Hilang Di Gunung Tahan 19 Hari Seorang Diri: Siapa Ingat Lagi Kes Nur Maisarah Sameaun?

Share

Dua, tiga hari ni kita dikejutkan dengan kes Mohammad Ashraff Hassan yang hilang di Gopeng, Perak ketika beliau sedang mengikuti acara larian di sana dan sehingga saat artikel ini ditulis, dikhabarkan beliau masih lagi belum dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat yang sedang bertungkus-lumus mencari beliau sejak hari pertama.

Libur dengan rasa rendah hari mendoakan agar Mohammad Ashraff atau mesra dengan panggilan Acab ditemui dengan selamat dan misi mencari dan menyelamat yang sedang berlangsung sekarang ini berakhir dengan berjaya, aaminn..

Siapa masih ingat lagi satu kes hilang di Gunung Tahan melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pernah menggemparkan negara satu masa dahulu? Wanita itu bernama Nur Maisarah Sameaun

atau lebih dikenali sebagai Umai dikalangan teman-teman rapat beliau.

Umai yang pada ketika itu merupakan pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis terpisah dan hilang daripada 35 orang rakan-rakan beliau sewaktu mendaki ke Gunung Tahan pada tahun 2008.

Selama 19 hari operasi pencarian Umai yang hilang di Gunung Tahan, segala kelengkapan dan aset telah digerakkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat. Kelengkapan dan aset yang terlibat termasuklah Unit Komando dan Unit Udara PDRM, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Perhilitan.

Tapi siapalah manusia yang ingin melawan kehebatan ciptaan Tuhan. Selama 19 hari operasi melibatkan lebih 150 anggota berserta segala kelengkapan dan aset itu, Umai masih lagi tidak ditemui kerana hutan Gunung Tahan itu begitu tebal, ditambah dengan cuaca yang kerap berkabus, menyukarkan operasi pencarian beliau.

Sehingga hari Selasa 26 Februari 2008, Umai akhirnya selamat ditemui oleh seorang pemandu arah yang sedang membawa sekumpulan pendaki dalam keadaan longlai dalam jarak 30km daripada lokasi terakhir beliau dilaporkan sesat.

Berita penemuan Umai itu disambut dengan penuh kegembiraan selepas beliau bertarung berseorangan selama 19 hari di hutan Gunung Tahan. Umai juga ada menulis satu buku yang berkongsikan kisah beliau yang hilang itu berjudul 19 Hari Sesat Di Gunung Tahan. Kepada sesiapa yang ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai kisah Umai ni, boleh la cuba dapatkan buku tersebut.

Umai dikunjungi oleh Sultan Ahmad Shah
semasa berada di wad Diraja,Hospital Tengku
Ampuan Afzan.
sesuatu yang tidak dijangka, Umai bagaikan selebriti……

Bila bercerita kisah Umai ni, Libur teringatkan pula kepada Acab di Gopeng. Tersentuh rasa hati mengenangkan ibu bapanya yang masih lagi ternanti-nanti kepulangan Acab. Ya Allah, ya tuhan yang maha agung, Kau selamatkan la Acab dan pulangkan la beliau ke pangkuan keluarga.. Aaminn..

Oleh
Epul