Kepada sesiapa yang mengimpikan kehidupan di persekitaran bak kayangan, anda pasti akan teruja apabila melihat perkampungan yang terletak di Giethoorn, Netherlands.
Apa yang menariknya, perkampungan indah dengan suasana romantik ini tidak mempunyai jalan raya!
???
Giethoorn
Bandar Giethoorn terletak kira-kira 55 kilometer dari arah Timur Laut Amsterdam. Ia merupakan satu-satunya perkampungan di mana akses utama ke kawasan sekitarnya adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki merentasi jambatan gerbang kayu.
Terletak dalam wilayah Overijssel, perkampungan ini memiliki terusan air sepanjang empat batu berlatarkan pemandangan indah rumahrumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18. Justeru itu, tidak hairanlah andai tempat ini mendapat jolokan ‘Venice of the Netherlands’.
Dek kerana keunikannya, maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila mana Giethoorn menjadi salah satu tarikan pelancongan yang popular. Berbasikal atau menaiki bot-bot kecil (canal tours) adalah cara terbaik dan popular buat pelancong untuk menikmati suasana desa ini.
Kampung ini diasaskan oleh sekumpulan pelarian dari rantau Mediterranean pada sekitar tahun 1230 selepas masehi. Jadi Tumpuan Sepanjang Musim Destinasi ini menjadi terkenal pada tahun 1958 apabila ia menjadi lokasi penggambaran filem Fanfare, sebuah filem Belanda yang diarahkan oleh Bert Haanstra.
Terdapat kirakira 180 buah jambatan yang ada di perkampungan yang menempatkan kira-kira 2600 orang penduduk ini. Antara yang menjadi tarikan utama para pelancong ialah sejumlah muzium yang ada di Giethoorn. Di sini, mereka boleh belajar mengenai sejarah kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun yang lalu, melihat kerja-kerja penghasilan tembikar secara tradisional dan kereta antik.
Terdapat juga pameran seni yang aktiviti muzikal yang dijalankan sepanjang tahun. Desa ini juga terletak di tengah-tengah Taman Negara Weeribben- Wieden, yang mana pada dasarnya ia merupakan salah satu satu rizab alam semula jadi yang besar dan terbaik untuk diterokai.
Menjelang musim sejuk, terusan dan tasiknya yang dipenuhi air ini bertukar menjadi sebuah tempat yang menarik untuk aktiviti meluncur ais. Justeru, jangan lupa untuk menjadikan destinasi ini sebagai salah satu sebagai lokasi yang wajib dikunjungi andai berpeluang berlibur di negara Belanda pada suatu hari nanti.
INFO:
Buat pelancong yang bertandang ke sini, terdapat beberapa buah hotel dan B&Bs yang beroperasi untuk tetamu yang datang bagi menyelami Giethoorn dengan lebih mendalam. Antara yang sering menjadi pilihan adalah Hotel Restaurant de Jonge, De Olde Smidse, De Kruumte, Hotel de Harmonie dan Hotel Restaurant de Pergola.