Sri Lanka, negara yang terkenal dengan gelaran “Mutiara Lautan Hindi” mana tidaknya Lautan Hindi dapat dilihat di sepanjang jalan di daerah ini.
Sri Lanka mempunyai banyak keistimewaan tersendiri bukan setakat mempunyai pemandangan alam yang indah namun turut mempunyai aktiviti tradisi yang unik. Antaranya aktiviti ‘stilt fishing’. Aktiviti memancing cara tradisional ini merupakan pemandangan biasa yang boleh dilihat di sepanjang pesisiran pantai di Sri Lanka.
Wanita rakyat Malaysia ini, berkongsi kenangan melakukan aktiviti ‘stilt fishing’ ini ketika percutiannya ke Sri Lanka.
Nak share pengalaman menjadi nelayan STILT FISHING di Sri Lanka. This is one of my many Sri Lankan wishlist, 1 of it was spices.
Kitorang stay di Galle as base untuk aktiviti ni – destinasi terakhir di Sri Lanka selepas Colombo, Kandy, Nuwara Eliya dan Ella. Galle ni kawasan kubu / Dutch fort, coastal area tepi pantai.
So kitorang tak banyak masa sebenarnya, cuma dapat 2 malam di Galle, jadi kitorang upah tuk tuk and driver bawak kitorang half day tour. Tuk tuk mintak 1000rp seorang that was RM22 macam tu.
Ads
So kitorang berdua campur tips RM50 jugalah untuk tuk tuk 4 jam trip. Tuk tuk ni kitorang deal dengan tuk tuk yang bawak kitorang dari Galle bus station ke hotel, just janji mulut jumpa pagi esoknya, untuk tour. Murah la sebab jauh tempat-tempat dia bawa and lama gak 4 jam.
Ada banyak spot stilt fishing ni tapi kitorang amik yang paling dekat di Kogalla, dari Galle – dalam 45 minit ke 1 jam perjalanan naik tuk tuk. Tepi-tepi pantai tepi jalan tu je.
Guys kena tau ya most of stilt fishing ni dah jadi business, target dia tourist la yang nak experience this stilt fishing. Tak lama lepas kitorang sampai, dtg China tourist mmg kecoh gilaaaa. Masih ada lagi traditional stilt fishing, which im dying to go & see tapi di kawasan lain. Tak sempat nak pegi.
Ads
So bila sampai, nelayan nelayan akan buka harga, nego jelah kalau betul2 nak, sampai jadi. Ada pakej 2 fisherman, 4 fisherman, dan kita + 2/4 fisherman.
Harga untuk kita seorang + 2 nelayan antara 1000 ke 1500 rp ikut nasib. Dalam RM22 ke RM35, kalau nelayan tu minat kat kita dapatlah 1000rp jurrr macam my friend Zai haahahahahahaha!
Nelayan akan tolong kita naik tempat duduk tu, nervous & struggle gakla dengan ombak kuat. Tiang pun tinggi. Tgk fisherman dia naik senang n effortless je haha. Hmm sila pakai la seluar yg highly stretchable sebab mmg kena angkat kaki tinggi tinggi masa nak panjat tu, adoiii, apa pun jangan risau nelayan akan tolong masa naik & turun, tiang tu pun kuat dan stabil, mampu tampung i yang sangat berat ni.
Ads
Also pls prepared to get really wet. Basah sampai ke peha ke pinggang! Silap2 1 badan lencun. Tapi Sri Lanka panas kejap je dah kering! Masa i naik ombak okay lagi, masa kawan i naik memang i yang habis lencun sebab nak amik kan gambar angle terbaik, gigih! So make sure ur buddy is a willing buddy ok, haha. Ko dah kat atas batang kayu tu, mmg kena berdoa juga berharap gambar semua lawa2. Kang buruk meroyan sampai balik KL.
Jangan lupa, 1 lagi, prop, mintak pinjam kain yg diorg pakai kat kepala tu, kalau nak lg rare pakai la sarongggg. i dah lepas baru ingat!
Takde specific duration berapa lama boleh lepak atas tu, just pose amik gambar, n duduk la kejap atau lama kalau tahan atas tu amik feeling jadi stilt fisherman.
Tak dapat ikan ya kawan2, cuma berposing dan merasai sendiri macam mana stilt fishing. Untuk dapat ikan memerlukan masa yang panjang & keadaan yg sesuai. Its not ideal for us. Kalau i ada 1 hari full untuk stilt fishing sahaja, id venture to other area yang memang practice pure stilt fishing.
