
Isi Kandungan
ToggleRupanya ada sebuah villa cantik ala Bali, Al Fatih Pool yang terletak di Langkawi. Nampak gaya sesuai juga kalau nak berbulan madu pun, cuma rumahnya banyak bilik jadi lebih elok datang buat hari keluarga di sini.
Al Fatih Pool di Langkawi
Memang sedap mata memandang persekitaran di sini, dekorasi dalaman juga cukup indah untuk anda hilangkan lelah selepas penat mencari rezeki.
Berkonsepkan minimalist moden, di sini mempunyai kolam mandi khas buat anda yang menginap.
Ada 4 Bilik, Ruang Luas
Villa ini mempunyai 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 20 orang tetamu. Jadi sesuai jika nak datang ramai dengan keluarga besar.
Kawasan yang cantik dan tenang, yang penting ada private pool yang besar, siap ada pacutan air terjun kiri kanan.
Nak memasak pun selesa dengan suasana yang bersih dan tersusun di tempatnya. Basuh kain baju pun boleh, ya! Pendek kata, sangat okay kalau anda nak menginap lama.
Kemudahan lain juga lengkap termasuk aircond, peti sejuk,tempat memasak, water heater, set bbq semua ada. Kira datang bawa baju sahaja, itu sudah mencukupi.
Hah, apa lagi? Sila booking awal dan buat plan ke Langkawi pula cuti kemudian hari!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hutan Warna Merah, ‘Bukit Reakreasi Rare’ Di Jerantut, Pahang

Perasan atau tidak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ramai daripada rakan-rakan anda yang menetap di negeri Tok Gajah memuat naik gambar mereka beriadah di satu kawasan hutan reakreasi seakan warna merah?
Unik sungguh!
Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan. Dek kerana keunikan tersebut juga Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki.
Keindahan alam semula jadinya yang cukup mempesonakan ternyata menarik ramai pendaki tempatan. Di sini pendakian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke puncak. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan. Makin tinggi pendakian makin cantik pemandangan yang disajikan.
Pada awal perjalanan pendaki perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit sehinggalah menemui satu kawasan laluan di bawah sebuah pencawang. Kemudiannya pendaki akan mula meninggalkan kawasan terbabit dan memasuki kawasan hutan. Ketika ini, bagi yang tidak biasa mendaki akan mula terasa lelah. Sebelum sampai ke kawasan berbuluh, pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang agak mengecewakan. Namun setelah berjumpa kawasan berbuluh di mana dari situ boleh tahu, pemandangan yang indah akan dapat dilihat tidak lama lagi.
Salah satu pokok yang terdapat di Red Forest di mana batangnya seakan-akan disimbah cat merah. Semakin mendaki ke atas, semakin cantik pemandangan sekitar hutan itu sehinggalah berjumpa dengan kawasan dinamakan sebagai Red Forest. Memang cantik sangat pemandangan di Red Forest itu.
Keindahan kawasan terbabit terlalu sukar untuk digambar dengan kata-kata melainkan pengunjung mendaki dan merasainya sendiri. Bayangkan bagaimana kawasan hutan berwarna merah boleh berada bersebelahan hutan berwarna hijau. Ia memang sesuatu yang menakjubkan. Red Forest umpama suasana hutan dalam scene filem aksi antarabangsa yang popular.
Hari ini ramai yang sudah mengetahui kewujudan Red Forest ini termasuklah penduduk negeri sekitar. Diharap keindahan yang terdapat di kawasan Bukit Buluh Red Forest ini terus terpelihara dan dilindungi dari sebarang kemusnahan agar ia dapat dinikmati pencinta alam sekitar dan generasi seterusnya. Jika berpeluang sampai ke sini mohon supaya tidak memanjat pokok-pokok tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk dan juga bagi memelihara permukaan kulit pokok yg berwana merah tersebut.
image via Syed Hafeez Al Yahya & google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Travel Dari Hat Yai Ke Koh Lipe Naik Keretapi, Kos Cuti 4H 3M Pun Murah Cuma RM700. Seronok Sangat

Bermula 1 April ini, negara akan memasuki fasa endemic dan pintu persempadanan negara akan dibuka untuk pelbagai tujuan termasuk pelancongan.
Bagi kaki travel yang rindu travel negara-negara Asean yang kos melancongnya tak terlalu mahal, bolehlah mencuba masuk ke Thailand untuk bercuti ke Hatyai dan Koh Lipe yang terkenal dengan julukan Maldives Of Thailand kerana sangat cantik.
Baca perkongsian dari Hafiza Ariffin mengenai pengalamannya bercuti dari Hat Yai ke Koh Lipe menaiki keretapi dan kos travelnya tak mahal mana, cuma RM700 sahaja untuk perjalanan 4H 3M.
Trip singkat saya selama 4 hari 3 malam ke Koh Lipe melalui Hat Yai.
DAY 1
Saya ke Hat Yai bersama seorang teman dengan menggunakan komuter dari Stesen Anak Bukit ke Padang Besar. Dari Padang Besar kami ke Hat Yai pula menggunakan keretapi klasik.
Masa untuk urusan imegresan agak lama iaitu melangkaui dua jam memandangkan ramai penumpang pada hari minggu dan kebetulan cuti umum berdekatan.
Tempoh perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai mengambil masa selama 55 minit. Usai sampai ke Hat Yai destinasi pertama kami adalah mencari makanan halal di sebuah gerai di pinggir kaki lima di bandar Hat Yai.
Urusan menjadi mudah memandangkan teman saya sudah acap kali ke sana. Walau bagimanapun mencari makanan halal di Hat Yai tidak begitu sukar memandangkan banyak restoran dan gerai menjual makanan halal terdapat di sana.
Setelah urusan 'tapao' makanan selesai kami bergegas pula ke hotel untuk merehatkan diri dan proses pembersihan yang sepatutnya.
Sebelah petang kami bersiar – siar di sekitar Lee Garden selain ke Khlong Hae Floating market. Kami menggunakan perkhidmatan grab ke sini kerana lebih jimat memandangkan kami hanya berdua sahaja.
(Grab pergi: 130 bath)
(Grab balik: 128 bath)
Pada sebelah malam pula tidak banyak aktiviti dilakukan selain bersiar-siar di sekitar bandar Hat Yai. Hat Yai adalah sekadar lokasi persinggahan sebelum keesokkannya ke Koh Lipe.
DAY 2/DAY 3/DAY4
Seawal jam 6.30 pagi waktu tempatan kami telah bersarapan di sekitar gerai bedekatan hotel penginapan. Sepersinggahan di Hat Yai kami menetap di Hotel Kosit (RM 66/2D1N).
Tepat jam 9.00 pagi waktu tempatan kami telah bertolak ke Koh Lipe seperti waktu yang dijanjikan oleh pihak agensi pelancongan. Perjalanan dari Hat Yai ke jeti Pak Bara mengambil masa antara 1 jam 40 minit hingga 2 jam.
Pakej ke Koh Lipe kami beli melalui agensi Dee Travel Hat Yai. Anda boleh cari di sekitar bandar Hat Yai dan bandingkan. Banyak pakej menarik ditawarkan cuma buatlah pilihan yang terbaik.
Pakej yang ditawarkan merangkumi perjalanan pergi dan balik dari: HAT YAI – PAK BARA – KOH LIPE – PAK BARA – HAT YAI (1200 bath/person)
Setibanya di Jeti Pak Bara anda akan di bawa ke agensi terlebih dahulu untuk pengambilan tiket speed boat dan maklumat berkaitan. Selepas itu hanya perlu berjalan kaki ke jeti yang bedekatan dan anda perlu membeli tiket untuk memasuki Tarutao National Park dan Koh Lipe adalah salah satu darinya. Dengan adanya tiket ini anda boleh ke kawasan pulau-pulau sekitarnya. (200 bath/person).
Sepanjang perjalanan menuju ke Koh Lipe anda akan di bawa ke dua destinasi menarik.
Pertamanya Tarutao National Park dan juga Koh Khai. Setiap destinasi hanya 20 minit masa diberikan. Cukuplah sekadar untuk bergambar kenangan. Lebih kurang 1 jam 30 minit anda akan tiba ke Koh Lipe.
Sepanjang berada di Koh Lipe anda akan terpaku dengan keindahan pulau dan airnya yang jernih serta pasir pantai yang memutih.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain berenang di pantai adalah berkayak, snorkeling dan juga diving bagi yang mempunyai lesen. Bagi aktiviti snorkeling atau diving anda boleh dapatkan pakej di sekitar Koh Lipe Walking Street.
Pulau ini sentiasa hidup dan sangat indah. Sepanjang di Koh Lipe kami menginap di Family Song Bungalow (RM210++/3D2N). Chalet berdindingkan buluh, berlantaikan kayu dan beratapkan genting. Terletak berdekatan pantai dan juga Walking Street.
Kedai makanan halal boleh didapati di sini tetapi kos agak tinggi. Digalakkan membawa bekalan makanan untuk memudahkan urusan dan penjimatan. Jika ingin melakukan pertukaran wang pastikan bukan di Koh Lipe kerana nilai tukarannya rendah dari kadar tukaran semasa.
Kos sepanjang percutian ini adalah sekitar RM 700 merangkumi perjalan pergi dan balik, hotel penginapan, pakej ke Koh Lipe, makanan dan sedikit cendarahati sebagai buah tangan dan kenangan.
Sekian intenari ringkas dari saya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Larut’ Dalam The Stick, Tempat Tenang Di Kuala Kubu Baru

The Stick merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta kehijauan pokok.
Tempat ini ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru.
Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan.
Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.
The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan.
Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di chalet atau pondok.
Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah:
– Jungle Trekking
– Paragliding
– White Water Rafting
– The Sticks Botanical Walk
– Board Games
Malah, anda akan mendapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun bagi yang menginap di The Sticks.
Lokasi:
The Sticks
Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI