Buat anda yang beragama Islam dan berada di Melaka, ambil tahu ini ya!
Waktu solat subuh di Melaka dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 telah memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.
"Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan.
Pada 29 November 2019 lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilaporkan berkata walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada negeri-negeri- Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Korban COVID-19 Di Luar Negara
Tiada rakyat Malaysia meninggal dunia kerana COVID-19 di luar negara setakat ini.
Bagaimanapun jika perkara itu berlaku, kerajaan tiada masalah untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia, asalkan ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan negara terlibat.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak timbul isu sama ada rakyat Malaysia yang positif COVID-19 tidak boleh pulang ke tanahair.
“Negara berkaitan akan kuarantin mereka, seperti juga kita. Kalau ada rakyat asing positif, mereka juga akan dikuarantin,” ujar beliau.
Semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara wajib menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin khas ditetapkan kerajaan. Sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa terus menggunakan bas ke pusat kuarantin dan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengetahui status kesihatan.
Mereka yang baru pulang dari luar negara dinasihatkan supaya kaum keluarga tidak perlu ke lapangan terbang menyambut ahli keluarga yang pulang dari luar negara kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin.
Banyak negara yang bertambah kes positif COVID-19 disebabkan kepulangan rakyat mereka dari luar negara seperti Wuhan yang pada mulanya dapat mengawal kes kini dimaklumkan kembali merebak.
Sumber: Astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempat Holiday Ni Rare Weyhhh.. Kalau Korang Pergi Memang Power La!
Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi, buat anda yang tercari-cari lokasi lain daripada yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan anda berkata kepada kawan anda, ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Dracula Castle’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MetMalaysia Keluar Amaran, Cuaca Buruk & Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Semenanjung Malaysia Hingga Jumaat Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat di beberapa kawasan Semenanjung sehingga 27 November 2020 ini. Elok rancang perjalanan anda ke beberapa lokasi yang dinyatakan dengan sebaik mungkin.
Met Malaysia dalam satu kenyataan hari ini di facebook rasminya memaklumkan:
- Cuaca buruk melibatkan kawasan Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Kuantan di Pahang serta di seluruh negeri Terengganu susulan hujan lebat dijangka berlaku di tiga negeri itu.
- Amaran cuaca berwaspada turut dikeluarkan di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta di seluruh Perlis bermula 26 hingga 27 Nov.
- Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangka berlaku sehingga 27 November juga turut dikeluarkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta di Perak dan di Kelantan melibatkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang serta Pahang di Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.
Jangan lupa jaga diri dan keselamatan anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI