Agak menarik melihat pengalaman seorang wanita, tramping ke Pulau Jeju bersama sahabatnya, bermula dari tempah tiket, tempat best dan makanan yang dia ambil sepanjang berada di sana.
Kalau anda nak merasa juga boleh lah baca pengalaman yang dikongsi oleh Puan Nor Fatin Kamarudin ini dulu.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tramping Ke Pulau Jeju, ‘Hangus’ RM4k Untuk 3 Minggu
Hanya nak cerita my journey Tramping (long distance walk) dekat Jeju Island early October last year 2022.
Jeju Olle Trail ialah laluan pejalan kaki untuk keliling Pulau Jeju ( long distance footpath) sejauh 425km dgn 26 course.
Mungkin nak habiskan makan masa sebulan atau lebih sikit. Saya buat 3 minggu sahaja mampu (1st week solo. Bermula hari ke 8, 2 orang kawan dari Malaysia join tramping).
Saya ambil dari course 18 sampai course 6 only follow blue trail. Ohh, dekat trail nanti anda akan perasan ada ribbon oren dan biru. So for my course trail, follow blue. Sebab saya buat course 18 ke atas, pusing ke bawah course 6.
Saya buat researcher, this route memang view cantik campsite pun banyak. Dan tarikan lain semua tertumpu dekat sini. Distance every day jalan kaki 15km – 20km. Memang tak rasa dah kaki nya nak hujung-hujung trail. Dengan badan bahu sakit pikul beban.
Masa buat tramping ini early autumn, awal october. Jadi cuaca kejap panas kejap hujan renyai. Tapi malam memang sejuk! Nak solat pun ketar-ketar. Cuaca dekat Jeju ni berubah-ubah, angin pun kuat gila. Jadi anda prepare lah baju hujan, thermal clothes untuk malam.
Ads
Setiap kali start new trail, akan ada info check point apa anda akan lalu dan berapa jauh. Jadi boleh snap dan tengok untuk guidelines.
Sepanjang perjalanan tu, kadang jumpa orang. Kadang tak jumpa, bila tak jumpa tu macam sasau kejap. Tetapi bila jumpa orang macam lega sikit.
Memang ramai yang buat jalan kaki dekat jeju, jadi jangan risau anda tak akan sesat. Boleh guna maps. Ahjussi ahjumma pon ramai. Biasanya diaorang sehari 1 course kemudian balik hostel.
Tetapi saya buat trampingn jadi kena cari campsite or tempat yang boleh pacak khemah. Jadi dalam bag pack semua kena ada stove, khemah, sleeping bag dan sebaginya. Hampir 15kg juga kena pikul. Dah laa pendek, lepas itu berat badan baru 39kg.
Ads
Untuk campsite anda jangan risau. Semuanya FREE. Jimat duit! Setakat ini Jeju campsite memang terbaik. Fasiliti semua terbaik dan bersih sangt.
Tandas lelaki perempuan, ada tempat nak cuci pinggan mangkuk. Ada campsite yang sediakan untuk caravan punya tempat.
Anda boleh juga sewa caravan untuk pusing Jeju. But I’m not sure how. Maybe boleh google untuk dapatkan info.
Untuk charge phone dan kamera, saya charge dalam toilet. Tinggal sejam dua tak ada siapa pun nak usik. Macam mana mandi? Lap-lap badan dah laa. 3 hari tak mandi baru lah kita cari hostel untuk tidur rehat bersihkan diri 1 malam.
Ohh ya, dekat Jeju ada juga course path untuk cycling. Ramai yang berbasikal kemudian camping.
Ads
Setiap course boleh kumpul stamp. Jadi kalau anda berbasikal mungkin seminggu dah settle. Kadang laluan berbasikal dan footpath berbeza.
Bab makan pula, since bawa stove kita masak lah. Nasi beli sahaja dekat convenient store dan panaskan terus.
Bawa serunding, sambal hitam, kari ayam, daging masak hitam. Makanan yang dah siap pack dan perlu panaskan sahaja. Senang dan mudah. Kalau dah muak baru makan kedai.
Makanan HALAL agak susah sikit sepanjang olle trail, mostly yang HALAL dekat jeju city. Biasa saya cari kedai yang memang vegan or seafood only.
Itu sahaja nak cerita. Total cost all in semua RM4k termasuk flight, penginapan untuk 3 minggu. Flight ambil scoot transit Singapore. Jimat sebab campsite free. Duit banyak habis beli jajan sahaja, ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
The Gemalai Village terkenal di kalangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah kampung atas bendang.
Kalau nak tahu, lokasi bercuti ini merupakan chalet berkonsepkan ala kampung yang mempunyai keunikan seni bina tradisional dengan keselesaan dan kemudahan moden.
Aura Klasik Di The Gemalai Village
The Gemalai Village menawarkan dua jenis penginapan kepada tetamunya iaitu :
1) DANGAU – Single Chalet
2) TERATAK – Chalet Bertingkat
Keseluruhan chalet di The Gemalai Village berjumlah 3 Dangau dan 3 Teratak serta kesemuanya dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan keunikan pemandangannya adalah bergantung mengikut musim.
Setiap penginapan direka dengan gaya tempatan yang memberikan pengalaman autentik desa kepada para tetamu.
Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana segala kemudahan seperti penghawa dingin, tv, cerek, peti ais, seterika, iron board, pemanas air serta kelengkapan mandi semua lengkap tersedia buat tetamu.
Jamu Mata Dengan Pemandangan Bendang
Lebih menarik, di dalam almari ada beberapa pasang kain batik dan juga baju kurung Kedah turut tersedia khas buat tetamu menggayakannya sebagai ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk bergambar Instagrammable di spot-spot cantik di The Gemalai Village.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat malah pemandangan kerbau yang ada di sekitar situ. Teratak juga ada disediakan port lepak di bahagian bawah untuk anda menjamu selera atau sekadar nak duduk-duduk santai sambil menikmati pemandangan indah sekeliling.
Kemudian boleh layan pemandangan kapal terbang silih berganti melalui ruang udara The Gemalai Village, disebabkan lokasi penginapan tersebut sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Penginapan di The Gemalai Village ini biasanya akan dapat sekali dengan pakej sarapan. Jadi merasalah anda bersarapan ala kampung sambil menikmati pemandangan desa yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak.
Hidangan Dalam Talam
Jika pada waktu tengah hari atau makan malam anda ingin mengisi perut dengan menu hidangan kampung yang lazat. Owh ya, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Kerisik yang tak jauh pun dari The Gemalai Village itu hanya 10 minit sahaja berjalan kaki.
Apa yang menarik di Restoran Kerisik yang terletak di Laman Padi itu ialah selain ada tempat makannya yang berkonsepkan duduk bersila di dalam pondok.
Ada 5 pilihan set juadah lauk kampung yang ditawarkan seperti set Cenang, Kedawang, Sunda, Tuba dan Padang Lalang. Paling menarik set talam ini didatangkan dengan Nasi Kukus Buluh.
Tetapi jika datang menjamu selera di Restoran Kerisik ini anda jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa yang hanya ada di sini iaitu Air Bunga Telang Selasih.
Lebih menarik jika anda makan di Restoran Kerisik ini, pelayan yang akan membawa hidangan ke meja anda akan berpakaian lengkap seperti hulubalang atau pahlawan Melayu siap bertanjak lagi.
Jadi kalau anda suka dengan suasana kampung, nak layan pemandangan kampung, boleh lah ke The Gemalai Village.
Siapa tidak kenal dengan bandar metropolitan Bangkok yang merupakan ibu negara bagi Thailand. Selain menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli-belah, Bangkok juga merupakan kota unik untuk mereka yang suka akan kesenian dan budayanya. Tidak mustahil, Thailand dipilih menjadi negara paling banyak pelancong dunia kunjungi pada tahun lalu.
Di Bangkok terdapat banyak lagi lokasi ‘rare’ untuk dikunjungi, antaranya sebuah perkampungan kaum jawa yang kurang diketahui ramai. Sekumpulan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana, sempat singgah dan kongsikan lokasi menarik ini dilaman sosial mereka.
Menarik perkongsian ini..
Lepas makan tengahari di kedai muslim, kami tanya orang kedai tu ada dak surau kami nak tumpang solat. Dia cakap di belakang kedai ada masjid, boleh solat di situ.
Bila tengok masjid tu nama dia Jawa Mosque, rasa macam unik. Lepas solat terus explore, laluan area tu sebiji macam laluan celah celah rumah di Jogja, rupanya tu perkampungan jawa. Masa di Jogja pun ada jalan kaki juga untuk cari kedai makan. Laluan sempit yang berpagar tinggi kat Kg Jawa Bangkok ni sebiji macam di Jogja sana.
Rupanya penduduk Kampung Jawa Bangkok ni memang asal dia dari keturunan Jawa Indonesia. Ada kisah juga masa pemerintahan raja Thailand dedulu yang minta bantuan raja raja Jawa untuk kirim pekerja dia nak bangunkan kerajaan baru.
Lepas dah selesai, raja Thailand terus bagi orang Jawa tu duduk ja dekat kampung ni. Sampai la sekarang ni Kampung Jawa ni dah ada 3/4 generasi depa kt sini. Yang di fahamkan cuma generasi 1 dan 2 ja boleh lagi berbahasa Jawa. Generasi yang bawah bawah ni dah pekat bebahasa Siam.
Bercuti secara eksklusif dengan chalet yang cantik di tepi pantai di The Taming Sari Beach House sambil layan bunyi ombak yang menenangkan. Persis suasana di kampung yang indah dengan chalet dengan senibina yang cantik.
Menawarkan hanya dua chalet sesuai untuk percutian buat keluarga kecil atau untuk sambutan hari istimewa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lengkap dengan kemudahan seperti percutian di chalet terkenal, hanya dengan RM220 semalam, pengunjung yang bermalam di sini akan turut disediakan sarapan untuk dua orang.
Kalau perlukan tambahan katil atau nak sewa khemah pun boleh, ye lah orang kata lagi ramai lagi meriahkan.
Kalau nak makan-makan buat BBQ sempena harijadi atau sambutan anniversary pun boleh, sewa sahaja peralatan lengkap yang ada di sini.
Bagi yang suka memancing, tempat ni juga ada port untuk memancing, sambil teman anak-anak mandi, anda boleh memancing sekali. Kalau dapat hasil bolehlah buat hidangan BBQ nanti.
Kalau ada yang nak buat sambutan harijadi atau juga majlis kahwin secara kecil-kecilan di tepi pantai, chalet ini turut menawarkan perkhidmatan untuk dekorasi sebegitu.
Terletak 20 minit dari Pantai Port Dickson dan lebih kurang sejam perjalanan daripada Bandaraya Melaka, percutian eksklusif kat sini pasti meninggalkan kenangan manis buat anda dan yang tersayang.
Alamat: The TamingSari Beach House, Kg Pantai Hilir, Jalan Kg Solok, Kuala Sungai Baru Melaka