Mengenang semula tempoh dua dekad yang gemilang, pada awal penubuhannya, Tourism Selangor telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pada 24 Februari 1994, ianya telah didaftarkan sebagai syarikat persendirian dan nama terdahulu, PNSB Realty Sdn. Bhd. telah secara rasmi ditukarkan kepada Tourism Selangor Sdn Bhd (Tourism Selangor) pada 14 Julai 2001.
Pada bulan Oktober tahun yang sama, Tourism Selangor telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Tourism Selangor merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sehingga tahun 2008 dan selepas itu telah berpindah milik kepada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) hingga ke hari ini.
Tourism Selangor telah meraikan ulang-tahun penubuhannya yang ke-20 pada 14 Julai secara maya menerusi “Tourism Selangor’s LiveTalk – Episod 2” yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor.
Y.A.B. Dato Seri’ Amirudin Shari
Sesi LiveTalk tersebut turut melibatkan barisan panelis; Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor.
Sambutan ulangtahun ini bukan sekadar sebagai sinonim sambutan tradisi, namun juga untuk menghargai dan memperlihatkan peranan, tanggungjawab dan pencapaian Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sepanjang dua dekad ini.
Ads
Y.B. Tuan Hee Loy Sian
Dalam sesi sama, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan amanat beliau menerusi penyiaran sebuah klip ekslusif. “Sepanjang tempoh dua dekad usaha yang dipergiat oleh pihak Tourism Selangor dengan menjejaki kawasan pelancongan baharu serta mempromosikan tempat pelancongan menarik dengan kepelbagaian kebudayaan serta kualiti yang dimiliki Negeri ini, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 30 juta orang pelancong pada tahun 2019”.
“Ianya sekaligus membawa kesan ekonomi serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Negeri ini. Covid-19 memberi kesan yang sangat parah kepada industri ini.
“Namun, Negeri Selangor mempunyai pelan serta perancangan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Kita Selangor 1 dan Pelan Kita Selangor 2.0; di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan menerusi Pelan yang komprehensif bagi menarik pelancong ke Negeri ini.
Ads
“Justeru sempena ulang-tahun ke-20, semoga kita terus kekal berusaha mendepani segala cabaran untuk kembali menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan terbaik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Selamat ulang-tahun yang ke 20, Tourism Selangor”, tambah Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.
Ads
Manakala, Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri Selangor, serta turut dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan Negeri ini. Saya berharap, pihak Tourism Selangor akan menjadi tulang belakang kepada para penggiat industri di Negeri Selangor serta terus peka kepada kehendak industri dari masa ke masa”.
Menerajui Tourism Selangor bermula dari 1 Januari 2020 sehingga kini, Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor berkata, “Saya percaya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras atau ‘bench-mark’ ini. 20 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Tentunya pelbagai cabaran, rintangan serta momen suka dan duka telah dilalui oleh setiap pihak yang pernah mengemudi atau berkhidmat dengan Tourism Selangor”.
“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah terlibat dengan pihak Tourism Selangor secara langsung atau tidak langsung selama 20 tahun ini. Tidak dilupa juga kepada para Media yang sentiasa memberikan sokongan kepada inisiatif promosi pelancongan Tourism Selangor, Agensi Kerajaan dan Swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program dan Acara anjuran pihak Tourism Selangor, dan seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bertempat di IKEA, Cheras majlis berbuka puasa bersama Media berlangsung dengan penuh meriah. Keletah Nadia Hasnan sebagai hos cukup menggamatkan.
Bermula dengan kata-kata alu-aluan daripada Malcolm Purys, Country Retail Director, Ikea Malaysia acara diteruskan dengan kehadiran dua selebriti Chef Malaysia yang turut melakukan demo menu sihat bersama rakan media yang lain.
Abang Brian nama yang tak asing lagi dalam bidang masakan setelah menyertai program realiti Mastechef Malaysia musim pertama turut serta dalam acara pada petang tersebut. Menariknya Abang Brian membuat demo overnight oat nasi lemak dengan rakan media dan tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Menu daripada Dr Ezani juga tidak kurang hebatnya. Overnight Oat dengan pelbagai jenis buah-buahan segar untuk dimakan ketika bersahur atau pada waktu berbuka puasa.
Lebih menarik lagi, peralatan yang digunakan pada hari tersebut oleh rakan-rakan media dan tetamu lain semuanya dari IKEA termasuklah beberapa bahan-bahan dalam hidangan yang dibuat oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Dalam pada itu juga, turut dipaparkan klip video masakan istimewa menggunakan bahan-bahan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan antara hidangan yang ada pada hari tersebut termasuklah Rendang Bebola Daging 30-Minit oleh Abang Brian dan juga Kek Coklat 5 Bahan oleh Dr. Ezani.
Sememangnya banyak barangan makanan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA yang anda boleh gunakan dalam masakan seharian!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Makin ramai rakyat Malaysia yang mengunjungi Hatyai kerana makanan dan juga untuk membeli-belah kat sana. Malah harga yang lebih murah buatkan ramai yang memilih destinasi tersebut sebagai tempat percutian.
Menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai rupanya lebih mudah. walaupun sedikit delay, namun segalanya lancar dan perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh jam untuk sampai ke check point di Sempadan.
Kin Aziz berkongsi pengalaman dan juga maklumat yang perlu korang tahu terutamanya untuk yang pertama kali nak travel ke Hatyai menaiki bas. Ikuti perkongsiannya:
Hai. nak share sikit trip ke hatyai 7-9 oct.
Kitorang naik bas alisan dari TBS-Hatyai. Supposed pukul 11pm bertolak. Tapi delayed sampai 11.40pm macam tu. Bas ada berhenti untuk toilet ye. So dont worry terkucil. Bas berhenti untuk white card dekat changlun. Time ni 6.30am. so boleh berhenti solat sementara nak tunggu white card korang. Dekat sini ada money changer. Boleh tukar sini. 1000 baht rm125.
Time dekat immi malaysia, kena turunkan semua beg. driver akan drop kita untuk setelkan urusan dengan immi. Setel immi malaysia, kita masuk immi thai pulak. Time ni line phone dah takde ye gais. Huhu. Immi thai tak perlu bawak turun beg luggage korang. Just bawak handbag passport, white card selit je dalam passport tu. Nanti dorang akan koyakkan separuh. Separuh lagi make sure tak hilang. Nak balik malaysia nanti dia ambik. Bawak pen, sebab ada nak kena sign dalam white card.
Simcard AIS beli dekat budak jual-jual keluar dari immi thai. Rm20 je seminggu unlimited internet & hotspot
Time pergi, proses dekat immigresen lama, orang ramai sangat. Tapi time balik, sekejap je. Smooth je.
Beza time kita dengan thai sejam. So yang naik bas, if balik korang ambik tiket pukul 7pm. Maksudnya 7pm Thailand. Bukan 7pm Malaysia. kitorang semalam sampai awal sebab ingatkan dia ikot 7pm Malaysia. Tanya staff bas, rupanya ikot waktu Thailand. Ok la sebab sempat jamak maghrib isyak dulu dekat tempat tunggu bas tu.
Hotel dia, ko boleh request early checkin. Macam sis haritu pukul 10am boleh checkin. Checkout kitaorang request 12 lebih sebab nak zohor dulu. Iron jangan lupa bawak kalau taknak kemurungan hahaaa. Universal adapter jangan lupa. Huhu.
sis taknak share sangat tempat-tempat makan sedap-sedap sebab for sure korang dah survey kan. ni more to maklumat yang first timer perlukan.
kitorang naik kereta je. Taknak naik tuktuk sebab bertiga. Farud Hama ni driver kitorang. Baik. pandai cakap melayu. Macam borak dengan orang kelantan je. Huhuhu. Serius brader ni memang baik. Tak berkira, on time, bawak kereta pon bagus. Memang rasa selamat even kita first time pegi sana & semua perempuan.
