Tahun baru ramai yang suka berhibur juga berlibur untuk meraikan kedatangan 'semangat baru'.
Iya la, tak akan la nak berduka lara. Pasti 'spoil mood' sepanjang tahun nanti. Bila kita gembira, aura-aura positif pasti akan terbit.
Untuk itu ramai la yang mencari aktiviti-aktiviti yang boleh menggembirakan hati antaranya dengan berkungjung ke taman tema hiburan. Namun, hajat hati untuk seronok dengan kedatangan tahun baru 2020 membawa detik hitam buat dua orang sahabat yang mengunjungi tapak karnival.
Kedua-dua mereka cedera apabila tercampak daripada kerusi permainan taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina.
Dalam kejadian di Kompleks Ynares, kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan 'Spiral Jet' yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut.
Sejurus kejadian, mangsa dibantu kakitangan taman tema serta penonton yang berada di situ.
Pengendali karnival dalam pada itu mengaku bertanggungjawab dan bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa.
Punca kejadian sedang disiasat.
Video kejadian sumber gmanetwork
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 3,000 Bilik Penginapan Sudah Ditempah Di Lokasi Tumpuan Pelancongan Pahang
Lebih 3,000 daripada 38,000 bilik penginapan di Pahang ditempah setakat 12 tengah malam tadi (7 Jun 2020), sebaik pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bermula 10 Jun 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata menerusi facebook rasminya Mohd Sharkar Shamsudin, jumlah tempahan bilik itu membabitkan lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan homestay.
Kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan dengan pertambahan jumlah tempahan yang mendadak sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.
Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maklum balas dari Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) cawangan Pahang juga menunjukkan perkembangan yang baik di kalangan ahlinya. Selain Cameron Highlands, destinasi lain yang menjadi tumpuan pelancongan seperti Kuantan, Cherating dan Rompin juga mula menerima tempahan daripada pelancong.
Beberapa hotel terkemuka di Taman Negara juga mula mendapat tempahan walaupun secara tradisinya sebanyak 66 peratus pelancong dari luar negara. Oleh itu, agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk bersesuaian untuk menarik pasaran tempatan.
Selain itu, kawasan pelancongan Pulau Tioman juga menunjukkan perkembangan positif. Bagaimanapun, aktiviti laut seperti skuba masih belum dibuka. Ini agak memberi kesan memandangkan aktiviti ini merupakan produk penting bagi Pulau Tioman. Pusat peranginan Genting Highlands masih belum dibuka memandangkan aktiviti utamanya iaitu taman tema belum boleh dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, Genting Premium Outlet (GPO) sudah dibuka sebahagiannya.
Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Panik Kalau Lampu Minyak Menyala, Teruskan Pemanduan Dengan Tenang Dan Selamat
Boleh dikatakan rata-rata daripada kita semua mesti pernah mengalami satu pengalaman lampu amaran tangki minyak menyala, kan? Kita sebagai pemandu yang kadang-kadang panik kadang-kadang tak ini pun akan lekas segera ke stesen minyak untuk elak sebarang masalah yang bakal menimpa.
Malah, ada antara kita yang mungkin sedikit ‘professional’ akan memulakan prosedur lampu minyak bernyala dengan memandu dengan perlahan atau RPM rendah, membuka tingkap dan menutup penghawa dingin, hanya untuk menjimatkan penggunaan minyak kalau stesen minyak berada jauh lagi daripada lokasi.
Kalai bercerita tentang kes lampu minyak bernyala ni, banyak kejadian dan reaksi menarik pemandu dan penumpang yang boleh diceritakan tapi tahu tak sebenarnya tangki minyak kenderaan tersebut ada simpanan minyak yang mencukupi untuk anda berjalan beberapa kilometer lagi?
Disini anda boleh lihat anggaran jarak kilometer dengan minyak petrol atau diesel beberapa kenderaan yang biasa didapati di Malaysia dan jadual ini hanyalah anggaran sahaja kerana situasi sebenar bergantung kepada beberapa faktor iaitu kelajuan, kondisi enjin kenderaan, laluan yang digunakan dan beberapa fakor lain lagi.
Cuba anda tanya kepada mana-mana pemandu, mesti rata-rata daripada mereka akan dibayangi rasa takut apabila sedang memandu dan tiba-tiba lampu E menyala sebelum sampai ke destinasi.
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan.
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini disediakan sedikit panduan untuk anda.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
E bukan bermaksud empty
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
P/s: Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Lebih 1500 Tasik Di Switzerland, Tasik Blausee Antara Yang Tercantik. Lokasi Wajib Singgah, Ini Sebabnya!
Switzerland terkenal dengan keindahan setiap pelusuk negaranya, antara tarikan di sana termasuklah tasik-tasik yang indah dan cukup mengujakan. Terdapat kira-kira 1500 tasik atau lebih di Switzerland. Setiap tasik yang ada di sana mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Dari tasik yang popular untuk berenang pada musim panas hinggalah ke tasik Alpine yang jernih. Antara yang terkenal adalah Tasik Blausse. Mudah untuk diakses dan tidak memerlukan pendakian yang agak ektrem membuatkan tasik biru ini menjadi tumpuan pelancong.
Jika berpeluang melancong dan bercuti ke Switzerland, Tasik Blausse adalah tempat wajib dikunjungi. Nak tahu apa sebabnya, Mohd Anas Anas berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Lokasi wajib sekiranya berkunjung ke Bumi Switzerland. Lake Blausse
1- Perjalanan dari Interlaken Ost dengan menggunakan keratapi dan bas akan mengambil masa 1 jam 46 minit. keratapi dari Interlaken akan transit di Stesen Speiz kemudian tukar keretapi menuju ke Frutigen. Di Frutigen terus menuju ke stesen bas berhampiran stesen keratpi dan menggunakan bas no 230 untuk terus ke Lake Blausee. Bas akan turun betul2 di hadapan pintu masuk tasik. sekiranya menggunakan kereta dan memandu sendiri masa perjalanan hanya mengambil 37 minit.
2- Sekiranya kita dari bandar Zurich, perjlanan dengan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit dan dengan memandu sendiri masa diambil 2 jam 26minit.
- Tiket masuk akan dikenakan sebanyak 10chf. tetapi seandainya keadaan air tasik keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5chf.
- Untuk menaiki bot di dalam tasik adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
- Di dalam kawasan persekitaran tasik terdapat cafe dan restoran untuk menikmati kopi dan juga makanan lain.
- Pemandangan yang paling cantik ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November dengan keadaan daun2 kekuningan berlatarkan air yang sangat biru. Pada musim panas air sedikit berwarna hijau dan kurang jernih.
7.Usai sahaja menikmati keindahan tasik ini, boleh terus menunggu bas untuk ke lokasi seterusnya iaitu Kendersteg. Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja..satu laluan dan arah yg sama.
- Di Kendesteg kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam untuk ke atas sana dan ke Tasik Oeschinen dan bermain gelongsor.
- Justeru memadai seharian untuk 2 lokasi ini agar masa tidak terbuang dengan begitu sahaja.
Kredit: Mohd Anas Anas
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI