Perayaan Songkran atau pesta air yang berlangsung setiap tahun di Thailand telah dibatalkan bagi mengelak perhimpunan massa dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara itu.
Rakyat Thailand meraikan Songkran, perayaan tradisi tahun baharu dari 13 hingga 15 April, yang menyaksikan orang ramai menembak air ke arah satu sama lain di bawah matahari terik selain berkunjungi ke kuil untuk bersembahyang dan melakukan upacara memberi persembahan. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong menyertai penduduk tempatan dalam acara tersebut serta aktiviti lain sempena Songkran.
Ads
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengulangi seruannya menggesa rakyat di negara itu mengamalkan jarakan sosial, terutama semasa sambutan tahun baharu tradisional Thailand, Songkran dari 13 hingga 15 April, yang telah ditangguhkan ke tarikh lain pada tahun ini.
Perdana Menteri Jen Prayuth Chan O-Cha turut menggesa rakyat Thailand tidak mengambil bahagian dalam sebarang sambutan tidak rasmi Songkran. Walau bagaimanapun masih ada segelintir rakyat Thailand yang degil dan tidak menghiraukan arahan tersebut dengan meneruskan sambutan Songkran di kawasan mereka.
Dalam pada masa yang sama, tular sebuah posting di Thailand perbezaan ‘respon’ yang diberikan oleh rakyat ketika Pemimpin Tertinggi di Thailand dan Malaysia sedang mengadakan perutusan khas COVID-19. Jika di Thailand, kebanyakkan rakyat menghantar tanda ‘marah’ ketika Perdana Menteri mereka berucap secara langsung. Berbanding di Malaysia, ketika Perdana Menteri memberi ucapan, rata-rata rakyat menghantar tanda ‘cinta’.
Wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia sedikit sebanyak membawa hikmah tersendiri.
Kem Gajah Maesa di Chiang Mai yang terpaksa ditutup, sekali gus membebaskan gajah-gajah di situ daripada tugasan harian mereka. Kesemua 78 ekor gajah yang terdapat di kem itu tidak perlu lagi menjadi tunggangan pengunjung, malah pemilik kem itu memaklumkan mereka akan memberhentikan perkhidmatan tersebut, biarpun selepas wabak berakhir nanti.
Haiwan itu kini dibiarkan berkeliaran dengan bebas dalam kawasan kem dan pelawat selepas ini hanya boleh melihat gajah ini dari jauh. Kos operasi untuk Kem Gajah Maesa ini hampir 5 juta baht (RM759,577) setiap bulan, termasuk untuk membayar gaji 300 pekerja.
“Sejak kami mula beroperasi pada tahun 1976, menunggang gajah adalah aktiviti kegemaran pelancong. Kami tidak merancang mengembalikan (tunggangan gajah) walaupun selepas kami beroperasi semula. Orang ramai masih boleh menyaksikan gajah tetapi kali ini fokus kami lebih kepada pembelajaran,” kata pengarah kem, Anchalee Kalampichit.
Penurunan jumlah pelancong memaksa penutupan ratusan taman gajah di Thailand. Difahamkan, di Chiang Mai sahaja mempunyai 93 buah kem dan taman gajah.
Menurut Presiden Persatuan Gajah Thailand, Theerapat Trungprakan pula, hal ini bukan satu situasi yang menyenangkan. Jika berterusan, kedudukan gajah-gajah ini akan kembali terancam. Melainkan jika kerajaan menawarkan sokongan kewangan untuk membantu taman dan kem terbabit, gajah-gajah ini akan dipaksa ke jalanan atau terbabit dalam operasi pembalakan haram.
Sebuah muzium khusus berkaitan monyet akan dibuka di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sekiranya berjaya dibuka, ia akan menjadi muzium monyet pertama di Malaysia dan juga mungkin pertama seumpamanya di dunia.
Perancangan itu dijalankan di bangunan bekas rumah jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran yang kini dalam proses konservasi.Terdapat 22 spesies monyet di Malaysia tetapi hanya lapan yang masih aktif di Kuala Selangor. Bukit Melawati di Kuala Selangor paling dikenali dengan monyet dari spesies Silver Leafed Monkey.
Bukit Malawati terletak kira-kira 65 kilometer dari Kuala Lumpur, Bukit Malawati menjadi destinasi sempurna untuk tujuan menyaksikan pemandangan indah dari kawasan puncak bukit setinggi kira-kira 100 meter. Bukit Malawati terkenal dengan kisah sejarah panjang berusia ratusan tahun ketika era pemerintahan Kesultanan Selangor. Kawasan itu pernah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan Kesultanan Selangor sebelum berpindah ke Jugra, Banting dan Bandar Diraja Klang.
Tinggalkan sebentar segala sejarah yang ada di situ. Tarikan lain yang menyebabkan Bukit Malawati dikunjungi ramai iaitu kewujudan habitat beberapa spesies monyet mendiami Bukit Malawati. Haiwan itu umpama duta dan menjadi satu tarikan utama kepada pengunjung yang mahu melihat gelagat monyet itu. Menurut penjaja makanan monyet, spesies jenis lotong lebih mesra dan tidak sejahat seperti spesies kera biasa. Bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi pelancong dari luar negara serta sesetengah jurufoto gemar melihat dan merakam gelagat monyet-monyet di Bukit Malawati ini.
Turut tersedia ruang parkir percuma untuk pengunjung yang datang menaiki kenderaan sendiri. Tiket dikenakan jika anda memilih untuk menaiki trem keretapi untuk ke atas Bukit Malawati, iaitu RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Perkhidmatan trem ini hanya berjalan pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Namun jika anda mempunyai stamina yang tinggi dan tidak kisah berjalan kaki naik ke atas, tiada sebarang caj dikenakan.Sementara pada hari bekerja biasa, pengunjung boleh berjalan kaki atau naik dengan kenderaan sendiri sehingga ke puncak bukit.
Foto Hak Milik Majalah Libur
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Homestay menarik untuk lepak bercuti dengan keluarga atau gathering kawan-kawan. Style klasik finishing kayu dan tingkap guna gaya lama membuatkan rumah ini unik sangat.
Teratak Sofea ini terletak di Telok Panglima Garang sesuai untuk kumpulan yang besar buat family reunion atau staycation.
Kelebihan Homestay Teratak Sofea
Ada 3 unit rumah berkonsepkan ala kampung traditional. Boleh memuatkan seramai 20 orang untuk Rumah Ibu Mertuaku dan Anak Bapak. Rumah masam-masam manis pula boleh 10 orang.
Dilengkapi dengan aircond dan tandas modern. Dapur pun semua lengkap siap mesin basuh. Best ada swimming pool lagi.
Untuk yang tengah mencari tempat bercuti tu boleh cuba dekat sini. Memang puas hati! Harga dari RM500 satu malam. Dapatlah merasa macam duduk dekat kampung.
Anda yang rasa nak sambung beraya dengan keluarga tersayang ke sini pun boleh, apa lagi dengan teman-teman rapat. Confirm puas hati sebab tempatnya luas dan boleh muat ramai.
Hah, nanti datanglah ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...