Bermula minggu lalu bagi mereka yang tinggal di negeri yang tidak dikenakan sekatan PKP boleh melakukan aktiviti riadah tetapi mengikut SOP ditetapkan.
Seorang sahabat Kaki Travel Malaysia, menggunakan nama We Go Travel berkesempatan meluangkan hujung minggu di Buana Kita, Rembau dengan melakukan aktiviti glamping di sini bersama keluarga.
Dia bersama ahli keluarga sempat merasai pengalaman bermalam di sini dan menurutnya segala kelengkapan turut disediakan oleh pihak penganjur.
REMBAU Most Wanted YO!
Siapa kata Rembau tak de apa-apa?!! Anda silap!
Satu lagi lokasi Glamping yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan dan tidak terlalu jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.
We Go Travel telah berkesempatan merasai pengalaman bermalam di sini iaitu yang di beri nama ‘Buana Kita’.
BUANA KITA, Rembau
Terdapat 8 buah khemah yang diberikan nama unik bersempena dengan 12 suku dalam adat pepatih yang diwarisi orang Negeri Sembilan turun temurun.
Pelbagai Aktiviti & Suasana persekitran yang tenang menjadi daya tarikan
Persekitaran yang menyamankan dengan bunyi kicauan burung menjadikan percutian kami indah dan mndamaikan seperti berada di dalam hutan selain berpeluang untuk merakamkan foto-foto sebagai kenangan.
Terdapat pelbagai aktiviti di sini seperti : – BBQ – Berbasikal – Mandi sungai (untuk anak² kecil) – Wayang Pacak – Campfire – Main Ping Pong – Futsal Pantai – Bola tampar Pantai – ATV – Keretapi ATV (untuk anak²) – Dart – Memanah – Permainan lain seperti (Uno & Jenga) – Swimming pool (Baru) – Latihan ala² askar (sesuai untuk team building) – Melawat kandang Kerbau, lembu & Kambing
Banyak betul aktiviti di sini .semuanya aktiviti disini anda boleh lakukan dengan percuma kecuali aktiviti ber-BBQ
Lokasi ini sangat bersesuaian untuk small gathering bersama family atau team building kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. ( Boleh tonton VIDEO AKTIVITI kami di link bawah disediakan
Pada malam hari pula, kami ambil pakej BBQ. Menunya simple sahaja. Akan tetapi, rezeki kami pada malm itu dapat merasai hidangan masakan kampung yang diberikan secara percuma ketika kami ber BBQ. Terima kasih Buana!
Mereka juga menghidupkan unggun api walaupun cuaca agak lembab. Cuma kami tidak berpeluang untuk menonton wayang pacak kerana waktu hujan ketika itu.
Aktiviti wajib yang lain adalah bersarapan dan makan tengahari di BUANA CAFE. Menu sarapan yang ‘rare’ yang perlu dicuba adalah lempeng kelapa dan roti canai love.
Makan tengahari pula kami dihidangkan dengan masakan kampung yang sedap sekali. Dihidangkan menggunakan dulang lama dan pinggan jenis lama. Memang rare lah. ( sempat juga pak cik memberi buah mangga kepada kami sebagai buah tangan. Terima kasih Pak Cik!
Bilik & Kemudahan
Pelbagai Jenis khemah yang tersedia di sini dengan diberikan nama-nama yang unik. Kami memilih khemah jenis Queen Bed sahaja kerana ingin ruang khemah yang lebih besar.
Di dalam khemah disediakan : – Plug point – Kipas – Cermin bersolek – Sharing tandas. Bersih( Ada Heater) – Wifi Tiada – Hp coverage – Surau ( Terbaik )
Di sini juga ada ruangan Pantry. Ada alatan seperti mesin air, pinggan mangkuk, kettle, & peti ais. Di kawasan pantry juga ada kawasan serbaguna untuk berkumpul untuk melakukan aktiviti ( Boleh tonton VIDEO AKTIVITI malam kami di link bawah disediakan
Keseluruhanya best!! Staff semuanya baik-baik, peramah & sempoi ( terbaik ) memang tak berkira apa je pertanyaan kami semua jawapan ‘BOLEH’
Tembok Besar China dahulunya menjadi ‘perisai’ Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turki.
Secara asasnya, Panjang Tembok Besar China ini kira-kira 6,400km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Memetik sumber Wikipedia pula, pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baharu menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8km.
Namun adakah antara kita pernah mendengar tentang Tembok Besar Jiankou yang menjadi sebahagian daripada sejarah kemegahan Tembok Besar China?
