Villa Lot 1638 Port Dickson, Senibina Mewah Tapi Harga Berpatutan. Berbaloi Cuti Di PD

Share

Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan pantai Port Dickson. Ada banyak bentuk penginapan yang boleh menjadi pilihan pengunjung tatkala berkunjung ke pantai peranginan terkenal ini.

Bagi yang bercadang nak bercuti ke Port Dickson, boleh cuba bermalam di Villa Lot 1638 yang terletak di sini.

Seni binanya mewah dan sangat cantik namun harganya tidaklah terlalu mahal di mana kalau booking.com, dapat RM500 untuk semalam. Paling penting sangat cantik dan luas di mana ada disediakan dua bilik katil Queen. Kalau nak buat family day atau lepak dengan kawan-kawan, korang bawalah toto ya.

Jom tengok apa yang best di villa ini.

Gambaran depan villa Lot 1638 Port Dickson
Ada 14 villa disediakan di sini dan juga bilik-bilik. Seni binanya sangat cantik dan moden

Review

Sampai di sini jam 3.30 petang sebab singgah makan kat warung salai di sekitar PD. Sampai-sampai terus check-in.

Kat sini tak de lobi macam hotel. Dia cuma kat tempat santai, lepas tu ada meja reception. Memang tak de tulis pun ‘reception’. Tapi ada orang jaga kat situ. First time jumpa macam ni.

Masuk-masuk je pintu Villa ni, perasan macam Waaaa. Serius cantik sangat sebab senibina villa dia memang unik dan mewah. Kat Villa ni ada 14 unit. Ada yang terus bilik, ada yang satu  rumah ada bilik-bilik.

Jadi  masa nak booking tu boleh pilih yang mana sesuai dengan korang.  Pemandangan dari bilik pulak memang cantik sangat sebab boleh terus nampak swimming pool. Bergambar dari dalam bilik pun memang sesuai.

Ruang menunggu berdekatan lobi yang menarik dan mewah
Rekaan perabotnya sangat moden dan menarik . Sangat selesa untuk percutian keluarga
Inilah meja receptionnya. Tak ada pun orang tunggu tapi boleh call saja kalau dah sampai.


Tandasnya bersih dan sangat selesa

 

Kebersihan tandas dia memang bersih. Tak berlumut dan semua peralatan berfungsi dengan baik. Disediakan sekali tuala dewasa dua helai setiap bilik.

Line telefon kat sini kurang sikit. Tapi jangan risau. Receptionist akan bagi wifi Wifi untuk guest.

Staff setakat yang saya pergi kali ni, berhubung dengan receptionist sorang je. Dia orang luar. Macam dari Indonesia. Memang baik dan membantu.

Kalau bab makanan, dalam rumah/bilik tak dibenarkan masak tau. Kalau rajin pergilah makan kat luar. Kalau malas, boleh je order food delivery. Macam saya, order McD je malam hari tu.

Fasiliti kat sini ada swimming pool dan BBQ. Tapi untuk BBQ tu kena pilih rumah kat belah tepi bawah (ada dalam video review saya) sebab rumah tu je boleh buat BBQ.

Aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti BBQ, event group, family day dan lain-lain. Hari tu masa pergi ni pun ada satu group buat family day. Dia orang book betul-betul bilik depan pool. Best ooo.

Bab parking kat sini, korang kena parking kat luar, depan pintu masuk ke villa. Ruang parking khas macam kat hotel tu tak ada. Api jangan risau, Insya-Allah selamat sebab ada cctv depan pintu masuk tu.

Lokasi villa ni dekat dengan stesen minyak BHP dan SMK Datuk Haji Abdul Samad.

Tempat ini tak mesra OKU. Kalau guna wheelchair especially, kena book bilik bawah. Tapi tu la, pintu masuk dia pun ada tangga sikit.

Bad review bagi saya tak ada. Alhamdulillah semua okay dan selesa.

Overall Stay:-

Sangat berpatutan dengan harga sebab kita orang share bayar. Masing-masing bayar RM250 je.

Enjoy tak? Tak sempat nak enjoy sebab nak kena check-out awal untuk mengundi PRN Melaka hari tu.

Nak datang lagi? Sudah semestinya.

Siapa yang nak datang, datanglah. Lagi-lagi yang ada anak-anak. Seronok tengok budak-budak mandi pool dengan pelampung, mainan air dan lain-lain.

LOT 1638, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Stay : 2 hari 1 malam

Tarikh: 19-20/11/2021 (Jumaat-Sabtu)

Harga 1 malam: RM500 (2 bilik katil Queen)

Deposit: RM200 (cash)

Booking perlu dibuat melalui aplikasi (booking.com)

Pax stay: 2 Family (4 dewasa, 2 kanak-kanak)

Sumber:-  Warith Abdul Aziz ( Hotel Review Malaysia)

 

Oleh
Almaswa Che Ros