
Kus semangat bila tengok satu video dari US ni apabila tali permainan bungee terputus! Mana tak kecut perut, permainan tu macam lastik yang melastik orang terbang ke udara.
Putus dekat bawah pun dah kecut perut, cuba bayangkan kalau tali tu putus sewaktu kita berada di udara, tak ke dari US tu boleh sampai ke Kampung Pandan? Okay tu hyperbola je.
Kejadian ni berlaku di satu taman tema di Florida, Amerika Syarikat dan kejadian berjaya di rakam melalui kamera yang diletakkan di situ. Kalau perhatikan daripada rakaman tersebut, beberapa saat sahaja sebelum dua penumpang tersebut dilepaskan ke udara, tali bungee tu terputus.
Permainan bungee tu dipanggil sebagai ‘Vertical Accelerator’ dan mampu melepaskan anda pada kelajuan 160km/j tau!
Mujur, sewaktu kejadian, tiada mangsa yang mengalami kecederaan. Melalui dari video yang dipaparkan itu juga dilihat petugas permainan taman tema tersebut sempat mengelak menyelamatkan diri daripada terkena serpihan letusan tali berkenaan.
Jadi kepada anda yang nak main permainan extreme sebegini di mana-mana, pastikan anda dilindungi insurans dan hibah dinamakan kepada waris-waris yang terdekat ya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kompilasi Gambar & Video Kemusnahan Taufan Hagibis Di Jepun, Moga Cepat Pulih #prayforjapan

Semalam dunia digemparkan dengan kejadian di Jepun apabila Taufan Hagibis melanda negara matahari terbit itu. Ribut taufan yang dikategorikan sebagai ‘besar dan amat kuat’ itu yang pertama melanda Jepun sejak dari tahun 1991.
Beberapa jam sebelum ribut taufan itu melanda Jepun, telah tular di media sosial langit Jepun yang bertukar menjadi ungu, seolah-olah memberikan alamat bahawa satu bencana yang amat besar akan terjadi.
Video ni menunjukkan langit Jepun bertukar ungu beberapa jam sebelum Taufan Hagibis melanda.
Dikategorikan sebagai ribut taufan yang sangat dahsyat, Taufan Hagibis menjejaskan ratusan ribu penduduk di Jepun dan memusnahkan banyak harta benda seperti rumah, kenderaan, kapal, kereta api laju, lapangan terbang dan sebagainya.


Melalui laporan berita antarabangsa, dianggarkan lebih 600,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat dan terkini, angka korban akibat ribut taufan itu telah mencecah seramai 35 orang.
Selain daripada mangsa yang terkorban, dianggarkan hampir 20 orang masih hilang sehingga kini.
Untuk pengetahuan anda, Taufan Hagibis yang melanda Jepun itu bergerak pada kelajuan 216 kilometer per jam. Anda bayangkan angin dicampur dengan hujan yang berpusar menghempas tingkap, pintu dan dinding rumah anda selaju itu. Pasti ianya satu pengalaman yang paling ngeri pernah kita rasakan.
Di sini, Libur kongsikan kepada anda kompilasi gambar-gambar yang berjaya dirakamkan di Jepun selepas ribut Taufan Hagibis itu melanda beberapa kawasan sekitar Jepun.
Jika kita lihat, kemusnahan yang berlaku bukan biasa-biasa. Sama-sama kita doakan semoga rakyat Jepun kembali pulih seperti sediakala.











































Sumber: ライラニ カパチィー サンチェス
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
THE CHALLENGER DEEP: JURANG TERDALAM DI DUNIA

LAUTAN dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita. Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu? Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?
JURANG MARIANA
Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Antara hidupan di Jurang Mariana
Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut. Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama. Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki). Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan “HMS Challenger,” kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan. Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi. The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini. Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaji Pemandu Pelancong Boleh Cecah RM10k Sebulan, Korang Rasa…?

Kerjaya sebagai pemandu pelancong ni selalunya orang tak begitu pandang sangat sebab kerja tak ada pejabat, tak pakai kemeja, ke hulu ke hilir bawa pelancong. Tapi mana yang tidak tahu, kerjaya sebagai pemandu pelancong ini menawarkan gaji yang cukup lumayan. Kadang-kadang kalau dikira balik, gaji mereka lagi mahal daripada gaji eksekutif di syarikat-syarikat besar.
Mana tidaknya, gaji mereka dikira setiap hari dan rate minimum sehari adalah RM200. Anda cuba kira kalau mereka kerja lima hari dalam seminggu, tak dapat RM1,000? Itu kalau dibayar RM200 sehari, kalau lebih? Itu belum termasuk dengan pendapatan sampingan yang lain.
Sekiranya anda pemandu pelancong yang professional dan mendapat rating tinggi daripada client, sudah tentu bayaran anda lebih tinggi berbanding mereka yang lain.
Jadi tak mustahil untuk dapat pendapatan mencecah 5 angka sebulan sekiranya betul-betul rajin berusaha.
Selain daripada gaji yang lumayan, ini antara perkara-perkara lain yang menarik mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong:
- Masa kerja yang tidak terbatas dan fleksibel
Anda tak perlu nak ikut office hour. Tak ada dateline penting yang perlu dikejarkan. Anda lebih bebas dalam menentukan masa kerja anda. Bergantung kepada jadual lawatan pelancong yang anda bawa.
- Banyak peluang kerja
Ada banyak job yang anda boleh buat diluar sana dan anda juga boleh memilih untuk tidak terikat kepada mana-mana company. Ramai pemandu pelancong yang bekerja freelance dan mereka mempunyai network besar untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
- Tidak payah susah-susah jadi salesman
Apa sahaja produk yang anda perlu jual? Tak ada. Yang anda perlu jual hanyalah communication skill, information dan rapport anda kepada client.
- Tak perlu kejar sales dan marketing
Ramai pemandu pelancong yang jadi freelance ini bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Agensi pelancongan inilah yang akan cari sales dan boost up marketing untuk mempromosikan produk pelancongan. Anda hanya perlu bawa pelancong sahaja.
- Tak perlu perah otak untuk hafal formula bom atom
Hanya perlukan minat yang dalam dan keinginan yang tinggi. Kalau anda betul-betul minat dan berkeinginan, InShaaAllah, setiap perkara akan menjadi mudah untuk anda membawa pelancong ke mana-mana dan menyampaikan informasi dalam cara yang terbaik.
Untuk pengetahuan anda, ada berpuluh-puluh agensi pelancongan yang baru, wujud di seluruh negara setiap tahun. Oleh demikian, potensi untuk anda mencari peluang pekerjaan dalam bidang pemandu pelancong ini sangat tinggi lebih-lebih lagi kepada student.
Tip kepada student, cuba ambil lesen untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah.
Daripada menghabiskan masa cuti semester berbulan-bulan tak buat apa, baik jadi pemandu pelancong. Selain dapat sikit wang saku, dapat juga anda berjalan-jalan mengembara, bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan, tinggi pengetahuan.
kredit gambar: travelmassive.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI