Uptown Shah Alam Kembali Beroperasi Setiap Hari Dari Jam 3 Petang Hingga 10 Malam

Share

Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.

Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.

Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.

Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  • Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.
  • Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.

Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!

Foto: FB Uptown Shah Alam | Sumber: sinar harian

Oleh
Husna