Sebuah keluarga cemas selepas anak lelaki mereka diekori seekor beruang ketika mereka mendaki sebuah bukit di Itali.
Bapa tiri kanak-kanak terbabit Loris Calliari, sempat merakam kejadian anaknya Alessandro berusia 12 tahun diekori beruang berwarna coklat. Loris Calliari memutuskan untuk berkongsi video tersebut di laman sosial kerana menyedari pengalaman itu adalah luar biasa dan tidak menyangka video tersebut tular seluruh dunia.
Dalam video tersebut kedengaran suara bapa tirinya, memberitahu Alessandro agar bergerak perlahan-lahan dengan berkata, “Ayuh Ale, jangan berpaling kepadanya. Bertenang.”
Ads
Loris Calliari yang merakam aksi luar biasa itu memberitahu pada hujung minggu lalu (24 Mei 2020), dia bersama lima lagi ahli keluarganya mendaki bukit yang terletak berhampiran rumah mereka. Ketika kejadian, Alessandro cuba mengambil buah pokok pine di kawasan semak sebelum melihat seekor beruang yang sedang tidur di kawasan itu. Loris Calliari berkata, Alessandro sangat menyukai haiwan terutama beruang.
Ads
“Ketika melihat binatang itu, Alessandro meminta saya mengambil gambar dan video dengan beruang di belakangnya. Selepas itu, saya dapati beruang itu bergerak dan saya menyuruh Alessandro berjalan perlahan-lahan. Pada awalnya saya gugup tetapi selepas melihat beruang itu tidak agresif, jadi saya tenang sahaja,” katanya.
Ads
Kira-kira sebulan lalu, mereka sekeluarga pernah menonton video di YouTube tentang apa yang harus mereka lakukan jika bertembung dengan beruang dan ternyata Alessandro berjaya melakukannya.
Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Bila cari port makan paling penting sedap dan harganya berpatutan. Bonus bila ada banyak pilihan makanan untuk memenuhi citarasa pelanggan.
Terletak di Kapar, Klang, Café 6233 menawarkan variasi makanan dengan citarasa yang mewah dalam suasana kampung.
Menurut perkongsian daripada Latun Amira, antara menu yang ada di sini adalah nasi kandar, nasi ganja, nasi daging ayaq asam dan juga pilihan pastry dan kek untuk penggemar dessert.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sana, ikuti perkongsian daripada Latun Amira ini:
Port best makan-makan dan ngopi di Klang
Nak bagitau, dekat Klang ada port best untuk makan makan dan ngopi ngopi. Pencinta alam mesti suka
Cafe nie gunakan “Camping concept”. Memang santai habis. Chill jee. Kalau petang, angin sepoi sepoi. Layannn
Makanan rasa kayangan. Tapi harga Masya’Allah murahnyaaaaaa. Semua below RM10.
Owner Cafe 6233 nie Pastry Chef Hotel 5 star tau. Cake cake sangatlah sedap. Ramai yang kata tak suka makan kek, tetiba rasa cake sini terus jadi Dessert Lover. Paling best, chef memang guna 100% bahan hotel tau.
Orang utaghaaaa mesti try Nasi Daging Ayaq Asam. Confirm esok repeat lagi tau. Betuih nieee. Tak tipu.
Non coffee patut rasa Chocolate premium Iced or Matcha Milk Iced. Sangat sedap ! Frappe pun ada tau. Anak anak pasti suka.
Menu sini sangat menepati citarasa 1 keluarga. Sebab, kalau ada anak kecil, mak pak boleh makan nasi ganja/nasi daging. Anak anak boleh makan Bubur Ayam, Fries, Nuggets dll
Ruang makan Cafe boleh muat 40pax. Jadi tak perlu terkejar kejar nak makan cepat cepat nak bagi orang lain duduk pulak.
Coffee lover boleh order “Nusantara Latte”, sangat sedap !
Yang tengah diet boleh try Honeycomb Latte. Sesedap rasaa.
Dessert Lover tolong rasa Creme Brulee dan Red Velvet. Sedap tau. Tapi CHEESE pun sedap. Nak senang. Rasaaa semuaaa.
Yang rindukan Johor. Sini ada Kacang Pool tau. Fuhhhh memang makan sampai licin.
Dengar cerita owner cafe yang bertukang sendiri cafe, memang unik dan dari lain yang lain cafe.
Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.
Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Ini kerana, perubahan bentuk muka bumi yang pada asalnya sebuah kebun beralih kepada tapak peranginan berkongsepkan perkelahan yang menawarkan permandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Polumpong Melangkap View Camp Site
Melihat kepada rezeki baharu itu, seorang penduduk di kawasan berkenaan mengambil peluang membangunkan lokasi percutian keluarga yang dinamakan sebagai Polumpong Melangkap View Camp Site.
Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.
Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.
Sumber Gambar Internet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!