Servis Kaitod Decha dengan Bingsu Nom6 memang out. Very slow.
Kaitod lagi lah. Dekat 2 jam tunggu. Dorang lupa nak hantar makanan. Apo. Dah la lapar gila hahah. Aku tanya sorang pompuan tu. Makanan belum sampai, dia jawab haa tunggu lah. Eh kekwat nau. Pastu masa aku pegi kaunter bagitau makanan tak dapat lagi, tak sampai 5 minit terus sampai. Nasib baik makanan sedap.
Bingsu Nom6- kitorang duduk sejam setengah lepas order. Air pon tak sampai-sampai. Pastu bagitau nak cancel order. Sebab servis very slow.
Tamrab Muslim- ko kena beratur beli kupon. Tukar cash dengan kupon. Beratur pulak beli makanan. Dah macam main explorace di awal pagi ye gais. Makanan sedap. Roti canai sedap. Nasik kerabu sedap. Mee celup sedap. Lagi sedap dari floating market punya mee celup.
Floating market. Ramai betul manusia. Kat sini try pulut ayam. Sedap. Pastu pegi dekat atas. Beli kerabu megi, green tea, kopi ais. Green tea terpaling padu memang dekat floating market. Cabura & Tamrab kalah. Haha
chabura dimsum. Gyoza paling mantap. Boleh mix semua jenis. Sedap. Sedapppp. Phadtai pon sedap. Nasi goreng tomyam pon sedap. Dimsum so so je. Tak kena tekak. Huhuu.
7E bersepah. Tapi tak tau nak beli apa. Beli burger je tanda hadir 7E thailand. Hahaaaa
bawak cash malaysia lebih weh. Takot tak cukup duit hahahahhahaha. Nanti cash tukar dekat sana je. Rate sama je dengan malaysia. Aku tukar 2000 baht dia kasi RM250. Lagi banyak tukar lagi okay. 1000 baht dia kasi RM130.
Bukit Kanada Miri juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Kanada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak.
Lokasi ini juga telah diangkat menjadi industri pelancongannya yang menarik di Miri. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Dari puncak Bukit Kanada yang merupakan puncak tertinggi di Miri, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri. Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Namun begitu, Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meminta pelancong luar dan penduduk di Miri agar tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di sekitar Bukit Kanada di bandar raya itu kerana ia membahayakan keselamatan mereka. Ada laporan daripada orang ramai telah menemukan satu lubang tanah berbuih dipercayai mengeluarkan gas asli cecair, satu daripada tapak bekas telaga minyak lama di kawasan terbabit baru-baru ini. Sebenarnya penemuan gas terbabit bukanlah menunjukkan sekitar bandar raya Miri masih banyak sumber minyak dan gas tetapi hanyalah kebocoran sisa bahan itu dari bekas telaga minyak lama dan sesuatu yang berbahaya kepada orang awam.
Kebocoran gas dari bekas telaga minyak lama itu berisiko untuk meletup dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bandar raya itu bagi memberikan nasihat tentang bahaya berkenaan kepada penduduk di sana. Persatuan itu meminta kerajaan dan kementerian berkaitan alam sekitar di negeri ini mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap telaga terbabit bagi membaik pulih dan menutup kebocoran gas atau minyak dari telaga itu. Ketika ini masih belum diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas-bekas telaga minyak lama di Bukit Kanada tetapi kawasan itu diterokai syarikat minyak Shell sejak 1910 dan telah mengeluarkan hingga lapan juta tong minyak. Kerja memagar kesemua 624 tapak bekas telaga minyak lama terbabit dianggarkan tidak menelan kos yang tinggi namun kerja membaik pulih dan menutup dengan sempurna telaga terbabit akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...