Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Bhd hanya akan beroperasi dari pukul 6 hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bermula 24 Mac.
Antara tren dikendalikan Prasarana adalah Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan monorail. Sementara itu, perkhidmatan bas pula adalah Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung.
Waktu operasi terkini berkenaan turut melibatkan Feri Pulau Pinang (Syarikat Rapid Ferry Sdn Bhd. Hanya satu feri sahaja yang akan beroperasi setiap satu jam dalam tempoh itu.
Pada waktu puncak iaitu pukul 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang, kekerapan perkhidmatan tren serta bas Prasarana akan ditingkatan kepada setiap 10 minit, berbanding 30 minit di luar tempoh itu.
Info:
Semua perkhidmatan keretapi Rapid KL yang meliputi perkhidmatan LRT, MRT dan monorel akan beroperasi hanya dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi sebelum berhenti, dan bersambung semula dari 5.00 petang hingga 10.00 malam di bawah jadual berikut.
Isnin hingga Jumaat:
• 6.00 pagi – 7.00 pagi: Kekerapan 30 minit
• 7.00 pagi – 9.00 pagi: Kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 9.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 malam – 7.00 malam: kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 7.00 malam – 10.00 malam: kekerapan 30 minit
Sabtu, Ahad dan hari cuti umum:
• 6.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 petang – 10.00 petang: kekerapan 30 minit
Orang ramai boleh melayari laman web myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk bagi melihat jadual operasi manakala penumpang Rapid Penang boleh memuat naik aplikasi di Rapid Penang Journey Planner. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook Rapid KL Facebook @myrapid, sementara Twitter dan Instagram di @myrapidkl dari semasa ke semasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI