Konsep hotel kapsul pertama kali diperkenalkan di Jepun. Ia sejenis penginapan yang menyediakan ruang yang sangat kecil dengan jumlah yang banyak dan dinamakan dengan kapsul.

Hotel kapsul ini menyediakan kemudahan standard dan jauh lebih murah bagi pengunjung yang tidak memerlukan layanan sebagaimana yang ditawarkan di hotel-hotel konvensional untuk semalam atau beberapa malam. Hotel ini banyak digunakan oleh mereka yang terlambat pulang kerana kerja dan harus kembali bekerja di pagi hari berikutnya. Namun ada juga yang menyewa mingguan atau bulanan dengan  alasan lebih ekonomi.

Tren ini menjadi popular dan dilihat praktikal dan kemudian diaplikasikan di pelbagai negara kerana ciri-cirinya yang efisien, terutama di kawasan bandar.

Kepada anda yang ingin percutian berkonsep mengembara pasti tidak cukup masa untuk mengurung di dalam bilik hotel, jadi buat apa untuk bersusah payah mencari hotel mewah. Hotel kapsul ialah pilihan yang terbaik.

Ringkas dan selesa

The Bed KLCC merupakan penginapan interaktif yang menggunakan konsep kapsul versi mewah. Jadi konsep yang dicetuskan oleh The Bed KLCC buat penulis kagum, ia merupakan bilik kapsul yang terletak dalam bangunan hotel. Sangat selesa malah tidak kedengaran langsung bunyi-bunyian kenderaan walaupun berada di tengah ibu kota

Ads

Hotel The Bed KLCC menyediakan fasiliti penginapan super jimat tanpa mengurangkan faktor  keselesaan pelanggan. Setiap pod dapat menampung individu yang menyewanya untuk jangka waktu tertentu.

Bilik kapsul The Bed KLCC menawarkan penginapan untuk solo traveler,  couple dan keluarga. Bagi couple dan keluarga usah risau kerana The Bed KLCC punya pilihan untuk kapsul lebih privasi dan kapsul di dalam bilik. Ianya seperti anda menyewa sebuah bilik dan hanya perlu berkongsi bilik mandi. Selain itu ia juga mempunyai kemudahan bilik mandi awam lengkap dengan bilik menukar baju, seterika dan mengering rambut.

Keselesaan dirasai oleh tetamu apabila setiap pod yang disewa lengkap dengan meja solek kecil, penyangkut pakaian, suis pengecas, tuala mandi, loker simpanan serta pengadang kapsul agar lebih privasi.

Faktor kebersihan menjadi keutamaan di The Bed KLCC. Di luar setiap bilik kapsul disediakan loker khas untuk simpanan kasut. Selipar disediakan untuk memastikan kebersihan lantai bilik kapsul terjaga. Ciri ini harus diberi pujian. Malah tiada ruang untuk menghisap rokok bagi memastikan kebersihan serta tiada bau yang tidak menyenang sepanjang tetamu menginap di situ.

Ads

Bagi tujuan santai,  Lounge area hotel diwujudkan dan dibuka seawal 6 pagi hingga 12 pagi. Anda boleh chill sambil berkenalan dengan tetamu lain yang mungkin dari negara lain atau mereka yang tinggal sekitar ibu kota.  Bagi keperluan tetamu , hotel ini juga menyediakan kafeteria mini untuk tetamu minum kopi dan teh sepanjang hari.

Tren menginap gaya kapsul ini memberi pengalaman baru buat penulis sambil melayan mimpi indah. Buat pengembara yang mahu satu penginapan yang ringkas namun selesa, penulis cadangkan The Bed KLCC. Ia sebagai salah satu alternatif untuk berehat dan tidur masa kini.

INFO

Ads

Alamat: The Bed KLCC, G1 Vortex KLCC (bersebelahan 7E), 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Kemudahan: Pengangkutan awam (monorel, LRT dan Bas GoKL) dan pusat pelancongan (Menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Bukit Bintang)

 5 minit berjalan kaki dari stesen monorel Bukit Nanas

Kadar Harga: RM69 sehingga RM139 lengkap dengan pakej sarapan pagi, housekeeping dan akses internet. 

Jenis Kapsul: Single Pod Side Entry (Female), Single Pod Side Entry (Male), Single Pod Front Entry (Mixed), King Pod/Family Pod, Single Pod Suite dan Queen Pod Suite. 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI