Travel

Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’, Wanita Ini Jelajah 10 Negeri Dengan Bajet Jimat!

Share

Kreatif! Itu yang terkeluar daripada kepala apabila melihat seorang wanita ubahsuai Myvi jadi ‘campercar’ demi merealisasikan impiannya jelajah satu Malaysia.

Dikenali sebagai Farah Nabilah, dia mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih kerana lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan.

Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’

Menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.

 

Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.

Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideanya untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.

Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.

Tak Perlukan Modal Yang Besar Pun

Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.

“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.

“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”,

ujar Farah.

Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti, wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.

“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.

“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.

Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengembaraan solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.

Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi bagi anda yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.

Sumber: Facebook Farah Nabilah

Oleh
Nadia