Jaraknya tidak sampai 5 km. Malah kalau menyertai acara larian, masanya cuma beberapa jam sahaja. Tapi lain pula halnya dengan keunikan dua buah pulau Rusia Ke Amerika Syarikat mengambil jarak masa 21 jam lamanya.

Seorang pengguna aplikasi TikTok menjadi tular selepas menceritakan tentang sebuah lokasi cukup unik di dunia melibatkan dua pulau yang memiliki perbezaan zon waktu selama 21 jam walaupun jarak memisahkan kedua-dua pulau itu hanya 4.8 kilometer (km).

Lapor Mirror, dua pulau yang terletak bersebelahan itu dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede.

Kepulauan Diomede dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu tidak berkongsi hari yang sama.

Ads

Ini bermakna Pulau Big Diomede mempunyai perbezaan waktu hampir sehari awal berbanding jirannya, Pulau Little Diomede meskipun terletak bersebelahan di Selat Bering antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia.

Big Diomede terletak dalam sempadan Rusia manakala Little Diomede pula di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Ads

Jambatan ais yang terbentuk antara kedua-dua pulau pada musim sejuk membolehkan pengunjung melakukan perjalanan jarak pendek merentasi kepulauan dan melalui zon waktu yang berbeza.

Ads

Secara teorinya, individu boleh berjalan kaki dari Rusia ke AS malah perjalanan juga dapat dilakukan menerusi aktiviti perahu layar, kayak atau berenang.

Kepulauan itu dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada 16 Ogos 1728.

Dilaporkan, orang asli masih tinggal di Little Diomede yang mempunyai populasi sekitar 110 penduduk manakala Pulau Big Diomede pula kini hanya menempatkan unit tentera. Sumber: Utusan Malaysia

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI