Sesekali rasa nak healing tapi tak nak pergi yang jauh-jauh, orang Lembah Klang boleh ke The Kahaani yang terletak di Janda Baik.
Terletak di atas tanah seluas enam ekar dengan sungai yang mengalir, nak sampai di The Kahaani hanya 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasinya yang juga berhampiran dengan Genting Highlands, Janda Baik terkenal dengan udara segar dan menyenangkan.
Mempamerkan spesis kayu terbaik menerusi reka bentuk lima villa yang ada di sini. Antara kayu yang digunakan untuk resort di sini ialah Jati, Chengal, Balau dan Cendana. Spesis kayu yang memang terkenal dengan ketahanan dan kualitinya yang luar biasa.
Lima vila yang ada di sini adalah dupleks di mana ia boleh memuatkan sehingga empat tetamu dalam satu vila. Dengan katil bersaiz super king di aras bawah dan katil sofa ratu di aras loteng.
Vibes yang cukup menenangkan dengan villa kayu kontemporari untuk percutian singkat bersama keluarga atau teman-teman. Memang sesuai nak healing atau berehat sebentar dari kesibukan kerja.
Pakej villa bersama sarapan, tetamu di The Kahaani akan diberikan tiga pilihan untuk sarapan pagi. Lebih menarik, para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di vila sendiri atau butler khas akan menyediakan sarapan mereka di kawasan taman. Terdapat pelbagai lagi hidangan lain untuk anda nikmati sepanjang menginap di sini.
Di The Kahaani, anda boleh berehat dan tenangkan minda dengan tidak melakukan apa-apa. Hanya tarik nafas dan nikmati kehidupan di tengah-tengah alam semula jadi. Berhenti dari dunia luar dan nikmati keindahan yang ada di sekeliling anda di sini. Paling tidak habiskan masa dengan membaca di tepi sungai.
Bagi yang datang bersama keluarga, kanak-kanak boleh berseronok membina istana pasir di sand pit yang disediakan. Aktiviti memanah juga ada di sni untuk mereka menguji penglihatan dan kemahiran mereka dengan memanah. Aktiviti lain seperti bermain frisbee, badminton, ping pong mini dan bola sepak. Pelbagai permainan papan dalaman juga turut tersedia; jenga, catur, bingo dan banyak lagi, sesuai untuk seisi keluarga.
Nak yang lebih ektrem, anda boleh terokai bukit dan sungai Janda Baik dengan ATV, malah Lawatan menunggang kuda dan ladang kambing juga boleh diatur bila anda menginap kat sini.
Menarik kan, tak jauh dari Kuala Lumpur memang sesuai untuk percutian singkat sendirian ataupun bersama yang tersayang.
Alamat: The Kahaani, Janda Baik, Chalet Lot 27772 B, Janda Baik, Kampung Ulu Chemperoh, Bentong, Pahang
FB: TheKahaani