Tembok Besar Jiankou
Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China.
Tembok Besar Jiankou terletak kira-kira 30km dari Huairou, pinggir Beijing, di mana gunung-ganang di sekitarnya kelihatan agak berbeza antara satu sama lain.
Tidak seperti lokasi pelancongan Badaling Great Wall di Zhangjiakou yang sentiasa sesak kerana menjadi tumpuan ramai, Tembok Besar Jiankou adalah tembok besar di atas gunung yang curam dengan tebingnya yang lebih indah.
Tembok Besar Jiankou mendapat namanya kerana bentuknya yang seperti huruf W, ia sekali gus kelihatan seperti busur penuh lengkok anak panah.
Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China, namun ia bukan halangan kepada pendaki atau jurufoto untuk meneroka bahagian tersebut bagi mendapatkan sudut pandangan indah di puncak paling atas lokasi tersebut.
Di bahagian atas Tembok Besar Jiankou, pendaki boleh melihat Kolam Naga (Pool Dragon) dan runtuhan purba tembok besar yang berada di sekitar lokasi pendakian.
Laluan ke puncak Tembok Besar Jiankou adalah pendakian penuh curam di mana pendaki akan berdepan dengan beberapa seksyen pada sepanjang perjalanan sejauh 20km.
Antara seksyen yang terdapat di Tembok Besar Jiankou termasuk Titian ke Syurga (Tian Ti), Gerbang Neraka (Gui Men Guan), Menara Selatan (Nan Da Lou), Penjaga Pintu Gerbang General (Jiang Jun Shou Guan) dan bangunan Wangjing (Wangjing Building).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mak ayah bawa anak ke mana musim cuti sekolah? Kalau anda ada di sekitar Putrajaya, tak perlu memandu jarak jauh nak bawa anak-anak untuk bersuka ria. Cukup sekadar jelajah ibu kota pintar seluas 49 kilometer (km) persegi tersebut.
Ada banyak tempat unik lagi menarik yang boleh buat si kecil teruja.
Berikut lima lokasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk habiskan masa hujung minggu:
1. Kelab Tasik Putrajaya
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Kelab Tasik Putrajaya
– Antara lokasi terbaik untuk kalian bawa famili beriadah.
– Selain boleh beri makan ikan, anda boleh berkayak dan bermain aqua boat yang berbentuk kereta merah.
– Kalau nak belajar scuba diving, Kelab Tasik Putrajaya turut menyediakan servis tersebut.
– Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan Pesta Tasik di sana kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan.
2. Pantai Floria
Alamat: Sisiran Floria, Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya
– Satu lagi tempat untuk melakukan aktiviti berkayak, memancing atau bermain bot kawalan jauh.
– Jadi, si ayah jangan lupa bawa koleksi joran sebab koleksi ikan di sana memang besar dan puas hati kalau dapat bawa balik.
– Sesuai juga dijadikan lokasi piknik sebab anak-anak boleh bermain air.
– Lagi menarik, sempena bulan kemerdekaan ini, bagi sesiapa yang membawa bendera dan bermain di sana, dapat harga istimewa.
3. Putrajaya Steps
Alamat: Presint 1, Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma
– Inilah masanya untuk anda uji ketahanan diri. Sebanyak 248 anak tangga perlu didaki!
– Ia dibina di atas cerun menuju ke Taman Putra Perdana setinggi 30 meter dan jarak sejauh 200 meter.
– Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama signatur ikonik Tangga Putrajaya yang dibina sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya.
4. Taman Wetland Putrajaya
Alamat: Presint 13, Putrajaya
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: Percuma
– Satu hari memang tak cukup kalau mahu ronda kawasan seluas 3.35km persegi.
– Taman Wetland pula mempunyai lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan, lebih 24 spesies ikan air tawar serta haiwan akuatik.
– Sudah penat berjalan, apa kata singgah ke Wetland Studios yang penuh dengan kejutan. Pasti anak-anak suka!
5. Taman Cabaran Putrajaya
Alamat: Jalan P5, Presint 5, Putrajaya
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
– Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti ektrem seperti berbasikal bukit, wall climbing dan skateboard.
– Kompleks sukan mendaki tersebut mempunyai tembok dinding setinggi 20 meter dan terbahagi kepada lima zon.
– Jadi jangan risau, anda boleh pilih zon yang sesuai dengan stamina diri.
Putrajaya memang memiliki pelbagai kemudahan rekreasi mengujakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa bawa joran untuk aktiviti air di sana.
Selamat berhujung minggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...