Sekali dah jadi camper, hujung minggu pasti ada sahaja tapak perkhemahan yang dicari untuk pacak khemah. Jika sebelum ini sering memilih campsite yang berdekatan dengan sungai atau pantai, kali ini Rody Malek dan pasangan serta beberapa rakan memilih lokasi di tanah tinggi pula untuk aktiviti perkhemahan mereka.

Pemilihan Stellar Golden Hill, Cameron Highlands ternyata tepat, bukan sahaja cantik, malah tempat ini juga bersih dan terjaga. Lebih menarik lagi dengan cuaca yang cukup segar dan sejuk.

Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best!

Berkongsi pengalaman camping di sini selama dua malam, fasiliti yang ada di campsite ini juga memang terbaik. Bagi yang tak nak camping, boleh juga memilih untuk menginap dalam campervan dan juga glamping.

Memang seronok melihat perkongsian pasangan ini sepanjang perkhemahan mereka. Layan cuaca best dengan pemandangan berkabus yang indah.

Camping di Stellar golden Hill,Cameron Highland

12-14 Februari 2023

Sebelum nie cuma pacak khemah kat sungai dan pantai je tapi kali nie ubah angin sikit pacak kat tempat sejuk.

Ads

Ternyata pilihan pacak kat Stellar nie tak mengecewakan. Campsite yang cukup cantik, bersih dan terjaga. View yang cantik ditambah cuaca cameron yang memang sejuk dan berkabus. Kat sini jugak ada campervan dan glamping. Banyak spot-spot yang cantik untuk bergambar dan ootd. Nak keluar beli barang-barang pun dekat je jadi kalau ada barang basah yang tak cukup atau nak beli makanan luar pun boleh..

Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best!

– Price : RM60 semalam dan RM40 untuk malam kedua dan seterusnya(weekday). Masa check in pukul 2.00 dan check out pukul 12.00. Deposit RM50 satu tapak kena bayar masa check in dan dikembalikan masa check out.

– Power point : Ada kat toilet je(kalau ada wayar yang cukup panjang boleh tarik ke khemah)

Ads

-Parking : Sebelah kawasan tapak khemah dan kena ada wagon untuk angkut barang2.(kalau tak ada wagon ada disediakan heavy duty troli yang boleh digunakan)

– Toilet : Selesa dan bersih serta ada hot shower. Ada jugak disediakan penapis air coway kat kawasan tandas nie.

Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best!

Ads

Staff : Layanan yg baik dan friendly dari mula sampai hingga nk check out

Sink : ada kt tapak khemah dan kt toilet

Keselamatan : kawasan berpagar dan ada org pantau.Bkn guest xdibenarkan masuk..

Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best! Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best!

Kredit: Rody Malek

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI