Negara Uganda pada minggu mengeluarkan amaran bencana berikutan negara itu diramal dilanda banjir, tanah runtuh dan ribut petir.
Dalam satu kenyataan pesuruhjaya pengurusan bencana Martin Owor, Beberapa kawasan akan dilanda hujan lebat luar biasa.
Dalam beberapa hari lagi, banjir besar dan tanah runtuh dijangka berlaku di wilayah Elgon, Rwenzori dan Kigezi.
Penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai dan di lereng curam dinasihatkan berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Pelancong juga sudah diberi amaran untuk keluar daripada kawasan sekitar tumpuan pengunjung dalam kadar segera.
Bencana banjir kilat ini boleh berlaku dalam masa kira-kira 15 minit sahaja untuk memusnahkan kawasan yang terlibat.
Semasa musim hujan pada 2019, yang bermula September, beberapa kawasan di bahagian timur dan barat laut turut terjejas. Sekurang-kurangnya 55,000 orang dipindahkan dan lebih 120,000 hektar tanaman musnah dan peningkatan paras air Sungai Nil.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukit Piniapat, Bukit ‘Ala Khayalan’ Wujud Di Pitas Sabah. View ‘A’!
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan kepuasan tersendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Ini perkongsian daripada Aleema Shazea Washif
Bukit Piniapat terletak di kawasan Utara Sabah. Perjalanan kami bermula dari daerah Sandakan ke persimpangan Sapi Nangoh (Telupid), melalui jalan Bukit Ular, ke Paitan dan seterusnya ke Pitas. Kawasan perbukitan tepi pantai dengan rumput lalang menghijau, disulami dengan warna-warni bunga. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti easy and short hiking sambil bergambar bersama keluarga. Pemandangan di Bukit Piniapat seolah-olah berada di set penggambaran filem.
Jalan alternatif ke PITAS (Anggaran masa perjalanan tanpa henti):
- Sandakan – Telupid (Persimpangan Sapi Nangoh) – Paitan – Pitas 285.8 km / 4 jam 30 minit
- Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas 168.6 km / 3 jam 30 minit
- Ranau – Kota Marudu – Pitas 137 km / 2 jam 30 minit
INFO JALAN: 30 minit terakhir sebelum sampai di Pitas (jalan Sapi Nangoh), jalan raya dalam pembinaan, keadaan jalan asphalt + tanah dan berbatu. Pastikan anda tahu baca titik perpuluhan untuk mengelak kekeliruan dengan papan tanda unik 7.000km, 9.000km & 10.000km takut nanti memandu sampai ke Kalimantan . Beberapa tempat lain yang boleh dilawat di Pitas:
- Floating Coral Bay
- Dataran Bengkoka
- Pulau Supirak
- Pitas Bay View
TIKET MASUK BUKIT PINIAPAT:
- Dewasa: RM2.00
- Kanak-kanak: RM1.00
Maklumat lanjut boleh tengok FB Piniapat Hill, Pitas. Sesiapa yang merancang untuk datang ke Sabah bolehlah masukkan daerah PITAS dalam itinerari anda untuk dilawat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syoknya Mengadap Padi Menguning Disimbah Mentari Pagi, Rumah Bendang Port Terbaik Percutian Di Langkawi
Bila sebut Langkawi, kita pasti teruja menyebut beberapa buah hotel mewah terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan bagi yang berkemampuan. Kebanyakan hotel dan resort ini mengadap laut dan viewnya dijamin ohsem.
Tapi bagi yang mencari kelainan dan inginkan percutian santai, damai dan tidak membingitkan serta agak privasi, Rumah Bendang boleh menjadi lokasi pilihan.
Terletak di lokasi strategik cuma 3.8KM dari Langkawi International Airport, 2 KM dari Beras Terbakar serta 10KM dari Pantai Cenang yang popular, Rumah Bendang Langkawi ini boleh menjadi port family day yang menarik kalau ke pulau pelancongan ini.
Terletak di tepi bendang, jika kena pada masanya, kita akan dapat saksikan pagi menguning disimbah mentari pagi yang sangat cantik pemandangannya.
Suasana malam di Rumah Bendang ini memang tenang, sunyi dan santai. Bunyi unggas malam diselang seli denga bunyi cengkerik dan katak akan menemani tidur malam korang. Waktu malam tak memerlukan penghawa dingin kerana atapnya diperbuat dari atap Singgora yang dibawa dari Bachok, Kelantan dan terkenal sebagai atap tanah liat, penebat haba yang baik. Waktu malam juga, kawasan kolam renangnya juga sangat cantik. Kesan pencahayaan dari lampu menjadikan kolam renangnya sangat menarik.
Jom baca review dari Azira Mustaza yang menginap di rumah ini baru-baru ini yang dikongsinya di page fb Hotel Review Malaysia.
Throwback percutian saya baru baru ini dengan rakan rakan.
Check in : 17/10/21
Check out : 20/10/21
Percutian kali ini kami plan untuk cari homestay/villa yang ada private pool. Untuk lebih selesa, lagi-lagi dengan keadaan sekarang, malah selepas agak lama tidak ‘berinteraksi’ secara fizikal di publik buat ada rasa sedikit janggal. Dan kami tanpa sengaja jumpa villa ini di Facebook. Kami book 3 minggu sebelum tarikh check in.
Urusan booking dengan En Azmir (owner) sangat mudah. Dia terangkan villa ini ada 2 rumah iaitu Rumah Opah & Rumah Wan, masing masing mempunyai kapasiti pax yang berbeza.
Rumah Opah – 3-5 orang (1 queen bed, 1 single) RM600
Rumah Wan – 12-15 orang (6 queen bed) RM1,200
Trip kali ini saya berlima. Jadi saya ambil Rumah Opah dan tambah 2 extra bed. Charge sangat murah, cuma RM50/bed untuk sepanjang penginapan.
Lokasi
Cuma 3.8KM sahaja dari Langkawi International Airport, 2KM dari Beras Terbakar, 10KM dari Pantai Cenang. Kami rasa sangat sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga, sebab tak bercampur dengan orang. Kita rasa lagi selamat lagi lagi kalau bawa anak anak. Dalam kawasan berpagar, ada guard yang jaga tiap malam.
Bilik & Tandas
Ada dua bilik. Lengkap dengan aircond, macam aircond baru. Sejuk betul. Katil selesa. Bilik selesa. Tandas juga ada dua, siap dengan heater.
Ruang Tamu
Turut ada aircond, sejuk. Ada Unifi. TV ada youtube, netflix. Cukup selesa untuk kami berlima. Dari ruang tamu dah boleh nampak view swimming pool, sawah padi & gunung raya – tak berkelip mata tengok ciptaan Allah.
View
NI RASA NAK BAGI 100 BINTANG! Boleh tengok gambar gambar yang saya share. Setiap sudut villa ni ‘Instagramable’, rasa tak cukup cukup lagi gambar dekat phone gallery. Tak perlu filter pun, tu semua original.
Sunrise
Apa yang BEST dekat sini, ada rezeki akan dapat sunrise yang cantik sangat. Owner kata masa tinggal sini, at least sekali mesti dapat sunrise yang lawa (ini juga kena tengok cuaca semasa ya). Saya juga ada attached gambar sunrise, speechless. Selak langsir, depan mata je
2 hari pertama saya dapat view padi menguning, 2 hari terakhir musim membajak padi, masa ni banyak sangat burung & bangau datang ke sawah padi. Pengalaman yang baru untuk saya.
Menjelang sebelum hari kita check in, En Azmir akan bagi list tempat makan yang famous antara local atau tourist yang boleh kita try. Memang panjang listnya, samada sempat atau tidak je. Kalau nak mandi air terjun Temurun dekat saja dari sini dan ia terletak di Datai. Dalam 22 km atau perjalanan 23 minit saja. Berbaloii!!! Sumber : Azira Mustaza / Gambar : FB Rumah Bendang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah, Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia!
Taman Negara Niah yang terletak kira-kira 105km dari Miri sememangnya mempunyai keunikan, dan salah satunya ialah Guah Niah itu sendiri.
Terletak berhampiran pekan Batu Niah dan hanya dipisahkan oleh Sungai Niah, taman negara ini sentiasa menggamit pelancong asing dan penduduk tempatan. Tarikan utamanya sudah tentu gua-gua yang pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman Praneolitik dan Neolitik kira-kira 40,000 tahun lalu. Menurut catatan pengkaji, pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua tersebut.
- Untuk datang ke sini, pengunjung perlu menggunakan bot menyeberangi Sungai Niah ke Pangkalan Lobang menggunakan perkhidmatan bot penambang.
- Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali berenang atau menyeberangi sungai ini kerana dikhuatiri diancam sang buaya.
- Kemudian pengunjung perlu berjalan mengikut trek yang disediakan kira-kira sejauh 5km untuk sampai ke pintu gua. Perjalanan jauh menjejaki tamadun manusia di Gua Niah pasti berbaloi walaupun baju basah lencun dek peluh dan juga hujan yang kadangkala turun dipertengahan jalan.
- Oleh sebab itu, pengunjung disarankan membawa baju hujan ataupun ponco walaupun ketika itu cuaca terik. Namun jangan risau jika panas tarik, kerana bahang kepanasan itu tidak akan terasa kerana dilindungi pokok-pokok.
- Bagi yang terlupa membawa bekalan minuman, tidak perlu risau kerana sebelum sampai ke pintu gua, anda akan menemui beberapa penduduk rumah panjang berdekatan menjual minuman dan juga cenderahati.
- Keletihan meniti trek jambatan kayu pasti sedikit hilang tatkala terhidu bau najis kelawar dan burung walid, ini kerana ia menandakan pintu gua semakin hampir dengan kedudukan anda.
- Bagi yang pertama kali menjejaki gua ini, jangan keliru kerana gua pertama yang ditempuhi merupakan Gua Dagang manakala Gua Niah pula terletak hanya beberapa meter dari situ.
- Pengunjung dinasihatkan supaya membawa lampu suluh sebelum masuk ke dalam Gua Niah kerana keadaan dalam gua sangat gelap.
- Bahagian barat Gua Niah dikatakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ia bukan sahaja penting kepada sejarah Borneo, tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Salah satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia juga telah dijumpai di sini.
- Setibanya di pintu gua pengunjung dapat melihat bekas tapak penggalian arkeologi yang menandakan kewujudan manusia.
Bukti kewujudan tengkorak manusia kuno berkenaan ditemui pada 7 Februari 1958 sekali gus disebut penemuan paling penting di Asia Tenggara pada ketika itu. Penemuan itu menarik kedatangan ahli arkeologi yang membawa kepada penemuan-penemuan lain termasuk subang jed, bekas tembikar, peralatan batu, cengkerang, dan tulang.
Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengkebumian manusia zaman Neolitik yang menempatkan beratus tapak perkuburan. Bagi pelawat yang ingin mengetahui secara lanjutan mengenai sejarah gua ini, sebahagian artifak berkenaan terdapat di Muzium Arkeologi Niah yang terletak di Pangkalan Lobang.
Aksi Bahaya Si Pemungut Sarang Burung
Nama Gua Dagang diambil sempena aktiviti popular dilakukan di gua itu satu ketika dahulu iaitu lokasi pedagang tempatan untuk berjual-beli sarang burung walit. Pengunjung yang ke gua ini masih dapat melihat bekas tapak seperti tiang pondok pemungut dan penjual sarang burung walit yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.
Malah jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat kegiatan memungut sarang burung walit oleh pemungut tempatan yang masih diteruskan secara kecil-kecilan. Sedikit kagum pasti terdetik dalam hati menyaksikan si pemungut bertarung nyawa memanjat tiang kayu atau buluh dan digantung di siling gua yang tingginya menyamai bangunan tujuh, lapan tingkat demi mencari sarang burung walit. Ini dek kerana harga sarang burung walit yang belum diproses itu bernilai ribuan ringgit.
AMARAN! Jika berpeluang melihat aktiviti ini, pengunjung dinasihatkan tidak menyuluh cahaya ke arah mereka agar tidak menyilaukan mata para pemungut lalu boleh mengakibatkan mereka jatuh.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI