Tular di media sosial berkenaan pembukaan Masjid Camlica secara rasmi di Istanbul, Turki baru-baru ni. Pembinaan masjid berkenaan yang bermula pada tahun 2013 siap pada tahun ini dengan menelan belanja lebih RM270 juta dan mampu untuk memuatkan kira-kira 63 ribu jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini bukan sahaja mempunyai ruang solat yang besar malah turut menempatkan pelbagai lagi kemudahan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan dan ruang parkir bawah tanah sebanyak 3,500 bagi kemudahan setiap pengunjung yang datang ke masjid ini.
Apa yang lebih memberikan sentuhan hebat kepada masjid ini adalah rekaannya yang epik, ilham daripada senibina zaman Khalifah Uthmaniyah dan jangan terkejut apabila pereka senibina atau arkitek bangunan hebat ini adalah srikandi Turki bernama Bahar Mızrak dan Hayriye Gül Totu!
Bersama entri ini, kami lampirkan bersama kompilasi video Masjid Camlica yang hebat ini untuk tontonan anda. Lepas ni kalau ada perancangan untuk berkunjung ke Istanbul, jangan lupa untuk ke masjid ini ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kampung Pulau Tengah, Lokasi Viral Terkini Di Kubang Kerian. Ada 6 Aktiviti Best Korang Boleh Lakukan Di Sini
Sebelum ini, kawasan Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian Kelantan hanyalah sebuah perkampungan yang tiada keistimewaan malah terpinggir daripada pembangunan tetapi kini ia seakan mencetus fenomena baharu apabila semakin menjadi tumpuan orang ramai selepas tular di laman media sosial sejak sebulan lalu sebagai destinasi ekopelancongan domestik.
Kampung Pulau Tengah sebelum ini hanya meriah dengan aktiviti penduduk kampung sahaja. Namun setelah tular dilaman sosial, lokasi yang mempunyai keindahan alam semula jadi mampu menarik kehadiran pengunjung sehingga mencecah lebih 500 orang sehari pada hujung minggu. Pertambahan pengunjung yang luar biasa itu bukan sahaja memberikan kelebihan kepada Kampung Pulau Tengah yang menawarkan kombinasi ekopelancongan, agropelancongan serta pelancongan desa, sekali gus menjadi lubuk rezeki bagi penduduk di kampung berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung menikmati keunikan di Kampung Pulau Tengah antaranya:
- Merentasi denai Sungai Pengkalan Datu melalui jambatan sejauh satu kilometer.
- Menikmati hidangan makanan di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter.
- Menyusuri sungai dengan menaiki bot.
- Melawat taman kelip-kelip serta ladang lebah kelulut.
- Menuai nira nipah.
- Mengutip lokan.
Info:
- Jika pengunjung memilih untuk melakukan aktiviti menyusuri sungai dengan menaiki bot, pengunjung berpeluang melewati tiga kampung sejauh tiga kilometer iaitu dari Kampung Pulau Tengah hingga ke Kampung Pulau Melaka melihat aktiviti komuniti setempat serta menikmati keindahan alam semula jadi di Sungai Pengkalan Datu.
- Setakat ini terdapat tiga bot yang disediakan penduduk kampung dan ia dapat menampung permintaan seramai 18 penumpang pada setiap masa dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM10 hingga RM15 bermula seawal 10 pagi hingga 6.30 petang.
- Bagi taman kelip-kelip ia dibuka bermula 8.30 malam sehingga 10.30 malam pada setiap hari kecuali ditutup pada hari Selasa dan Khamis yang terletak 200 meter dari Kampung Pulau Tengah dengan kadar bayaran bermula RM10 hingga RM15 dengan menaiki perahu. Kampung Pulau Tengah ini mempunyai hutan yang masih dipelihara dengan baik, oleh itu pengunjung berpeluang merasai pengalaman melihat kelip-kelip sekitar tempoh satu jam dengan menaiki perahu.
- Di Restoran Astacona Riverview Island pula mencipta kelainan bagi menarik kedatangan pengunjung dengan menawarkan peluang kepada mereka untuk menikmati hidangan di atas pokok setinggi hampir 10 meter. Restoran ini sudah mula bertapak sejak lima tahun lalu dengan kehadiran hanya 50 orang pelanggan sehari, namun kini ia mencecah berkali ganda sehingga 400 pelanggan sehari sejak tempat itu tular. Bagi menjaga keselamatan, hanya dua orang pelanggan sahaja dibenarkan menikmati hidangan atas pokok untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, malah pengunjung juga berpeluang untuk menaiki menara itu bagi melihat pemandangan dari atas dengan kadar bayaran RM1 seorang dengan had masa 30 minit.
Jom cuti-cuti Kelantan~
Foto: FB Orang Kelantan | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemegahan Air Terjun Buaya Sangkut Endau-Rompin
Taman Negara Endau-Rompin merupakan taman negara kedua digazetkan di Semenanjung Malaysia. Ia dilitupi hutan hujan tertua dunia serta batu gunung berapi berusia 240 juta tahun. Nama Endau-Rompin berasal dari pertemuan dua sungai besar iaitu Sungai Endai di selatan Johor dan Sungai Rompin di utara Pahang.
Ia juga menyimpan flora dan fauna yang unik termasuk badak Sumatra. Orang Asli dari puak Jakun juga mendiami hutan tebal ini.
Perjalanan yang terancang bagi melihat tempat-tempat hebat Taman Negara Endau-Rompin memakan masa tiga hari. Kebiasaannya, pengungjung mendiami lebih dari seminggu bagi menikmati hutan semulajadi ini. Anda dinasihatkan menggunakan khidmat pemandu arah bagi mengelakkan sesat. Pakej yang diberikan oleh Perbadanan Taman Negara Johor juga berpatutan.
Taman Negara Endau-Rompin juga menyimpan air terjun hebat seperti Upeh Guling, Batu Hampar dan Buaya Sangkut.
Ada 3 laluan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin;
1. Laluan Timur dari Kahang (kampung Peta)- paling mudah dan jimat masa
2. Laluan Barat berhampiran pekan Bekok dan Segamat
3. Laluan dari Kuala Rompin
Menaiki bot ke Kuala Jasin: Bahagian pertama perjalanan anda ialah 45 minit menaiki bot menyusuri Sungai Endau yang sangat tenang ke Kuala Jasin. Bot dinaiki dari penempatan Orang Asli Kampung Peta. Pemandu arah Taman Negara akan membawa anda masuk ke hutan. Air sungai ini sangat jernih dan boleh diminum. Di kiri kanan anda hanya hutan tebal dan anda boleh melihat ikan berenang dalam air.
Air Terjun Upeh Guling dan Batuan Gunung berapi: Dari Kuala Jasin, sejam setengah trekking untuk ke hentian pertama Kuala Marong. Dalam perjalanan, beberapa sungai arus derasperlu diseberang menggunakan tali. Di Kuala Marang, ada kawasan khemah, rumah kayu besar dan tandas. Upeh Guling hanya 15 minit berjalan kesana. Banyak batu pusaran air kesan dari pergerakan gunung berapi 240 juta tahun dahulu.
Tasik Air Biru: 15 minit ke timur Upeh guling, tasik segar yang amat tenang. Air kebiruan hijau mengalir tenang disini. Anda boleh mandi disini, namun dilarang memancing.
Air Terjun Buaya Sangkut: Perjalanan seterusnya ke Air Terjun Batu Hampar mengambil masa 40minit. Sesuai untuk berehat sebentar dan mandi di sini, kerana ujian ketahanan sebenar bermula di sini. Anda mendaki Bukit Semanggong yang curam ; 2370 kaki tinggi. Kecuraman sekitar 45 darjah. Selepas 3 jam yang memeritkan, anda akan bertemu Air Terjun Buaya Sangkut. Ia air terjun yang tinggi dan sangat mengagumkan. Ini merupakan kemuncak perjalanan Taman Negara Endau-Rompin. Buaya Sangkut di Johor merupakan antara air terjun yang besar dan sukar diakses melainkan dengan bermalam sehingga 3 ke 7 hari di dalam hutan.
Mitos Kisah Buaya Sangkut
Orang Hulu menceritakan hikayat, dahulu terdapat seekor buaya besar yang hidup di dalam kolam bahagian atas air terjun. Sehinggalah suatu hari, buaya itu cuba menyusuri ke bawah air terjun mengejar mangsa, tersangkut di celah batu serta menjadi batuan besar di air terjun itu sehingga kini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aktiviti Alam Best Buat Kat Perak, Antaranya Explore Gua & Berakit Di Sungai. Penat Tapi Seronok!
Bentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
1. Meneroka Gua Tempurung
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
2. Jungle Trekking di Belum
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
3. Whitewater Rafting di Perak Rivers
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
4. Off Road di Lasah
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
5. Santuari Burung Kuala Gula
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI