Tirta Gangga

Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.

Bagi yang ingin meneroka Bali lebih lagi, anda wajib singgah destinasi tradisi ini:

  • Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit.

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
DGDHJ2 The Padangtegal temple in Ubud’s Monkey Forest Sanctuary, Bali, Indonesia..

Ads
  • Tanah Lot popular dengan cerita mitos dan legenda tersendiri. Destinasi ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong dan jika tidak singgah ke sini umpama anda tidak menjejakkan kaki di Bali.

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Tanah Lot.

  • Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Tirta Gangga.

Ads
  • Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Kredit : https://theworldtravelguy.com/

Kuil Goa Gajah.

  • Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Pura Ulun Danu Beratan.

Ads
  • Kuil Besakih Temple dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Kuil Besakih Temple.

  • Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.

Wajib Singgah! 7 Lokasi Asli Di Bali Sarat Mitos & Lagenda Tersendiri.
Kampung Penglipuran.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI