Bagi pihak negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Majlis EU meluluskan keputusan untuk menyempurnakan perjanjian bagi membolehkan United Kingdom keluar daripada blok berkenaan.
**media[137920]**
Pada 1 Februari 2020, United Kingdom tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU, meskipun ia akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir 2020. Menurut Bernama
Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dengan penarikan diri United Kingdom daripada EU menamatkan keanggotaan negara itu selama 47 tahun. Rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada EU menerusi pungutan suara pada Jun 2016 dan kerajaan itu secara rasmi memaklumkan kepada EU mengenai hasrat mereka pada Mac 2017.
**media[137916]**