Hampir semua destinasi pelancongan di dunia terkesan dengan wabak COVID-19 yang mengancam bumi ketika ini.
Ada yang masih bertahan dan ada juga terpaksa merangka pelbagai ‘plan kecemasan’. Seperti sebuah zoo di utara Jerman, Zoo Neumünster sangat memerlukan bantuan daripada masyarakat untuk meneruskan operasi dan memberi makan haiwan dalam kurungan.
Masalah zoo tersebut turut dihadapi oleh hampir semua zoo satu dunia. Zoo tersebut yang biasanya padat dengan pengunjung pada musim cuti itu kini tidak dapat beroperasi susulan langkah kawalan pergerakan ketat yang dilaksanakan di negara itu, sekali gus menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan buat semua haiwan.
Menurut kenyataan Pengarah Zoo Neumünster Jerman, jika keadaan mendesak, kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain. ‘Korban’ tersebut mungkin tidak mengenyangkan setengah-setengah haiwan, tetapi ia membantu daripada kebuluran berpanjangan.
Korbankan haiwan lain untuk diberi makan haiwan lain di zoo tersebut hanyalah usaha terakhir demi kelangsungan zoo. Malah ia tidak akan menyelesaikan masalah kewangan dihadapi zoo itu susulan penutupan sementara operasinya.
“Jika terdesak, kami terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, anjing laut dan penguin memerlukan ikan segar dalam kuantiti banyak setiap hari.
Zoo yang terletak di Berlin itu dimiliki sebuah persatuan yang tidak layak mendapat bantuan dana kecemasan negeri untuk perniagaan kecil. Dianggarkan kerugian yang bakal dialami zoo tersebut pada musim bunga ini mencecah €175,000 (kira-kira RM832,000).
Sumber: astroawani