item
- 1 photography digital card
- 2 pax rodeo bull ride( 2 rides per pax)
- 2 pax of photo opportunity with nof8 character
- Share video ni di wall FB korang (PUBLIC)
- Taip “NOF8” di ruangan komen FB Libur & tag sorang kawan yang korang nak bawak ke NOF8
- 3 KOMEN terakhir sebelum min KOMEN STOP akan memenangi tiket NOF8 ! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI