
Pernah dengan negara Turkmenistan? Negara ini berjiran dengan Uzbekistan, Afghanistan dan juga Iran
Baru-baru ini, Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 digunakan di negara tersebut. Media tempatan diarahkan tidak menggunakan perkataan wabak tersebut ketika membuat laporan berita.
Bukan itu sahaja, risalah maklumat kesihatan berkenaan wabak dan cara tangani COVID-19 tersebut juga ditarik balik. Mereka menafikan penyakit itu wujud di dalam negara mereka dan melarang mengenakan topeng muka.



Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.
Pihak berkuasa negara tersebut akan menahan rakyat yang berbincang atau bercakap tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia.
Stesen radio Azatlyk turut melaporkan kepada orang awam supaya mengikut arahan yang dikeluarkan kerana terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang ingkar.
Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak. Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.

Jadi apa masalah sebenar kerajaan negara ini? Adakah mereka menafikan hak orang awam mengetahui wabak tersebut semakin serius? Pasti mereka mempunyai alasan sendiri. Boleh jadi untuk mengelakkan rakyatnya menjadi terlampau panik sehingga menjejaskan ekonomi negara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Lokasi Untuk Anime Lovers Wajib Pergi Di Jepun

Bagi yang membesar dengan kartun-kartun anime dari Jepun seperti Doraemon, Pokemon, Dragon Ball, Naruto, Sin Chan, Naruto dan banyak lagi, sebenarnya ada tempat yang wajib anda lawati sekiranya anda turun ke Jepun bagi mengimbas semula kenangan kanak-kanak anda.
Inilah dia, syurga buat semua penggemar anime!
J WORLD, TOKYO
Inilah dia! Sebuah taman tema khusus didedikasikan untuk majalah anime paling terkenal, Shounen Jump! Iaitu J World. Taman tema ini ini menyimpan banyak koleksi berjudul Shonen Jump dari Dragon Ball, Naruto, hinggalah Kurobas dan Hunter X Hunter. Ianya berlokasi di lantai 3 dari gedung Sunshine City World Import Mart di Ikebukuro dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
SEKOLAH DASAR TOYOSATO
Bukan sebarang sekolah ya! Sekolah ini digunakan sebagai asas dari SMU Sakuragaoka, tempat dimana karakter K-On bersekolah. Gedung sekolah ini telah menjadi tempat perlancongan terkenal sejak animenya ditayangkan sejak tahun 2006 lalu dan sering digunakan untuk merayakan acara ulang tahun karakter K-On.
AKI
Doraemon ada di sini! Muzium mengabadikan karya-karya terkenal Fujio F. Fujiko seperti Doraemon,Perman,Kiteretsu,dan lain-lain. Anda pasti dapat mengimbau semula nostalgia melihat dan bergambar dengan watak-watak kegemaran waktu kecil anda. Tiket boleh didapati melalui Loppo di Lawson convenience store.
GHIBLI MUSEM, MITAKA
Anda perlu beratur panjang untuk memasukinya. Ini kerana ia merupakan salah satu muzium yang paling susahuntuk dilawati kerana had pengunjung yang dibenarkan masuk adalah limited! Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.
SANRIO PUROLAND
Taman tema indoor Sanrio Puroland menawarkan peluang kepada anda untuk berjumpa dengan watak-watak dari Sanrio, seperti Hello Kitty. Taman tema ini terletak di Tokyo, Jepun.
POKEMON CENTER MEGA TOKYO, IKEBUKURO
Buat di penggila kartun animasi Pokemon dan rakan-rakannya, di sini terdapat banyak mainan serta merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain. Hebat bukan!
SHINJUKU
Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.
DETECTIVE CONAN TOWN, HOKUEI, TOTTORI
Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama .Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk anda bergambar.
ODAIBA, TOKYO
Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Dari studio Fuji TV yang membawkan banyak anime dengan kewujudan replica-replika dari anime Gundam RX-78-2, Odaiba, ternyata antara tempat anime yang sewajarnya anda kunjungi!
AKIHABA

Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang

Mesti ‘best’ kalau dapat jalan-jalan makan angin di kawasan tanah tinggi, lagi-lagi di Kundasang Sabah.
Kundasang, destinasi percutiaan yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong.
Desa Cattle Dairy Farm merupakan dstinasi wajib apabila berkunjung ke Kundasang, Sabah. Desa Cattle ini juga mendapat jolokan nama New Zealand Malaysia dek kerana cuacanya yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah ladang lembu luas beratar belakang gunung. Mirip New Zealand bukan?
Ini ada perkongsian menarik daripada saudara M Redzuan A Rahman, aktiviti dan panduan yang boleh anda lakukan jika singgah di Desa Cattle Diary Farm
Salah satu tempat yang wajib pergi apabila berada di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan puncak gunung Kinabalu dari sini sangat cantik. Kepada mereka yang pandai mengambil gambar, hasil gambar yang diambil di sini seolah-olah bergambar di luar negara.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan lembu-lembu di ladang ini. Ini merupakan aktiviti wajib
2. Memberi makan (atau susu) pada anak lembu dan anak kambing. Anak-anak kecil akan sukakan aktiviti ini. 8.30 pagi – 12 tengahari dan 1.30 petang – 4.30 petang
3. Melihat bangsal (tempat tinggal lembu). 9 pagi – 2 petang
4. Melihat aktiviti penyusuan lembu (2 petang – 4 petang). Kami tidak berkesempatan melihat aktiviti ini kerana kami tiba pagi di ladang ini.
5. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu. Aktiviti ini pada hari tertentu sahaja (Selasa, Khamis dan Ahad : 8 pagi – 12 tengahari)
6. Acara wajib supaya tidak menyesal setelah pulang adalah merasai kesedapan aiskrim di sini. Hanya RM5.30 satu.
Sedikit info berguna kepada mereka yang nak ke Desa Cattle Dairy Farm ini :
- Pastikan beli tiket awal secara online untuk ke sini (klik SINI untuk beli tiket). Ada dua sesi lawatan saja, 8.00 pagi dan 1.00 petang. Jangan terus terjah saja ya.
- Tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk agak terhad. Jadi datang awal ke sini. Terbaik tiba di sini dalam jam 8 pagi. Jika lewat terpaksa letak kereta di tepi jalan dan terpaksa berjalan agak jauh sedikit, lebih-lebih lagi ketika cuti panjang.
- Sediakan wang kecil untuk memudahkan urusan bayaran masuk lebih-lebih lagi pada waktu awal pagi.
- Pilihan makanan di tempat ini agak terhad. Saya cadangkan bersarapan siap-siap sebelum tiba di tempat ini.
- Untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang ini, pengunjung terpaksa berjalan. Jadi pakailah pakaian dan kasut yang selesa. Jika membawa mereka yang berumur, perlu pimpin mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
- Apabila berpeluang bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tanpa kabus, manfaat peluang tersebut sebaik mungkin. Tempoh masa Gunung Kinabalu untuk tidak diliputi kabus sangat singkat. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.
- Aiskrim perisa yogurt asli jauh lebih sedap daripada aiskrim perisa coklat.
- Yogurt jenama Desa ini sangat sedap. Silalah beli saiz paling besar (475 gram) untuk di bawa pulang dari ladang ini. Kami beli 2 bekas dengan cadangan untuk bawa pulang ke Kuala Lumpur tapi malangnya 1 bekas dah habis dimakan pada hari terakhir di Sabah. 1 bekas jer Berjaya sampai ke Kuala Lumpur.
- Bayaran masuk adalah RM5 untuk dewasa (umur 13 tahun ke atas) dan RM4 untuk kanak-kanak (7 – 12 tahun). Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Kalau sesiapa yang bercuti ke Sabah – jangan lepaskan peluang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm ini. Anak-anak pasti akan gembira datang ke tempat ini.
Semoga perkongsian saya bermanfaat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sisi Unik Sabah, Menyusuri Mitos ‘Batu Kapur’ Di Kinabatangan. Dikatakan Pernah Telan Manusia

Jika ingin melihat sisi lain bagi Sabah, anda boleh berkungjung ke daerah Kinabatangan. Antara aktiviti menarik di sini adalah menyusuri Sungai Kinabatangan untuk melihat keunikan alam semulajadi selain menjejak flora dan fauna unik yang ada disekitar lokasi tersebut.
Ketika menyusuri sungai ini di daerah hijau ini, pengunjung akan melihat kelibat kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan. Bukit ini sangat unik kerana mempunyai mitos seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup. Selain itu, keunikan struktur bukit ini juga sangat menarik perhatian.
Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.
Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang ‘ditelan’ batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.
Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.
Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.
Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut. Air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.
Biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu. Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.
Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku. Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.
Disebabkan mitos itu juga, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling. Walaupun tiada lagi kejadian pelik berlaku, penduduk masih ikut pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat.
Kira-kira satu kilometer di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil ‘Tomanggong anak-anak’ dalam bahasa Sungai.
Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak. Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.
image via google | sumber: FB Lahad Datu Info, bhonline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI