Kepada sesiapa yang mengimpikan kehidupan di persekitaran bak kayangan, anda pasti akan teruja apabila melihat perkampungan yang terletak di Giethoorn, Netherlands.
Apa yang menariknya, perkampungan indah dengan suasana romantik ini tidak mempunyai jalan raya!
???
Giethoorn
Bandar Giethoorn terletak kira-kira 55 kilometer dari arah Timur Laut Amsterdam. Ia merupakan satu-satunya perkampungan di mana akses utama ke kawasan sekitarnya adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki merentasi jambatan gerbang kayu.
Ads
Terletak dalam wilayah Overijssel, perkampungan ini memiliki terusan air sepanjang empat batu berlatarkan pemandangan indah rumahrumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18. Justeru itu, tidak hairanlah andai tempat ini mendapat jolokan ‘Venice of the Netherlands’.
Dek kerana keunikannya, maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila mana Giethoorn menjadi salah satu tarikan pelancongan yang popular. Berbasikal atau menaiki bot-bot kecil (canal tours) adalah cara terbaik dan popular buat pelancong untuk menikmati suasana desa ini.
Kampung ini diasaskan oleh sekumpulan pelarian dari rantau Mediterranean pada sekitar tahun 1230 selepas masehi. Jadi Tumpuan Sepanjang Musim Destinasi ini menjadi terkenal pada tahun 1958 apabila ia menjadi lokasi penggambaran filem Fanfare, sebuah filem Belanda yang diarahkan oleh Bert Haanstra.
Ads
Terdapat kirakira 180 buah jambatan yang ada di perkampungan yang menempatkan kira-kira 2600 orang penduduk ini. Antara yang menjadi tarikan utama para pelancong ialah sejumlah muzium yang ada di Giethoorn. Di sini, mereka boleh belajar mengenai sejarah kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun yang lalu, melihat kerja-kerja penghasilan tembikar secara tradisional dan kereta antik.
Ads
Terdapat juga pameran seni yang aktiviti muzikal yang dijalankan sepanjang tahun. Desa ini juga terletak di tengah-tengah Taman Negara Weeribben- Wieden, yang mana pada dasarnya ia merupakan salah satu satu rizab alam semula jadi yang besar dan terbaik untuk diterokai.
Menjelang musim sejuk, terusan dan tasiknya yang dipenuhi air ini bertukar menjadi sebuah tempat yang menarik untuk aktiviti meluncur ais. Justeru, jangan lupa untuk menjadikan destinasi ini sebagai salah satu sebagai lokasi yang wajib dikunjungi andai berpeluang berlibur di negara Belanda pada suatu hari nanti.
INFO:
Buat pelancong yang bertandang ke sini, terdapat beberapa buah hotel dan B&Bs yang beroperasi untuk tetamu yang datang bagi menyelami Giethoorn dengan lebih mendalam. Antara yang sering menjadi pilihan adalah Hotel Restaurant de Jonge, De Olde Smidse, De Kruumte, Hotel de Harmonie dan Hotel Restaurant de Pergola.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masjid kecil cantik ini terletak di tengah bandar Kırşehir, Turki. Masjid ini menarik perhatian dengan rekaan dalaman menarik. Siling dilukis langit dan awan yang cantik, ruang utama imam dilukis air terjun yang indah, pokok-pokok di antara tingkap dan permaidani seakan rumput.
Pandangan 360 dalam masjid. Guna handphone, gerak kiri/ kanan. PC,klik untuk interaksi
Sejarah Dibina pada 1910 semasa pemerintahan Kalifah Uthmaniah di kejiranan Yenis dari Kırşehir dan diberi nama sempena Kalifah Islam, Amir al-Mu’minin Sultan Abdülhamid II Khan. Selepas beberapa dekad, masjid ini terbiar usang dan rosak. Kemudian diroboh dan dibina baru Hamidiye Camii di tapak sama.
