Nampaknya bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua PPN dan telah lengkap 2 dos vaksin diberi keistimewaan untuk rebut peluang bercuti bermula 26 Ogos lalu.
Salah satunya penginapan bersama Lexis Hotel Group terutama bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.
1. Semua petugas barisan hadapan
2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ads
1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti
4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Ads
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:
1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
Ads
5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
Pattaya destinasi untuk liburan dan bersantai di pesisiran pantai yang popular di Thailand. Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, lokasi pusat peranginan ini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan yang perlu dijengah jika ke Thailand. Bagi pengunjung yang berkeluarga, bawa anak-anak berkunjung ke Teddy Island (Teddy Bear Museum Pattaya) yang menempat sebuah muzium patung beruang yang begitu mengujakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam, muzium yang menjadi salah satu daya tarikan Pattaya ini mempamerkan lebih 2000 pelbagai koleksi patung beruang.
Muzium ini terbahagi kepada 12 bahagian mengikut konsep dan tema tersendiri, iaitu ruang yang mempamerkan bermacam-macam Teddy Bear dengan berbagai-bagai gaya bersesuaian dengan tema pada setiap bahagian. Antaranya Zon Zaman Dinosor, Zon Afrika, Zon Musim Sejuk, Zon Bawah Laut, Zon Eropah, Zon Seni, Zon Jenaka dan lain-lain lagi.
Muzium ini sesuai dikunjungi oleh semua golongan dan pencinta Teddy Bear. Bagi yang bukan pengumpul patung, muzium ini tetap menjanjikan keseronokan kerana dapat bergambar bersama patung-patung yang comel ini. Jangan lepaskan peluang bergambar pada setiap sudut tau!
Pengunjung yang datang ke muzium ini diingatkan supaya tidak lupa untuk mencuba semua aktiviti interaktif yang terdapat di setiap sudut muzium. Tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga boleh mencuba dan berseronok di sini.
Teddy Bear merupakan patung yang menjadi kesukaan ramai lebih dari 100 tahun lalu. Ia dinamakan Teddy Bear sempena kisah perjalanan Presiden ke-26 Amerika Syarikat, Theodore “Teddy” Rosevelt yang pergi memburu beruang. Pada masa itu, presiden pergi berburu dengan beberapa orang pengawalnya. Sehingga hampir tamat perjalanan, Rosevelt tidak berjaya menembak walau seekorpun beruang. Lalu salah seorang pengawalnya menangkap seekor beruang dan mengikatnya di sebatang pokok serta mempersilakan presiden untuk menembaknya. Namun demikian, Rosevelt tidak mahu menembaknya kerana perbuatan itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang pemburu.
Cerita ini tersebar luas dan memberikan idea kepada Morris Michtom dan Margarete Steiff untuk menghasilkan patung Teddy Bear buat pertama kalinya di bawah syarikat The Steiff Co. Di muzium ini, pengunjung akan melihat beberapa koleksi dari syarikat penghasilan patung yang paling terkenal dan berjaya dalam mencipta dan memasarkan patung beruang tersebut. Jadi apa lagi, jangan ketinggalan untuk menjengah Muzium Teddy Bear di Pattaya ini.
Nak rasa macam camping dekat Nami Island macam kat Korea tu boleh cuba camping dekat campsite Sg. Pauh yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Bentuk muka bumi yang agak berbukit dengan cuaca yang sejuk dan nyaman memberikan pengalaman indah buat camper yang memilih untuk berkhemah di sini.
Paling best view yang cantik bila pasang khemah di antara pokok-pokok palm yang tumbuh tinggi dan besar. Tak perlu nak cuti jauh-jauh untuk rasa sendiri pengalaman sebegini. Pack sahaja kelengkapan berkhemah dan datang camping ke campsite kat sini.
Berkongsi pengalaman camping selama 3 hari 2 malam di campsite Sg. Pauh, Imatul Ibrahim turut memberikan beberapa tip untuk camper yang ada plan nak ke sana.
Memandangkan kedudukan campsite ini di Tanah Rata, menurut Imatul tak perlu bawa terlalu banyak keperluan makanan kerana boleh dapatkan di sana atau order sahaja makanan dari luar.
Jom ikuti perkongsian Imatul berserta gambar-gambar yang menarik sepanjang perkhemahannya kali ini.
3D2N @ Sg. Pauh Campsite.
Tips:
Sebelum pegi check weather forecast. Nak balik pun check juga so boleh set up and packing sebelum ujan turun
Nak view cantik blh pilih tapak kat atas tapi penat angkut barang
Sayur buah ikan jagung etc tak payah bawak from home beli je kat sini. Kalau tak nak masak boleh order je
Bawak lah baju sejuk, stokin etc walaupun lemak banyak disana sini. Sebab lemak-lemak tu tak membantu memanaskan badan uolls, hanya boleh memanaskan orang sebelah
Kalau nak jimat ruang, tak payah bawak kipas sebab tak panas pun. Baju pun jangan bawak banyak-banyak sebab tak berpeluh
Kalau dari KL, naik/ turun ikut Tapah, so boleh beli petai ke cendawan ke. Sapot komuniti orang alil. That day sempat beli cendawan busut so buat gulai perghhh…
Rating: Best kat sini, cuaca sejuk, badan tak berlengas so kurang drama laki bini while setting up flysheet pastu dapat jiran-jiran yang friendly. Thanks jiran-jiran for your help, lovely dishes, kuih-kuih from param and buah-buahan. Panjang umur jumpa lagi at other campsites.