Pemilik Sambal Nyet dan juga mempengaruh, KhairulAming baru-baru ini menutup operasi kilang Sambal Nyet selama dua hari demi untuk membawa para pekerjanya bercuti di sebuah resort yang terletak di Bukit Kudung, Jeli Kelantan.
Trip santai selama dua hari satu malam itu merupakan tanda penghargaan pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini untuk pekerja-pekerjanya. Khabarnya sebanyak 17 chalet telah ditempah sebagai penginapan dan kesemuanya untuk pekerja kilang Sambal Nyet.
Memang meriah melihat perkongsian Khairulaming di akaun tiktoknya yang mana rata-ratanya gembira dan seronok dengan trip mereka kali ini.
Walaupun pada mulanya bas yang dinaiki mereka rosak sehingga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa kesemua pekerja ke resort, itu semua sedikitpun tidak merosakkan mood percutian mereka.
Antara aktiviti yang dibuat termasuklah mandi sungai, memanah, BBQ dan banyak lagi. Memang trip santai habis kerana staffnya bebas melakukan apa sahaja sepanjang percutian mereka.
Khairul Amin turut menyediakan minuman koktail buah-buahan kepada pekerjanya ketika aktiviti BBQ berlangsung. Lebih istimewa siap ada sambutan hari jadi untuk pekerja-pekerjanya yang menyambut ulang tahun pada bulan Oktober.
Ini merupakan kali kedua Khairul Amin membawa pekerjanya untuk bercuti. Kali pertama mempengaruh ini membawa pekerjanya berlibur ke Genting Highlands, Pahang.
Memang bertuah siapa yang bekerja dengan Khairul Amin, patutlah rezekinya pun makin meluas, baru-baru ini dia membuka sebuah lagi kilang Sambal Nyet di Kota Bharu.
“Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip”, Kongsi Khairul Amin di akaun TikToknya.
Kat ruangan komen memang ramai yang memuji apa yang dibuat oleh usahawan ini. ramai pula yang offer diri nak jadi staff Khairul Amin.
Resort di Bukit Kudung, Jeli yang dikenali sebagai Lalang’s Resort & Spa ini memang terkenal dan best. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bila menginap kat sini. korang kalau ke Kelantan, boleh singgah di sini nanti. Boleh mandi sungai dan menikmati alam sambil bercuti, memang tenang jiwa lah!
@khairulaming Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip 😁 #SambalNyet #makanlokal #makanlokaldestination? ♬ original sound – Khairulaming
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI