Kebakaran yang berlaku kira-kira tiga kilometer di perairan Langkawi dari terminal feri itu dipercayai bermula di bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang feri berkenaan.
52 penumpang yang berada di dalam feri berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan bot persendirian yang berada di sekitar perairan tempat kejadian.
Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 2.48 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
Disamping JBPM, misi menyelamat penumpang dan memadamkan kebakaran turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta bot nelayan. Kerja-kerja pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan dan mangsa yang terperangkap sudah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.
Sumber: hmetro.com.my