Walaupun Belum Siap Sepenuhnya, Jambatan Angkat Dah Jadi Background Bergambar Pelancong Di Kuala Terengganu!

Share

Satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Terengganu adalah jambatan angkat Kuala Terengganu.

Walaupun belum siap sepenuhnya, jambatan ikonik di negeri Darul Iman ini sudahpun menjadi latarbelakang bergambar kepada mereka yang datang berkunjung ke sini.

Pemandangan jambatan angkat ini lebih menarik apabila di ambil dari kawasan kedai makan Kak Dah Corner atau Mek Ta Ikan Bakar yang terletak di Taman Selera Tanjung, Shah Bandar, Kuala Terengganu.

? TRIVIA
Makanan popular di kawasan ini adalah kerang bakar. Sekiranya anda berkunjung untuk menikmati makan malam berlatarbelakangkan jambatan angkat Kuala Terengganu ini, jangan lupa pesan semangkuk kerang bakar sebagai juadah bersama keluarga dan rakan-rakan

Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala di tingkat 13 pula ada ruang solat, bilik air dan tempat penyediaan makanan.

Di sebelah selatan pula, akan ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu, khususnya pada waktu malam.

Jambatan ini menjadi tumpuan pelancong di negeri Terengganu kerana rekaan jambatan angkat ini menyerupai jambatan yang terkenal di dunia iaitu Tower Bridge, London.

? TRIVIA
Jambatan angkat di Kuala Terengganu ini adalah jambatan ikonik yang terbesar di Asia Tenggara

Jambatan ini boleh diangkat bagi memudahkan laluan kapal-kapal besar dan akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).

Selain itu, jambatan ini juga menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari dan dibuka kepada orang awam pada April 2019.

 

Oleh
Epul