Bercuti di Cameron Highlands, pasti memberi satu pengalaman yang indah buat anda.
Dengan cuaca sejuk dan nyaman, sudah pastinya buah-buahan beriklim sejuk seperti strawberi menjadi tarikan utama pelancong. Di tambah pula dengan alam semulajadi sedia ada bagai potret hidup dilakar karyawan hebat. Cameron Highlands kini dikunjungi ramai tidak kira masa sama ada cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa. Pelbagai tarikan baru dan lama sentiasa menjadi pilihan pengunjung ke tanah tinggi terletak di Pahang ini.
Ingin idea lain aktiviti yang boleh anda lakukan di sini? Cuba aktiviti menaiki ATV 1000 meter dai paras laut seperti yang dikongsikan oleh saudara Fariz Ali
ATV Cameron Adventurous yang terletak di Kampung Terla, Cameron Highlands ada menyediakan pakej ATV, Buggy dan Safari Ride untuk ke puncak bukit. Yang paling best adalah dapat bawa anak-anak sekali.
Anak-anak bagi ‘thumbs up’ untuk aktiviti ini!