Pemuliharaan Motif artistik dilukis oleh arkitek Azerbaijan, dan menarik perhatian dunia bagi melihat sendiri keindahan dalaman masjid serta bersolat. Imam masjid; Sefa Ekinci berkata ” Semasa saya ditugas di masjid ini, saya mengkaji sejarahnya dan mengikuti pembinaan baru masjid. Pembina masjid mendapat ilham dari ayat 22 surah al-Baqarah yang bermaksud
“(Allah) yang telah menjadikan untuk kamu akan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai kanopi, dan diturunkanNya air dari langit (hujan), maka keluarlah dengan sebabnya buah-buahan, rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu adakan bagi Allah sekutu-sekutu, padahal kamu mengetahui.”
Bahagian luaran masjid
seolah berada dalam taman
ringkas cantik
berasa tenang
lukisan kecantikan alam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Itali sinonim dengan kota fesyen, piza, pasta, gelato dan pelbagai tempat romantis untuk dikunjungi termasuklah Amalfi Coast.
Lokasi ini merupakan salah satu tempat menawarkan pemandangan yang cukup indah di Itali selain Rome. Setiap pengujung pasti teruja untuk menjelajah setiap inci lokasi ini.
Di sini juga terletaknya kediaman yang dibina dilereng-lereng bukit serta dicat dengan pelbagai warna menjadikan ia pemandangan cukup mempesonakan ditambah pantai yang membiru sebagai latar. Siang dan malam juga bakal memberi sisi berbeza Amalfi Coast.
Terletak di barat daya wilayah Itali iaitu Campania, Amalfi Coast terbentang luas 30 batu sepanjang Sememanjung Sorrento. Ia memberi kelebihan kepada destinasi ini memiliki laluan pantai yang sangat cantik dengan pantai yang bersinar, curam batu, taman pokok lemon, villa pelbagai warna serta resort yang bergaya.
Jika anda menggembara bersama yang tersayang di Amalfi Coast cukup sesuai untuk merasai kehangatan cinta dan ketenangan. Jom layan foto indah di sini, mana tahu boleh dijadikan pilihan percutiaan idaman tahun 2020 anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang, untuk bercuti tidak susah. Kalau dahulu, hanya hotel menjadi pilihan tetapi hari ini glamping sudah menarik minat orang ramai untuk memilih santai berbeza. Lebih menarik ia dikelilingi keindahan alam semulajadi selain banyak aktiviti luar boleh dilakukan lebih bebas berbanding hanya terperap dalam bilik hotel.
Kalau ke Melaka, jangan lupa memilih port santai glamping yang popular di kalangan masyarakat tempat iaitu Baruh Glamping. Terletak berhadapan Pantai Puteri, Melaka, ia memberikan suasana dengan melepak di sini.
Untuk glamping begini, lebih meriah sebenarnya kalau datang cuti beramai-ramai. Sebab itulah tiada khemah couple disediakan di Baruh Glampung ini sebaliknya setiap khemah besar menyediakan dua katil queen yang mana beramai-ramai ahli keluarga dan kawan-kawan boleh tidur. Kata orang, lagi ramai lagi kecoh dan lagi best.
Di sini, selain mandi laut di Pantai Puteri, sebelum balik ke khemah ada pancuran air buat bilasan mandi. Jadi tak ada la pening-pening cari tandas bersihkan diri dari air masin. Bukan itu saja, ada port BBQ, boleh raikan hari jadi dan paling best, siapa yang romantic, boleh makan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Memang luar biasa bahagianya.
Yang lebih best di sini, korang tak payah risau bab makan. Sebabnya Pantai Puteri ini memang kawasan tumpuan pengunjung mandi-manda di Pantai Puteri, di situ ada banyak kedai makan. Pilih je mana korang selesa. Kalau nak lebih best, beli ikan mentah di pasar nelayan di situ dan suruh tukang masak kedai masakkan untuk korang. Semua seafoodnya sedap-sedap belaka. Tapi kalau nak buat BBQ tiada masalah pun, kata orang mana-mana yang korang selesa.
Apa pun, kalau nak ke sini, masuk ke website dia orang, Baruh Glamping dan korang boleh tengok promo sebanyak 20 peratus yang tengah dibuat sekarang. Nak buat berbuka di sini pun ada ya. Nak beraya sebab tak dapat rentas negeri pun boleh. Kenalah booking cepat dari terkurung dekat rumah saja. Sumber /Gambar : Baruh Glamping
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...