
Seorang pengamal media Malaysia telah berpeluang menggunakan khidmat penerbangan tambang murah yang baharu iaitu Citilink. Ini pendapat menarik yang dikongsi beliau dalam laman sosialnya menarik perhatian ramai netizen.
Masa abam di Indonesia semalam, abam perasan ada banyak pesawat Citilink kat airport diaorang. Serius, mula-mula abam ingat ini company kurier, hairan jugalah, kencang sangat ke syarikat ni sampai ada berpuluh kapal terbang kat Indonesia ni.
Rupanya sebutan je sama, ejaan lain. Di Malaysia syarikat kurier tu namanya Citylink – yang ini Citilink, beza huruf.
Citilink ni ‘adik’ Garuda Airlines, syarikat penerbangan terbesar di Indonesia. Cuma Citilink ni khusus untuk penerbangan tambah murah macam ala-ala Air Asia.
Diam tak diam depa dah ada 50 buah pesawat dan depa dah start landing kat KLIA serta Penang.
Menariknya, walaupun tambang murah, Citilink bagi 10 kilogram luggage free dan tak seperti syarikat tambang murah lain – Citilink bagi penumpang mereka makanan percuma!
So far Citilink dah terbang untuk sektor Jakarta-Penang, Surabaya- Penang dan Banyuwangi-KLIA. Tak lama lagi Phnom Penh (Kemboja) – KLIA.
Bagi abam lagi banyak low cost carrier, lagi bagus. Persaingan yang sihat. And the end of the day, kita yang untung kerana ada banyak pilihan.
Komer nak gi mana?
Sumber: FB Syahril A. Kadir
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sharing Trip ‘Cuti-Cuti BFF’ 3H2M Ke Redang. Bajet Mereka RM290 Je Seorang. Berbaloi Ya!

Pulau Redang adalah antara pulau terkenal di Malaysia yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk berbulan madu atau meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan. Bahkan, pulau ini juga sangat sesuai menjadi lokasi percutian keluarga atau 'gathering' bersama teman-teman.
Bukan sahaja merupakan pulau yang sangat indah untuk diterokai, malah banyak tempat menarik di sekitar Pulau Redang ini boleh dikunjungi seperi Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, dan Taman Marin. Pulau Redang boleh diakses menerusi beberapa jeti yang ada di sana seperti Jeti Shahbandar, Jeti Merang atau Jeti Penarik.
Bercadang ke Pulau Redang untuk percutiaan bersama teman-teman? Ini tip dan panduan perkongsian daripada Siti Raudhah
Trip Redang & Jalan2 Cari Makan Terengganu 27-30 Aug 2020
Pakej Redang – RM290/pax 3H2M all in, triple sharing room.
Ktorg ambik pakej direct ngan Redang Lagoon. Ni harga utk half weekend. Lain2 rate utk weekend ngan weekdays tapi beza sikit je.
- Pakej ni dah termasuk :
-Tiket feri dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang – Return trip. Jeti Shahbandar ni berdekatan Pasar Payang. walking distance. Feri ambik masa 1.5-2 jam utk smpai pulau. lama jugak.
-2x breakfast, 2x lunch, 2x afternoon tea, 1 bbq dinner,1 normal dinner – Makan overall sedap. Sambal belacan terbaik. Patut buffet tapi sebab COVID-19 so mereka hidangkan. Tak sempat lapar dah makan lagi.Tak perlu bawa makanan banyak-banyak, end up tak sempat makan pun. huhu..
-3x snorkeling trips
-Bilik ada aircond – bilik sangat basic. tv tak ada…untuk kami ok je sebab masa kat bilik pun tak lama. Balik dah penat terus tidur je.
Pakej x termasuk:
- Parking kereta kat Jeti Shahbandar ni RM35 utk 3 hari (bayar sendiri)
- Turtle trip (5 ptg)- RM40/pax – Bayar asing sebab ni optional. Tapi serius berbaloi.
- Tiket untuk marine park RM5 tapi marine park tutup masa kami datang tu
- Snorkeling equipment rental RM10 utk mask & snorkel, RM10 utk life jacket
Overall puas hati. Bot dengan feri pon tak crowded.
Dah habis trip di Redang, kami stay 1 malam di pekan, nak jalan-jalan cari makan pula. Kami pilih stay di Arena Boutique Hotel book melalui booking.com. RM124/night utk Superior Family 3orang . Bila sampai hotel,mereka upgradekan free ke deluxe Family 4 room (2 queen bed). Serius hotel ni lawa, selesa sangat mcm baru renovate or memang baru tak pasti pula. parking ada kat belakang hotel cuma kene mintak slip parking kat reception counter so free parking.
Hasil JJCM dptla merasa Nasi Dagang Atas Tol yg femes tu. Gigih beratur paling awal. Pastu layan celup tepung kat luar airport tu.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masuk Hatyai Dengan Kereta, Ini Cara Elak Dari Kena Saman

Isi Kandungan
ToggleRamai yang suka masuk Hatyai untuk bercuti dan merasa makanan viral di sana, jadi memang tak pelik kenapa di sana cukup meriah dengan orang Malaysia.
Malahan jarak yang dekat membolehkan rakyat negara ini berkunjung ke sana dengan menggunakan pengangkutan darat sahaja.
Masuk Hatyai Dengan Kereta
Selain kereta api, bas serta van pelancongan, ramai juga dalam kalangan kita yang memilih untuk ke sana dengan kenderaan sendiri.
Insurans
Namun, anda haruslah mendapatkan insurans kenderaan sebelum memasuki sempadan Thailand.
Urusan untuk membeli insurans kenderaan boleh dibuat secara dalam talian, contohnya menerusi laman sesawang www.gothai.my.
Anda boleh menghubungi ejen insuran melalui WhatsApp dan mereka akan meminta maklumat seperti salinan geran kenderaan dan pasport pemandu serta semua penumpang.
Mereka juga akan meminta maklumat mengenai model dan warna kenderaan, jumlah pelancong, tarikh masuk dan keluar serta pintu masuk (border gate).
Pihak ejen akan membantu anda untuk mengisi borang dan insurans boleh diambil sebelum memasuki sempadan.
Urusan mengambil insurans boleh dibuat secara pandu lalu sahaja.
Namun, periksa dahulu semua dokumen yang diberikan sebelum anda meneruskan perjalanan.
Jangan lupa isi minyak kenderaan sehingga penuh sebelum masuk ke Thailand kerana harga minyak di sana lebih mahal berbanding Malaysia.
Selepas itu, anda akan melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.
Saman
Dalam pada itu, akaun TikTok PaiThai.my turut berkongsi empat tip agar anda tidak disaman ketika memandu di Thailand.
1. Jangan letak kereta pada kiri dan kanan jalan yang ada garisan merah putih.
2. Jangan letak kereta secara lawan arus.
3. Pandu kereta mengikut had laju kawasan.
4. Ikut sistem yang ditetapkan sama ada parking hari genap atau ganjil.
Bajet Kasar Masuk Hatyai
Ini sedikit bajet yang dikongsi oleh saudara Mohd Yusrin sewaku masuk ke Hatyai dengan kereta baru-baru ini, mungkin anda boleh sediakan awal-awal sebelum berniat ke sana.

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakej Kita Selangor 2.0 Bakal Sediakan Bantuan RM2.55 Juta Kepada Penggiat Industri Pelancongan

Sejak berlakunya penularan wabnak COVID-19, industri pelancongan merupakan yang paking teruk terjejas. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan keterbatasan pergerakan rakyat Malaysia, industri ini terjejas teruk.
Ramai yang terpaksa gulung tikar dan tidak kurang juga bergelut untuk terus gagah mengekalkan perniagaan mereka. Melihatkan perkara ini yang masih tiada penghujungnya, kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 551.56 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dalam usaha membantu rakyat di Negeri Selangor yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Penjelasan tentang peruntukan ini dinyatakan kepada pihak media oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Tuan Hee Loy Sian. Jelasnya, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, telah membuat pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang bertemakan ‘Bersama Menuju Kejayaan’ pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor mengikut pecahan inisiatif seperti berikut:-
- Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor
- Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0
- Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor
- Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor
Pakej Ransangan dan bantuan kewangan bagi menangani kesan pandemik Covid-19 kepada industri pelancongan Negeri Selangor ini dilaksanakan bagi membantu mengalakkan penggiat industri untuk meneruskan aktiviti pelancongan di Negeri Selangor. Di samping itu, ianya diharap mampu mengembalikan semula hasil pendapatan pemain industri pelancongan secara amnya dan meningkatkan ekonomi Negeri Selangor secara khususnya. Selain itu, pelaksanaan bantuan ini mampu mempergiat pelaksanaan program promosi dan pemasaran industri pelancongan Negeri Selangor dalam menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong dalam tempoh pasca Covid-19.
Perincian bantuan kewangan, Pakej Kita Selangor 2.0 untuk penggiat industri dalam sektor pelancongan adalah seperti berikut:-
- Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor
Geran bantuan kewangan berjumlah RM1,000,000.00 (RM1 juta) ini akan diberikan bagi memulih dan menggalakkan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memberikan insentif kewangan secara pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance) kepada penggiat industri pelancongan Negeri Selangor yang melaksanakan aktiviti promosi bagi menarik dan merancakkan semula industri pelancongan di Negeri ini. Amaun yang boleh dituntut adalah berdasarkan satu (1) penyertaan / pelaksanaan, iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ATAU mengikut kelayakan maksimum RM 20,000.00; yang mana yang lebih rendah.
- Baucar pelancongan Negeri Selangor 2.0
Program pemberian baucar pelancongan 2.0 ini meliputi pemberian sebanyak 20,000 unit baucar (RM50 untuk setiap 1 unit baucar) yang memperuntukkan sebanyak RM1,000,000.00 (RM1 juta). Pengagihan baucar pelancongan Selangor 2.0 ini akan dilaksanakan menggunakan kaedah e-wallet dan e-baucar bagi tujuan memastikan semua pihak berpeluang menikmati subsidi yang diberikan.
- Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan bekerjasama dengan pihak Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) dalam menganjurkan program latihan pendigitalan dan perniagaan atas talian. Latihan Pendigitalan Pembelajaran Pelancongan Negeri Selangor ini merupakan usaha Tourism Selangor untuk membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan, produktiviti dan pemasaran produk pelancongan secara atas talian dalam kalangan penggiat industri pelancongan. Jumlah keseluruhan bagi Program Latihan kepada penggiat industri ini berjumlah hampir RM 300,000.00.
- Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor
Fungsi dan tanggungjawab Persatuan-persatuan ini bagi menyokong dan membantu ahli-ahli dibawah naungannya untuk mengharungi tempoh pandemik Covid-19 ini adalah sukar dan mencabar tanpa bantuan dan sokongan tambahan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor. Justeru, bantuan kewangan secara “one-off” dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 240,000.00 akan diberikan kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor sebanyak RM15,000.00 setiap Persatuan bagi melaksanakan aktiviti atau program pelancongan dan merancakkan industri pelancongan di Negeri Selangor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI